BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 April 2009

RAMA-RAMA & WANITA

RAMA-RAMA….

Salah satu serangga yang bersayap yang dilihat oleh manusia sebagai sesuatu yang cantik & menarik. Dengan corak sayapnya yang pelbagai serta warna yang cantik boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya…Begitu jugalah golongan yg bernama WANITA…mempunyai daya tarikan yang tsendiri…yang mampu menawan sesiapa sahaja…terutamanya dari kaum adam…rama-rama & wanita….kedua-duanya mempunyai kaitan yang amat rapat…WANITA diibaratkan sebagai rama-rama…cantik..menarik..tertarik…DA’BOMB..!!!! WANITA ibarat rama-rama yang mengindahkan alam…berjaya menyempurnakan keindahan bunga….namun, hari ini ramai WANITA sengaja merosakkan diri sendiri di tangan-tangan kebuasan golongan manusia yg bernama lelaki…keindahannya mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila disentuh….tiada siapa akan pedulikannya lagi apabila keindahan itu hilang….ia merupakan satu kerugian yg amat besar…Ketahuilah kaum WANITA…menyentuh dirimu merupakan satu kebanggaan bagi lelaki walaupun dirinya tidak berhak untuk berbuat demikian ke atas dirimu…Ibarat seekor rama-rama…apabila disentuh akan rosaklah coraknya yg cantik…tak mustahil juga sayapnya yang indah akan turut terkoyak…lalu jatuhlah sang rama-rama tanpa sesiapa yang mempedulikannya…WANITA…kuatkanlah kasihmu terhadap dirimu…sayangilah diri sendiri…nilai dirimu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seseorang lelaki dengan harga kejujuran…Anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seseorang lelaki jujur…memang sukar mencari golongan lelaki sebegini…Namun…biar selesa hidup sendiri daripada hidup berdua tetapi pencetus dosa ke neraka…biar hidup sendiri yg kekal serinya daripada dikelilingi oleh lelaki tetapi hilang maruah diri…biar lewat bertemu jodoh tetapi tinggi nilai peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan…Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang & indah drpd sang kelkatu yg menerjah api….Wahai WANITA…harga diri anda…anda yang menentukannya….. ;-)

0 comments: