BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 June 2010

~Bunga Idaman Islam~




Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

23 June 2010

Dear Blog Ku Sayang.... (^_^)

Aku telah mengenali beberapa sahabat..
Masing-masing mereka mempunyai keistimewaan..
Masing-masing mereka mempunyai kelemahan..

Namun, aku menyayangi mereka..
Kehadiran mereka mengukuhkan..
Apa yang terlonggar di jiwaku..

Kewujudan mereka memberi seri,
pada senyumanku..
Keikhlasan mereka menjadi pautan,
pada keikhlasanku..
Kebaikan mereka membangkitkan,
semangat pada perjalanan hari-hariku..

Ya Allah, betapa beruntungnya diri hamba-Mu ini..
Dikurniakan sahabat yang membuatkan diri menjadi sayu..
Tidak terdaya aku membalas kebaikan mereka..
Ya Allah, sesungguhnya kesyukuran itu menjadi tanda kepada-Mu..
Hadiah yang tak terhingga dari-Mu..

Hanya doa mampu kutitipkan..
Air mata menjadi saksi..
Perasaan terharunya hati ini..
Kurniaan ILAHI tidak terhingga..
hanya SAHABAT merekalah yang tersayang.. :')

Fed Up!!!




Begitu aneh rasanya bila melihat tajuk di atas kan? Dan begitu lamanya tidak mencoret kata2 dalam blog yang tersayang ini..FED UP???? Ermmmm, kadang-kadang kita sebagai manusia cuba untuk mengelak diri daripada berperasaan begitu. Bukanlah ingin menidakkan apa yg dikatakan PERASAAN tetapi sekian lama berasa seperti ianya satu permainan, akhirnya perasaan putus asa mula timbul. Letih dengan ‘permainan’ yang betul-betul seperti permainan dalam ilusi semata-mata. Walaupun ingin dikatakan ‘bermimpi’ sekalipun, cubit pipi kiri tetap terasa sakitnya. Memang betul la orang cakap, kebanyakan PERASAAN itu timbul apabila berlakunya tindak balas daripada sebelah pihak, lalu mula menularlah PERASAAN itu di dalam hati. Pada mulanya, ingin sekali untuk menafikan kerana PENGALAMAN merupakan guru yang paling berguna dalam hidup. Tetapi kehadiran PERASAAN itu cuba untuk disinggahi, cuba untuk disentuh walaupun sedikit pun. Hanya detik permulaan sahaja yang indah tapi kenapa, setelah PERASAAN itu mula berkembang, rasa resah mula muncul. Cuba mengganggu gugat apa yang dikatakan PERASAAN itu. Ermmmm, semakin pening kan??? Tapi hanya yang cepat memahami sahaja apa yang cuba dikatakan oleh PERASAAN itu.

Semestinya, jalan yang terbaik, biarkan ia berlalu. Allah Maha Penyayang. Hanya Dia yang layak mengetahui apa yang tersirat di dalam hati. Walaupun luaran nampak ceria dan biasa, namun hati ini betul-betul berperang dengan PERASAAN itu. Tak sanggup rasanya untuk menyimpannya. Kalau ia pun akal enggan membuang, biarlah ia disimpan rapi dalam ingatan, sebagai tanda ia pernah disinggahi, dirindui, dan disayangi walaupun sekelip masa sahaja. Ya ALLAH, jika ini telah ditentukan oleh-Mu, aku redha dengan apa sahaja yang telah Engkau tentukan, tidak terdaya lagi aku sebagai hamba-Mu yang lemah melawan dugaan yang telah Engkau tentukan buat diriku…amin.. (~_~)…