BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 April 2009

PUTERIKU SAYANG

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti

Lembutmu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlu singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri & nama
Tiada siapa yang boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara & agama
Dari dirobohkan & dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang…
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya….

RAMA-RAMA & WANITA

RAMA-RAMA….

Salah satu serangga yang bersayap yang dilihat oleh manusia sebagai sesuatu yang cantik & menarik. Dengan corak sayapnya yang pelbagai serta warna yang cantik boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya…Begitu jugalah golongan yg bernama WANITA…mempunyai daya tarikan yang tsendiri…yang mampu menawan sesiapa sahaja…terutamanya dari kaum adam…rama-rama & wanita….kedua-duanya mempunyai kaitan yang amat rapat…WANITA diibaratkan sebagai rama-rama…cantik..menarik..tertarik…DA’BOMB..!!!! WANITA ibarat rama-rama yang mengindahkan alam…berjaya menyempurnakan keindahan bunga….namun, hari ini ramai WANITA sengaja merosakkan diri sendiri di tangan-tangan kebuasan golongan manusia yg bernama lelaki…keindahannya mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila disentuh….tiada siapa akan pedulikannya lagi apabila keindahan itu hilang….ia merupakan satu kerugian yg amat besar…Ketahuilah kaum WANITA…menyentuh dirimu merupakan satu kebanggaan bagi lelaki walaupun dirinya tidak berhak untuk berbuat demikian ke atas dirimu…Ibarat seekor rama-rama…apabila disentuh akan rosaklah coraknya yg cantik…tak mustahil juga sayapnya yang indah akan turut terkoyak…lalu jatuhlah sang rama-rama tanpa sesiapa yang mempedulikannya…WANITA…kuatkanlah kasihmu terhadap dirimu…sayangilah diri sendiri…nilai dirimu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seseorang lelaki dengan harga kejujuran…Anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seseorang lelaki jujur…memang sukar mencari golongan lelaki sebegini…Namun…biar selesa hidup sendiri daripada hidup berdua tetapi pencetus dosa ke neraka…biar hidup sendiri yg kekal serinya daripada dikelilingi oleh lelaki tetapi hilang maruah diri…biar lewat bertemu jodoh tetapi tinggi nilai peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan…Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang & indah drpd sang kelkatu yg menerjah api….Wahai WANITA…harga diri anda…anda yang menentukannya….. ;-)

Cinta Seorang Teman

Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita

WANITA

Wanita,

Kita diciptakan dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki kita tersenyawa, di kurnia tenaga sehingga kita mampu melihat jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, Kita, Wanita, Kali ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepikan kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga meyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbitkan daripada rusuk lelaki,

Bukan dekat kepala untuk DIJUNJUNGI,

Bukan dekat bahu untuk MEMBEBANI,

Bukan dekat jari untuk DISAKITI,

Bukan dekat pinggul untuk DIHENYAKI,

Bukan dekat lutut untuk DITINDIHI,

Bukan dekat kaki untuk DITUNGGANGI,

Tetapi dekat dengan pelusuk hati,

UNTUK DIMULAI, DISAYANGI dan DICINTAI.

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan…jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…7-15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah berikan sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita. Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tidak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di Titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya. Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-
dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.

You are a role MODEL every minute of every day

If the teacher demonstrates enthusiasm, the student will learn the joy of working at a daily task.

If the teacher demonstrates a sense of humour, the student will learn to laugh while he works and plays.

If the teacher demonstrates creativity, the student will learn to inquire.

If the teacher demonstrates flexibility, the student will learn to adapt to change.

If the teacher demonstrates compassion, the student will learn to care.

If the teacher demonstrates a sense of security, the student will learn to trust.

If the teacher demonstrates sincerity, the student will learn to be honest and sincere.

If the teacher demonstrates total commitment to his chosen vocation, the student will learn
responsibility and self-discipline.

If the teacher demonstrates tolerance and understanding, the student will learn to be patient.

If the teacher demonstrates perception of self and others, the student will learn an awareness of himself, his peers and others.

If the teacher demonstrates love of people and life, the student will reflect this love in his daily encounters, LOVE is reflected in LOVE.

Yang Korek Itu Kendi, Yang Indah Itu Budi

YANG KOREK ITU KENDI, YANG INDAH ITU BUDI
YANG CANTIK ITU AKHLAK, YANG MULIA ITU DIRI

Naluri manusia sukakan sesuatu yang indah, yang dapat memberikan ketenangan. Bila dilihat, didengar atau dipegang ianya menyenangkan hati. Bunga melambangkan keindahan. Bila kita lihat di taman yang dipenuhi bunga-bungaan, hati kita akan rasa tenang bila berada di situ. Apatah lagi kalau bunga-bungaan itu mempunyai keharuman yang memikat. BUNGA IBARAT AKHLAK. Benih yang baik akan menghasilkan bunga yang indah dan subur ditambah pula dengan keharumannya. Ibadah yang ikhlas kerana Allah akan menghasilkan akhlak yang terpuji. Akhlak yang baik akan disenangi semua orang, sesiapa saja yang mendekati akan senang untuk bergaul dan berbicara.

Ada bunga yang cantik bila dipandang tapi hanya setakat pandangan mata zahir, sayang keharumannya tiada. Begitu juga ibadah yang banyak seperti solat sunat, wirid, zikir, sedekah dan baca al-Quran tapi akhlak tetap tidak berubah, kononnya beribadah untuk Allah; sebaliknya lain yang berlaku. Sifat bangga diri, ujub, ego, ‘akulah orangnya’ tumbuh dalam diri. Jadilah seperti bunga yang pada awalnya tumbuh membesar tapi kemudian layu terkulai. Ataupun bunga yang cantik tapi mempunyai bau yang busuk, lalu tak siapa yang sudi menyuntingnya.

Tapi manusia sentiasa keliru di sebalik kecantikan dan keharuman bunga. Mereka tidak sedar, di sebalik bunga itu terdapat duri dan racun yang berbisa. Oleh itu, bila menilai kawan, kita harus berhati-hati. Jangan kita terjerat dengan sifat dan pandangan zahir. Tak mustahil tanpa sedar rupanya orang yang kita anggap kawan itu; musuh dalam selimut yang menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

Untuk mendapatkan bunga yang cantik dan harum perlukan benih yang baik, begitu juga akhlak manusia perlukan hati yang bersih dan jiwa yang ikhlas. Bila faktor ini ada dalam diri, keharumannya akan dicium oleh sesiapa saja di sepanjang musim. Bila dekat kita mencium baunya, jauhpun kita terkenang-kenangkan keharumannya. Untuk mendapatkan akhlak yang baik, kita mestilah mengikuti contoh akhlak Rasulullah SAW, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah itu menjadi contoh teladan baik bagi kamu dan bagi orang yang berharap menemui Tuhan dan Hari Kemudian dan mengingati Tuhan sebanyak-banyaknya.”