BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 April 2009

WANITA

Wanita,

Kita diciptakan dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki kita tersenyawa, di kurnia tenaga sehingga kita mampu melihat jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, Kita, Wanita, Kali ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepikan kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga meyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbitkan daripada rusuk lelaki,

Bukan dekat kepala untuk DIJUNJUNGI,

Bukan dekat bahu untuk MEMBEBANI,

Bukan dekat jari untuk DISAKITI,

Bukan dekat pinggul untuk DIHENYAKI,

Bukan dekat lutut untuk DITINDIHI,

Bukan dekat kaki untuk DITUNGGANGI,

Tetapi dekat dengan pelusuk hati,

UNTUK DIMULAI, DISAYANGI dan DICINTAI.

0 comments: