BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 March 2009

BERSAHABAT DALAM ISLAM

Memilih sahabat yang soleh dan baik dalam kehidupan seseorang adalah penting. Sahabat boleh mempengaruhi peribadi dan dan tingkahlaku seseorang yang dekat dengannya. Secara umumnya, antara cara yang baik untuk kenal dengan seseorang ialah dengan mengetahui siapa sahabatnya.

Perwatakan seseorang yang dekat dengan seseorang boleh membantu untuk mengetahui tabiat dan cara hidupnya.

Sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jauhilah olehmu sahabat yang buruk, sebab engkau akan dikenal dengannya.” (Ibnu Asakir) “Seseorang itu akan berada pada din temannya. Kerana itu hendaklaha setiap orang di antara kamu itu mempehatikan siapa orang yang akan dia bersahabat dengannya.” (Tirmizi dan Abu Daud).

Melalui sahabat yang baik, seseorang akan dapat meluruskan akhlaknya serta menjadikannya ahli masyarakat yang bertanggungjawab.

Kedudukan sahabat dalam Islam amat istimewa kerana pengaruh dan peranannya dalam kehidupan, sekaligus mempengaruhi keharmonian masyarakat dan negara. Bahkan, hubungan mereka itu menggambarkan tahap iman seseorang.

Pertalian perasaan yang diwujudkan itu, mampu menyerlah hakikat sebenarnya penghayatan seseorang pada ajaran Allah. Ini termasuklah dasar dan bentuk hubungan itu diwujudkan. Dan orang yang beriman, Islamlah yang menjadi dasar dan panduan dalam bersahabat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tiga perkara, siapa yang ada tiga perkara tersebut, ia akan merasai kemanisan iman. Orang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling ia kasihi, orang yang mengasihi seseorang kerana Allah, dan orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (melepaskannya) sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api.”(Bukhari Muslim Tirmizi)

Hubungan baik sesama manusia ini dapat dijadikan sebagai kayu pengukur pada tahap keimanan seseorang. Sekalipun mudah untuk disebut, sebenarnya mewujudkan hubungan yang seni itu adalah sukar. Tidak mudah untuk mempercayai atau dipercayai seseorang.

Rambut sama hitam, tetapi hati tidak ada siapa yang tahu. Di samping itu, orang akan mudah untuk mendampingi seseorang ketika senang, dan sukar untuk mendapat teman yang ketika dalam kesusahan. Oleh kerana itulah ciri utama persahabatan dalam Islam ialah ia diwujudkan bukan kepentingan tertentu tetapi semata-mata kerana mencari redha Allah.

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman pada hari kiamat: “Di manakah orang yang berkasih sayang kerana Allah dan menegah kerana Allah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan iman.” (Abu Daud)

IT TAKE ONLY...

It takes 5 minutes to do Subuh prayer,
When it takes 1 hour to get ready for office...

It take 2 seconds to say Assalamualaikum to your parent & family,
When it takes 3 minutes to fit your shoes...

It takes 5 minute to wear a scarf,
When it takes 20 minutes to do your hair...

It takes 15 minutes to do Zuhur,
When it takes 45 minutes to have lunch...

It takes 15 minutes to do Asar,
When it takes 1 hour to be on the phone with your friends or in front of pc...

It takes 15 minutes to read the Quran,
When it takes 2 hours to watch a movie...

It takes 7 minutes to do Maghrib,
When it takes 1 hour to watch TV news...

It takes 2 seconds to say “I love you” to your mum, dad or wife/husband,
When it takes 30 minutes to argue with them...

It takes 5 minutes to read a Hadith daily,
When it takes 60 minutes to read a magazine...

It takes 20 minutes to do Isyak,
When it takes 45 minutes to get ready to go to bed or hours to watch midnights...

WHEN A BOY MISSES YOU

Girl facts ---
When a girl is mean to you after a break-up
she wants you back but she is too
scared she'll get hurt and knows
you're gone forever!
When you catch a girl glancing at you,
she wants you to look back
and smile
When a girl bumps into your arm,
while walking with you
she wants
you to hold her hand
When she wants a hug
she will just stand there
When u break a girls heart
she still feels it when
you run into each other 3 years later
When a girl is quiet,
millions of things are running through her
mind..
When a girl is not arguing,
she is thinking deeply,,
When a girl looks at you with eyes full of
questions,
she is wondering how long you will be
around
When a girl answers, "I'm fine," after a
few seconds,
she is not at all fine
When a girl stares at you,
she is wondering why you are playing games
When a girl lays her head on your chest,
she is wishing for you to be hers forever
When a girl says she can't live
without you,
she has made up her mind that you are
her future
When a girl says, "I miss you,"
no one in this world can miss you more
than that




Guy Facts---
When a guy calls you,
he wants to be with you
When a guy is quiet,
He's listening to you...
When a guy is not arguing,
He realizes he's wrong
When a guy says, "I'm fine" after a few
minutes
he means it
When a guy stares at you,
he wishes you would care about him and
wonders if you do
When your laying your head on a guy's
chest,
he has the world
When a guy calls/texts/comments/messages you everyday,
he is in love
When a (good) guy tells you he loves you,
he means it
When a guy says he can't live without you,
he's with you till your done
When a guy says, "I miss you,"
he misses you more than you could have
ever missed him or anything else

was there someone in your mind as you read this??

Post this as:
IF YOU'RE A GUY "When a girl MISSES You"
AND
IF YOU'RE A GIRL POST IT AS
"when a boy MISSES you

30 PERKARA TENTANG DIRI WANITA

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat.

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.

Bersikap terlalu serius kerana ini boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi, jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


Senjata wanita adalah airmata.

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

23 March 2009

KECANTIKAN BUKAN CERMINAN PERIBADI...

Ramai antara kita yang tersilap sama ada lelaki atau perempuan kerana menyangkakan bahawa kecantikan adalah cerminan peribadi yang mutlak. Pendapat ini sebenarnya jauh tersasar dari konsepsi sebenar. Malah, boleh dikatakan bahawa persepsi ini adalah terlalu dangkal dan kolot.

Arakian, ada sesetengah individu berasa rendah diri dan sukar bersosialisasi dalam induk masyarakat kerana merasakan wajah mereka kurang menyerlah berbanding dengan orang lain. Atau dengan kata lainnya, wajah mereka kurang cantik dan menawan seperti yang mereka harap-harapkan. Bagi kebanyakan kaum hawa, kecenderungan mereka ialah mengimpikan bentuk tubuh yang langsing, pinggang yang semampai, berkulit gebu dan wajah yang ayu ditatap. Bagi kaum adam pula, mereka sudah tentu pula mengidamkan isteri yang berperwatakan demikian kendatipun mereka sendiri sederhana penampilannya. Naluri ini dianggap normal kerana setiap manusia memang sukakan kecantikan.

Tidak dinafikan, ada yang mengalami krisis kejiwaan malah kadangkala memasuki ke galur ‘stress’ yang serius dan kritikal kerana penampilan wajah mereka yang kurang menyengat. Dalam istilah perubatan psikologi, fenomena ini disebut sebagai ‘dismorfofobia’. Dalam kes ini, penyakit ini adalah satu gangguan pemikiran yang mana orang terbabit sungguh-sungguh percaya bahawa wujud kecacatan pada wajah atau bentuk badan mereka padahal orang lain yang melihat tiada apa-apa. Jadi, tidak hairanlah ramai yang sanggup berhabis duit untuk membeli alat kosmetik yang berjenama dan menjalani pembedahan plastik atau rekonstruktif untuk membaiki imej wajah mereka.

Mengikut Perunding Plastik dan Pakar Bedah Rekonstuktif di Hospital Ampang Puteri, Selangor, Dr. Abdul Jalil Jidon, pembedahan plastik sebenarnya dibenarkan tetapi hanyalah untuk kes-kes tertentu sahaja.

Lazimnya, pembedahan plastik hanya dilakukan apabila seseorang itu mengalami kecacatan yang benar-benar serius seperti melecur atau luka terbakar. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang langsung tiada apa-apa. Sebenarnya, ia hanyalah membazir semata-mata. Mereka juga boleh dikatakan cuba mengubah kejadian yang Esa. Apapun, setiap manusia seharusnya menerima anugerah ini dengan mentaliti yang terbuka.

Bagi kebanyakan pelajar terutamanya pelajar perempuan, ada sesetengahnya kurang dapat menumpukan perhatian pada pelajar kerana terlalu asyik memikirkan perkara yang remeh sahaja. Sebagai contoh, soal kecantikan. Impaknya, pelajaran mereka merosot sama sekali. Mereka juga mengalami kesukaran dalam berbincang dengan teman sekelas kerana bimbang mereka senantiasa diperhati. Apa yang menyedihkan ialah ada sesetengahnya langsung gagal dalam pelajaran dempak perkara ini.

Di sini, suka diturunkan Teori Attibution yang dipelopori oleh Bernard Weiner (1974) yang menjelaskan akan konsep kegagalan dan kejayaan. “...kejayaan atau kegagalan seseorang boleh disebabkan oleh empat perkara iaitu kebolehan, usaha, nasib dan kesukaran tugasan dalam pembelajaran....” Jelasnya, dalam konsep ini, kejayaan atau kegagalan seseorang tidak boleh dikaitkan dengan faktor kecantikan.

Seringkali, wajah cantik dan cerminan peribadi dikaitkan dengan aspek personaliti. Dalam konteks sebenar, personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai. Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tendensinya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu.

Alport pula mengemukakan bahawa personaliti adalah sebagai organisma dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkahlaku dan fikiran yang khusus.

Apa kaitannya kecantikan dengan personaliti? Sebenarnya, masih ramai lagi yang turut tersalah kerana menganggap bahawa kecantikan juga adalah melambangkan personaliti seseorang. Suka di sini ditegaskan pula bahawa wajah cantik tidak langsung menggambarkan personaliti individu. Ironinya, kecantikan adalah anugerah Ilahi dan telah ditetapkan sejak azali. Ianya bersifat subjektif dan sukar dinilai secara tepat dan lengkap. Mengambil contoh mudah, si A menyatakan bahawa si C memang sangat cantik manakala si B pula menyatakan si C sederhana sahaja. Pandangan mereka bercanggah sama sekali. Kebarangkalian yang boleh dibuat ialah si A memilih si C kerana merasakan yang si C berpersonaliti menarik mengikut kaca matanya. Manakala si B pula tidak beranggapan demikian. Di sini jelas terbukti bahawa personaliti merujuk kepada organisma watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang individu. Jadi, adalah tersilap besar andainya seseorang itu menyatakan bahawa kecantikan adalah lambang peribadi individu.

Sebagai perkaitanya, di sini diturunkan satu lagi contoh. Andaikata seseorang itu kurang menyerlah kecantikannya, tetapi berperwatakan menarik, berakhlak mulia dan baik hati, sudah pasti protagonis ini senang didampingi. Timbal baliknya, jika seseorang itu cantik rupa parasnya, tetapi rendah moral dan akhlaknya, sudah tentu individu ini akan sukar untuk bersosialisasi. Apa yang penting di sini ialah kecantikan tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam menilai hati budi seseorang. Janganlah kita terperdaya dengan kecantikan seseorang kerana wajah yang cantik tidak semestinya hatinya juga cantik.

Dewasa ini, ada sesetengah wanita yang merasakan wajah mereka yang cantik sukar untuk mendapat jodoh. Sebenarnya, mentaliti mereka silap sama sekali. Kita tentu pernah melihat ramai pasangan yang hidup bahagia tanpa mendominasikan fragmen kecantikan. Sebagai buktinya, di sini diturunkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud seperti berikut. “...Perempuan dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, ia lebih menguntungkan kamu.”

Daripada hadis ini, jelas terbukti bahawa nabi juga menekankan soal keagamaan daripda kecantikan. Dalam konteks ini, agama akan membentuk peribadi seseorang. Lazimnya, mereka yang kuat pegangan agamanya akan berperibadi lebih elok berbanding mereka yang kurang.

Dalam menongkah arus kehidupan, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan sempurna sifatnya. Juga cukup pancainderanya. Dan yang paling penting ialah sempurna akalnya. Dengan akal, kita dapat berfikir secara rasional dan membuat keputusan dengan bijak dan tepat. Dapat menilai mana yang elok dan mana yang tidak. Ini yang paling penting sekali.

Dalam situasi kehidupan yang sebenar, jika semua orang mempunyai citarasa yang sama, sudah pasti kedai kain di butik atau busana akan lingkup kerana semuanya sukakan kain songket. Begitu juga dengan soal kecantikan. Sudah tentu juga setiap lelaki sukakan wanita yang sama. Kerana citarasa wajah pun sama barangkali.

Di sini jelas mengapa kita dilahirkan berbeza rupa parasnya. Dalam teori perkembangan, baka diindeks sebagai faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan seseorang. Perkembangan ini merupakan suatu perubahan yang kualitatif. Perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Begitu juga perubahan rupa paras. Lazimnya, kecantikan turut dikaitkan dengan baka yang baik. Ini bermaksud, ibubapa yang cantik berpotensi menimang cahaya mata yang cantik. Namun, jika ibu bapa berperibadi baik, belum tentu anak mereka akan turut berperibadi baik. Ia terletak pada cara ibubapa mengasuh dan mendidik anak masing-masing. Secara jelasnya, terbukti bahawa peribadi tidak dapat diwarisi.

Mutakhir ini, ada sesetengah manusia berasa cemburu apabila melihat kecantikan orang lain. Mereka juga seringkali menyalahkan takdir kerana dilahirkan kurang cantik wajahnya. Ini persepsi negatif yang harus disingkirkan dalam diri setiap individu. Sebenarnya, tiada langsung imej ‘hina’ bagi mereka yang kurang cantik. Kecantikan yang sebenar ialah kecantikan dalaman, soal hati dan budi, soal pekerti dan peribadi.

Dunia kontemporari pun cenderung memilih kecantikan batiniah daripada kecantikan zahiriah. Ramai bakal mentua akan memilih menantu yang berperibadi baik berbanding yang cantik wajahnya. Bagi mereka, lebih baik mendapat menantu yang berperibadi baik kerana hanya peribadi menarik yang akan memungkinkan kebahagiaan anak mereka.

Suka ditegaskan sekali lagi bahawa, wajah cantik bukanlah cerminan peribadi yang mutlak. Cerminan peribadi yang sebenarnya ialah hati budi seseorang. Arakian. Mereka yang merasakan wajah mereka kurang cantik patut melemparkan jauh perasaan ini. Ini kerana, wajah cantik tidak semestinya berperibadi cantik malah wajah ‘hodoh’ tidak semestinya buruk peribadinya. Apa yang terbaik ialah akhlak itu sendiri seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud; “...Rasulullah SAW bukan seorang yang keji mulut dan kelakuannya. Bahkan Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik akhlak; Budi pekertinya...”

Senang VS Tenang

Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang... ..
Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintudepan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.
Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyidari mulut. Tapi lepas tu... . hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.
Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga... .perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!
Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihatdengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata... .segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.
Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang... .tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.
Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. SEbab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?
Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati... .mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.
Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku". Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang. Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

MENGHARAP CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMU

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati MU

Ya Rabbul Izati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan MU

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan bermunajat di sepertiga malam terakhir MU

Ya Allah, jika aku hati pada kekasih MU, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada MU

TIGA SIKAP WANITA TAMPAK HODOH

1. JAHIL

Dunia semakin maju, teknologi dan informasi terkini telah pun tersebar dengan pesat dan cepat. Wanita dulu dan sekarang jauh berbeza, tetapi yang tidak pernah berubah adalah kefahaman agama yang mesti dipegang dengan kuat seiring beredarnya masa menuju akhir zaman yang semakin mencabar.

Jahil tentang ilmu dunia dan akhirat adalah kelemahan yang membuat anda tampak hodoh. Hanya ilmu yang boleh mengangkat status seseorang dan merubah sejarah hidup manusia. Ilmu dunia jika tidak diiringi dengan ilmu akhirat akan pincang.

Wanita yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi, politik, sains dan lain-lain akan tersesat tanpa ilmu bimbingan ilmu agama yang sahih. Inikan pula wanita yang tidak tahu apa-apa selain kosmetik dan butik, jadi hendak ke mana dibawa anak-anak yang lahir dari rahim mereka ini?

2. BUTA HATI

Cantik paras rupa tapi buta hati. Tidak akan selamat sesiapa pun yang mendampingi wanita sebegini. Hati merupakan pusat tenaga pada diri manusia. Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah sebaliknya. Mengapa sibuk mandi aura bunga-bungaan sebagai pembangkit tenaga dalaman tetapi hati pula dibiarkan busuk dan bernanah. Apakah yang menyebabkan hati sakit?

i) Tidak Mengenal Allah dan Rasul Dengan Sebenarnya

Jalan mengenal Allah dan Rasul adalah dengan mempelajari Al-Quran dan Hadis. Bukan setakat dibaca tapi dikaji, difahami, diamalkan dan diperjuangkan. Kalau pergi ke pusat rawatan kecantikan atau salun pasti waktu habis dua tiga jam satu sesi, mengapa pula jika belajar agama tiada masa dan asyik memberi alasan sibuk?

Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan Ilmu-Nya semakin lama semakin kotor, sakit dan tenat. Kerana tabiat hati diciptakan memerlukan makanan. Makanannya adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

ii) Terlalu Berlebihan Dalam Perkara Yang Mudah

Banyak makan, tidur, sibuk dengan hiburan, permainan, ‘shopping’, menghias rumah berlebih-lebihan, sibuk bersenam dan berubat mengalahkan kewajiban sembahyang. Tidak tahu mana prioriti dalam kehidupan. Hal ini boleh merosakkan hati.

Agama tidak melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang antara dunia dan akhirat. Jika setiap hari keletihan akibat mengikut segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadat, tentu keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai. Jika sudah lalai, hati menjadi keras dan kotor tak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.

iii) Menjadikan Syaitan Sebagai Teman Akrab

Amat berbahaya jika syaitan duduk dalam hati manusia. Meniupkan angin dengki, prasangka buruk, dendam amarah, riak dan sombong. Jangan biarkan syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunnya. Berlindunglah kepada Allah dari gangguannya. Hati yang sakit melahirkan perangai-perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain. Tidak ada wanita yang lebih hodoh dari si pendengki, pencemburu buta dan pendendam. Maka, berwaspadalah!!

3. KASAR LIDAH

Kehodohan yang paling ketara adalah ketika seorang wanita melepaskan panahan lidahnya. Tajam menusuk hati orang yang mendengar, menyebabkan siapa pun enggan bersahabat dengannya. Suami menghindari, anak-anak lari, jiran dan handai taulan menutup diri tidak mahu berhubungan dengan wanita yang tak pandai menjaga lidahnya. Mengumpat, memfitnah dan mencaci telah sebati dalam dirinya. Al-Quran telah memberi amaran seksa bagi orang yang mengumpat saudaranya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang” (Al-Hujuran ayat 12).

Sesungguhnya jahil, buta hati dan kasar lidah adalah sehina-hina perangai yang dibenci makhluk Allah apatah lagi Allah Taala yang Maha Suci. Kecantikan perlu diusahakan dan dicari, maka berhiaslah dan berubatlah untuk kecantikan zahir dan batin.

18 March 2009

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Memang Sengaja Allah Temukan Dengan Orang Yang Salah

Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitadapat menjadi penilai yg baik.....
Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitasedar bahawa kita hanyalah makhluk ygsentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.....
Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitadapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHASUNTUK DIRI KITA.....
Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitasedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &PENYAYANG kerana mengingatkan kitabahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kitadan kehidupan kita pada masa depan...
Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitadapat mengutip pengalaman yg tak semuaorang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitajadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitalebih faham bahawa CINTA YG TERBAIKHANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kitadengan orang yg salah supaya kitaLEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL