BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

30 August 2009

DuGaaN dAn CabaRaN di bUlan PuaSa.. :(

rasanya aku antara hamba Allah yang terpilih untuk menghadapi dugaan dan cabaran dari-Nya..betul2 mencabar keimanan aku sebagai umat-Nya yang lemah lagi daif ini. alhamdulillah, aku dapat terima dugaan ini dengan tenang. seriously, aku rasakan macam tak ada apa2 berlaku padahal dalam hati aku terasa sedikit dengan apa yang berlaku ini. sehinggakan ada org yang menegur, muka aku tidak menunjukkan 'nervous', panik atau kelam kabut bila benda ni berlaku...yup, aku pun rasa macam mimpi jer...padahal, kalau org lain, dh teruk rasanya...benda berharga dalam hidup kita tapi aku tetap rasa slamber jer..ermmm, mungkin ini sekadar duniawi sahaja...harta benda di dunia ini sekadar pinjaman sahaja...dan sekurang2nya aku diberi peluang untuk merasai pengalaman yang mungkin org lain belum lagi merasainya...apa2 pun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih lagi diberi peluang menghirup udara segar di dunia ini..ALHAMDULILLAH...

01 August 2009

My Day With Pre-School...

lama jugak tak update blog kesayangan ku ini...terlampau banyak kerja yang semakin banyak dipertanggungjawabkan pada masa kini membuatkan aku terleka seketika dengan dunia di luar...

kini, terbaru aku diberi tanggungjawab oleh GB untuk menjadi guru penggganti di prasekolah..rite now, i have a new title..GURU PRASEKOLAH..

huhuhu, satu pengalaman baru yang akan aku tempuhi bermula Isnin ini (3/8/2009)..ermm, aku akui aku suka sangat dengan budak-budak prasekolah terutama sekali salah seorangnya adalah anak kepada rakan guru yang dok sebelah aku di bilik guru..setiap hari selepas habis kelas prasekolah, pasti dia g lepak sebelah meja aku..dengan dia jer aku bermain, main ngan anak orang jer la..kenakalan dia leh tahan jugak..

ermmm,..macam mana suasana kelas pra dengan kehadiran aku nanti??? yang pasti, murid aku di kelas lain terutamanya kelas Tahun 3 dan Tahun 4 pasti sedih sebab aku terpaksa tinggalkan mereka dengan guru yang lain...

anyway, i hope i can do my job very well..tidak kira apa jua tanggungjawab yang diberikan, yang pasti aku ingin sekali ingin menjadi GURU YANG SERBA BOLEH...

PRE-SCHOOL....IM COMING :) :D