BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

11 April 2010

~Jangan Ada Benci.. ~




Ada satu cerita aku berminat sangat nk share ngan kawan2 yang lain. Walaupun aku dapat dari kawan friendster aku sendiri yang aku tak kenal siapa dia, tapi jalan cerita dia yang buat aku berminat..

***************************************************************************

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkta kepada isterinya, “Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan bincang bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan cara membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Abang akan mulakan dulu”, kata si suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu-persatu hal yang dia tidak sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir..”Maaf, apakah abang harus berhenti?”, tanyanya. “Oh tidak, teruskan..”, jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan pembacannya tadi, lalu kembali melipat kertasnya dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata , "Sayang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang.."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh kenyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya… bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis..



~~Hakikatnya, orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita..INSYA-ALLAH..~~

10 April 2010

~Dunia & Masalah ..~




Hari nih dah masuk bulan yang keempat dalam tahun 2010. Macam2 benda yang berlaku kan? Apa yg dijangka adakalanya, memang tak terlintas dalam fikiran masing2…"apa yang kita nak itu la yang kita takkan dapat"…ayat yang selalu aku ingat. Tapi kadang2 apa yang aku tak nak, itu la yang aku dapat..Kesakitan, kekecewaan, kesunyian, kesedihan, segala macam perasaan yg berunsur negatif. Setiap manusia takkan lari dari perasaan sebegini. Tekanan kerja, masalah kawan, masalah kewangan..semuanya memerlukan kita berfikir, berfikir dan berfikir. Dan akhirnya persoalan yang berlegar dalam otak kita tergantung tanpa jawapan.

Hidup kat dunia ni takkan terlepas dari sebarang masalah. Sebanyak mana pun duit dalam simpanan kita, ia tetap takkan dapat selesaikan masalah. Tapi yang itu paling menjengkelkan aku. Hanya kerana nak dapatkan duit semata2, maruah diri sanggup dipijak-pijak, ibarat seorang hamba yang dipandang sebelah mata sahaja. Memang aku akui, duit adalah segala-galanya. Kalau tak ada duit, semua keje takkan jadi. Dan memang aku sokong 100%, sekarang kita menjadi hamba kepada wang, kalau wang tak ada, kita takkan hidup kat dunia ni.

Dunia pulak semakin berputar mengikut arah jam, mengejar usianya yang semakin tua dan semakin lemah akibat arus pencemaran yang semakin teruk membelenggu dunia kini. Kesian bumi kita? Dan yang pasti, dunia kini sedang menuju ke arah kehancuran. Seperti yang pernah aku cakap dengan salah seorang kawan aku pada ketika dahulu, dalam kiraan sepuluh jari kita, dunia kita kini berada dalam kiraan yang kesembilan jari kita. Maksudnya, hanya tinggal satu jari lagi, dunia kita akan menuju ke arah puncak kemusnahan iaitu KIAMAT. Itu andaian yang aku buat berdasarkan penjelasan dari seorang 'kawan' 4 tahun yang lepas dan keadaan persekitaran kita sekarang. Macam-macam tanda yang sudah kita nampak, sama ada di sekeliling kita atau berita yang kita dengar setiap hari.

Ntah la. Itu yang mampu aku luahkan. Masa semakin hari semakin mengejar kita. Dan masalah pulak semakin hari semakin bertambah. Dah selesai satu, datang pulak yang satu lagi. Itulah putaran hidup kat dunia ni. Kita sebagai hamba ALLAH hanya mampu berdoa dan berusaha selagi kita terdaya..WALLAHUALAM….

~Andai Anda Terpaksa Pergi... ~

Wahai wanita, usah perangkap lelaki dengan cinta palsumu. Wahai lelaki, usah persia cinta suci wanita terhadapmu.

Lelaki dan wanita, kita sama-sama berkongsi hidup di alam ini. Kita sama-sama diberi hak untuk menikmati semua kelebihan dan kemudahan yang tersedia di dalamnya. Kita juga diberi hak untuk menikmati cinta dan kasih sayang sesama kita. Mengapa harus salah seorang daripada kita mengkhianati nikmat-nikmat yang telah disediakan itu. Mengapa kita harus mendustai cinta, mengingkari kasih suci dan mempersesia orang yang sama-sama ingin hidup seperti kita.

Wahai wanita dan lelaki, anda diberikan kesempatan untuk berada dalam situasi terbaik. Mengapa anda memusnahkan hidup sendiri dengan cinta-cinta palsu. Mengapa tidak boleh anda jalani hidup ini seadanya anda sebagai hamba.

Syukurilah nikmat cantik yang telah anugerahkan ALLAH kepada anda. Syukuri juga nikmat tampan jika kesempatan itu diberikan kepada anda. Wajah yang cantik dan tampan akan semakin cantik jika dibalut dengan ketulusan. Apakah anda tidak menyedari akan hal ini? Tatkala air mata mencucur laju, bukankah baik jika diganti dengan hilai tawa? Semasa anda mengkhianati cinta seseorang, anda sudah mewarisi sifat kezaliman. Bukankah indah hidup anda jika amalkan toleransi dan saling menyayangi?

Wahai wanita dan lelaki, runtuhkanlah tembok egomu, jalanilah hidup sebagaimana seorang yang meminjam waktu walau sedikit. Tempoh untuk kita sama-sama melayari hidup tidak lama. Nafas yang ditarik boleh terhenti tiba-tiba. Mengapa menukar asal kejadian anda yang putih bersih itu kepada hitam pekat lagi berkarat.

Hidup bukanlah terlalu lama untuk kita rencahi ia dengan tutur kata yang membisakan hati penerima. Hidup bukan juga lama untuk kita rencahi ia dengan titik-titik hidup dalam sejarah hidup kita. Lelaki dan wanita adalah mahkluk dari spesis yang sama. Sama-sama punya perasaan, sama-sama ingin hidup ceria dan bahagia. Mengapa gagal untuk saling memahami? Mengapa terlalu mementingkan diri padahal dia yang terluka adalah sama-sama bergelar manusia.

Dunia semakin pelik dengan watak-watak filem hindustan – sanggup mengkhianati atau terlalu kasih hingga terbarai sesuatu berlegar di sekeliling kita. Usah terlalu sampai hati merosakkan hidup sendiri. Usah terlalu tegal mempermainkan perasaan orang lain dan diri sendiri. Anda menjadi jagoan cinta palsu yang anda himpun hanyalah kesalahan dan kekesalan. Anda menjadi jagoan membina kejayaan anda hidup secara melaksanakan tuntutan TUHAN dan menikmati kekayaan.

Wahai setiap yang bernama lelaki dan juga wanita, air mata anda bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas. Usah terlalu mudah menumpahkannya untuk satu berita sedih tapi bangkitkan untuk membuktikan anda tidak lemah hanya oleh ujian perasaan. Dia yang mengecewakan anda bukanlah insan terbaik. Biar dia pergi hari ini daripada besok hari, kerana setiap yang bernama setiap hari itu adalah kelukaan yang lebih dalam.

Setiap kekecewaan hari ini sebenarnya lebih baik daripada esok hari, sebab kekecewaan hari ini pastinya tidak sedalam esok hari yang mendatang. Semakin dalam rasa cinta dan sayang anda semakin sakitlah apabila anda dikecewakan.

Lelaki dan wanita, marilah jadikan alam ini tempat yang lebih baik untuk menghiru udara bersih. Biar sama-sama kita berdiri di atas bukit dan sama-sama menikmati dinginnya hawa dan saujananya pandangan, usah jadi pendaki yang tidak pernah sampai dan akhirnya kecundang. Kitalah yang membawa diri kita sendiri ke puncak menara dan kitalah juga yang membawa diri kita ke jurang dalam. Andainya hidup ini boleh difahami dengan kewarasan, ia sesuatu yang amat indah dan mendambakan belaian sayang.

Sayangilah diri dan cintailah dia, setulus hati anda. Tinggalkan dengan langkah yang teratur andai anda terpaksa pergi....


~Babak Cinta Semalam~




Dalam gelak ketawa bersama teman

Entah mengapa

Aku mengingati sebuah senyuman

Membuatkan aku alpa seketika

Dalam kesibukan mengejar sebuah cita

Entah mengapa

Aku semakin mengingati

Sebuah perjalanan cinta

Dalam pekikan di sebuah pesta

Entah di mana

Aku mengingati ilai dan tawa

Dan jeritan manjanya

Dalam kesejukan hujan yang menitis

Entah bila

Aku mendengar suara merdu dan tangis

Dari sekeping hati yang terguris

Inikah rasanya sebuah perjalanan yang lara

Sebuah kehidupan

Tangis dan tawa

Suara ilai dan manja

Ibarat sebuah lagi mimpi

Yang tidak mungkin terjadi

Jika ditakdirkan

Jangan dirisaukan

Berpegang teguh

Ikatan yang utuh

Kitakan bersua nanti

Bersabarlah kita menanti…..

03 April 2010

~Pesanan Untuk Si Dia~

Dalam melayari dunia maya ini, tetiba aku terjumpa satu blog yang mana isi kandungannya menyentuh tentang cinta. Seperti sedia maklum, cinta amat penting untuk diri kita dan semestinya cinta pada Allah sesungguhnya cinta yang paling agung dalam hidup kita. Manusia adalah ciptaan Allah yang penuh dengan kasih sayang. Dalam melayari kehidupan di dunia ini, manusia takkan terlepas merasai makna cinta yang sebenar. Seperti juga orang lain, aku tidak terlepas menghadapi situasi sebegitu. Apabila seseorang mula dilanda rasa cinta dan mencintai, banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Dan buat ‘si dia’ yang kini aku mula sayangi, hayatilah ungkapan kata di bawah ini. Sesungguhnya perasaan itu adalah kurniaan Ilahi. Bersyukur ke atas anugerah tersebut kerana diberi peluang untuk merasai perasaan itu..

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa..Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

~Alasan untuk hidup bahagia walaupun hidup membujang~

Setelah agak lama hanyut di dalam kata2 indah terutamanya dalam penulisan puisi, tiba2 hari ini teringin untuk memperkatakan sesuatu. Dalam usia yang semakin meningkat ini, amalan berfikir telah menjadi rutin harian, tidak kira di mana sahaja berada, walaupun semasa memandu sekalipun.

Aku rasa terpanggil untuk membincangkan satu lagi fenomena yang kian meningkat di kalangan masyarakat kita pada hari ini iaitu ramainya wanita bujang yang belum lagi berkahwin atau lebih tepat lagi golongan andartu. Majoriti yang mengalami fenomena tersebut adalah di kalangan wanita yang berkerjaya.

Rasanya tidak semua wanita inginkan ‘title’ berkenan. Wanita mana yang tidak inginkan sebuah perkahwinan dalam hidup mereka, inginkan keluarga sendiri, menyandang jawatan sebagai ‘isteri’ dan paling penting sekali terasa sekali ingin dipanggil ‘mama’ oleh anak sendiri. Aku mungkin salah seorang daripadanya, turut terasa dengan tempias tersebut. Walaupun hidup dikelilingi oleh kanak-kanak, naluri keibuan tetap kuat tersemat dalam hati.

Tidak dinafikan agak stres menjadi wanita bujang yang sudah meningkat umurnya. Bukan hanya kaum keluarga sibuk bertanyakan soal penikahan tetapi juga masyarakat di sekeliling. Agak bertuah jika keluarga berfikiran terbuka, namun stres masih tidak dapat dihindari apabila rakan-rakan sibuk betanyakan soal jodoh dan perkahwinan.

Buat wanita yang masih membujang, jangan terlalu tertekan dengan persepsi dan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan. Benar, manusia memerlukan teman dalam menjalani kehidupan namun jangan sampai perkara tersebut menjadi beban kepada diri anda sehingga menimbulkan impak negatif. Berfikirlah dengan positif dan nikmatilah kehidupan dengan sebaiknya. Yakinlah anda juga mampu hidup bahagia seperti insan lain.

Menjadi wanita bujang bukan bererti hidup di dalam kesepian. Anda masih mempunyai keluarga, sanak saudara dan para sahabat yang menyayangi diri anda dengan tulus. Selain itu, anda juga mempunyai banyak waktu yang berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga. Justeru itu, hargailah ikatan kekeluargaan dan persahabatan agar hidup menjadi lebih terisi dan bahagia.

Wanita bujang bebas secara emosi, tidak dipenatkan dengan perasaan cemburu atau mencemburui. Anda juga bebas untuk berekspresi, bebas mengatur kewangan sendiri tanpa perlu memikirkan keperluan rumah tangga.