BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

29 July 2010

SAJAK UNTUK DIA ...

I
Pada satah mana
aku hilang punca
di bearing mana
ku telah hilang segalanya
lokus pada paksi simetra
entah ke mana titiknya
ku congak guna algebra
belum jua ku temui jawapannya..

Linear hidup pada anjalnya
aku yang terkurung dalam sfera
ah.. prisma berkaca kata dusta
ku cari lagi geometrinya mana..
Akukah yang hilang arahnya??

II
Kucuba rumuskan semula
telah ku mula dari Alpha
ku cuba untuk mengira
setiap zarah yang ada
hingga memaksa aku bertanya
benarkah tidak terkira nilai cinta..?

Ku kira koordinat telah ku jumpa
pada titik yang telahku tanda
sedang aku masih lupa
lokus itu dalam dua matra
sekali lagi dilema melanda..
arah mana belum ku jumpa....

III
Lantas ku congak semula
arimethmetika ku campur bersama
punca dan kuasa ku adun semua
setiap jisim punya makna
di mana sama nilai cinta
faktorkan segala nombor yang ada
manakan sama kasih dicipta
segitiga cinta
apakah itu maksud setia

Mana lagi ku hendak bermula
andai setiap angka yang aku jumpa
tidak menemukan titik kita
mencari makna cinta
di segenap ruang yang ada
satah yang condong ke mana
memisahkan kita
pada garis garis maya
di sini aku masih bertanya??

27 July 2010

SESUDU BUBUR UNTUK SI IBU


Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. Ibu menggoncang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian masukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.

Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu. Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.

Pagi, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.

Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. Bubur itu, walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.

Tengah hari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang.

Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa meikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.

Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? Atau, ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?

Perlahan-lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya.

Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.

Kami sedih. Kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. Ibu berkorban untuk kami, ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.

Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengesot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.

“Makanlah mak.” Kata kakak, perlahan.


Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik...

~HARAP TIDAK DIDOAKAN ‘PERGI’~


Dalam usia yang semakin merangkak pergi, sudah tiba masanya untuk muhasabah diri. Usah terperangkap dengan cinta gelap, usah mencipta hutang yang banyak, usah ada hubungan yang melampau peribadi unggul & anggun serta usah biarkan masa terbazir begitu sahaja.

Sebaliknya, bina kehidupan agar tidak didoakan ‘pergi’. Namun, jika sudah tiba saatnya terpaksa ‘pergi, tidak perlu dikesali dan ditangisi.

Apabila dinamakan meniti, ia sukar dilalui. Titi tidak semestinya lebar & luas. Kadang-kadang titi hanya wujud terbina daripada sebatang kayu. Dan, kadang-kadang telah rapuh dimakan usia. Namun, untuk sampai ke seberang, kita tetap terpaksa meniti. Perlahan-lahan, berhati-hati dan jadilah bijak pada penghujung usia.

Kata Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia, iaitu;

1. ILMU PENGETAHUAN -> Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan. Anda ada ilmu? Mengapa tidak diajarkan kepada orang lain? Ilmu yang diajar & diamalkan secara berterusan adalah amal jariah yang paling berguna untuk dinikmati hasilnya secara berpanjangan.

2. AMALAN-> Membazir jika dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas. Ibarat anda bekerja tanpa mendapat gaji. Keikhlasan penting dalam apa jua pekerjaan.

3. KEKAYAAN -> Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat & tidak diredhai ALLAH. Usia melepasi 40 adalah usia di mana kemewahan boleh terjadi. Biasanya caruman telah matang & simpanan juga hampir penuh. Ketika ini, sudah dikira kayalah namanya. Usah membazir, sebaliknya fikirkan sesuatu yang mana hasilnya boleh dipungut selama-lamanya.

4. HATI-> Membazir jika kosong rasa kasih kepada ALLAH. Moga-moga ALLAH kasih kepada kita. Namun, sebagai hamba, selayaknya anda lebih dulu & sentiasa kasih terhadap ALLAH.

5. TUBUH BADAN-> Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada-NYA. Sekadar menggunakan tubuh untuk riadah & mengabaikan ibadah, ia sememangnya satu pembaziran & juga satu perbuatan tidak bijak.

6. CINTA-> Membazir jika dicurahkan kepada selain ALLAH atau melebihi cinta kepada-NYA. Cinta teragung adalah cinta kepada ALLAH. Memang jelas membazir menyintai manusia melebihi cinta kepada-NYA. Ini kerana manusia mudah berubah, kadang-kadang terlalu cinta kepada seseorang boleh menyebabkan lara, sebaliknya menyintai ALLAH kita akan tetap dalam rahmat-NYA.

7. MASA-> Membazir jika tidak diurus sebaiknya. Urus masa anda dengan sebaik-baiknya, sebab soal baik & buruk selalu diukur pada penghujungnya. Seseorang yang terkenal & mulia pada mulanya belum tentu mulia pada penghujungnya, jika dia tidak benar-benar menjaga peribadinya. Dan, selalunya penghujung ini lebih sukar untuk memeliharanya. Untuk selamat, usah bazirkan masa tidak menentu, sebab masa yang terbazir adalah usia yang dipersia-sia.

8. AKAL-> Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat menguasai dunianya serta membuat persediaan untuk akhirat. Untuk ini, dia menggunakan akalnya untuk menuju ke situ tanpa berdolak-dalik.

9. ZIKIR-> Membazir jika ia tidak memberi kesan kepada hati. Lakukannya dengan ikhlas agar dapat memberi ketenangan yang diperlukan dalam menjalani hidup yang penuh dengan pelbagai dugaan & cabaran ini.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

26 July 2010

SEPI...

sepi itu indah
rindu itu menggugah
benci itu amarah
dalam sepi
rindu bertamu
menyingkir benci
cinta kelu
hilang bicara...

25 July 2010

~Permata Ayah Bonda~

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

*****************************************


"keMALAYAan saya.."


3 hari yang lepas (Khamis) hari yang betul2 buat aku menjadi bingung & gelisah. Apa saja yang aku buat semuanya tertangguh gara2 dapat berita dari abang, ayah belum keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan matanya. Kalau sebut pasal mak ayah, secara automatik airmata aku akan mengalir, betul2 sedih bila dengar hal sebegitu dari abang. Keputusan muktamad terus diambil, mesti balik Sibu temankan mak di hospital. Kesian kan kalau anak2 tak ada di sisi? Alhamdulillah, walaupun sudah keluar wad, namun hati kecil aku masih risau dengan keadaan ayah. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah, semoga ayah cepat2 sembuh dan dapat menjalani rutin hariannya seperti sediakala. Sebagai makluman, ayah aku seorang yang aktif bergerak. Dalam usianya yang sudah mencecah 70 tahun, aku betul2 kagum dengan semangatnya yang masih cergas. Walaupun mempunyai masalah kesihatan, semua itu tidak menghalang dia untuk bergerak aktif. Berbasikal dan berjoging antara rutin harian yang wajib dibuat. Betul2 mengikut nasihat doktor. Itu lah ayahanda kesayanganku.. ^_^

Well, kita tutup sekejap cerita sedih yang baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. Semakin difikir nanti, tak pasal2 mata aku bengkak sat nanti [mudah menangis bila sentuh bab mak ayah, betul2 buat hati sayu]…(T_T)


Akahkkkkzzzz, pelik pulak tajuk kat atas tu kan..hehehe.. Benda nih selalu jadi tanda tanya dalam otak aku. Aku nih ada macam orang MALAYA ka???? Untuk makluman, MALAYA nih sebenarnya gelaran diberi kepada orang semenanjung dan aku merupakan antara insan yang telah dicop sebagai orang MALAYA. Selama 6 tahun menetap di KL [3 tahun belajar+ 2 tahun bekerja+1 tahun kursus perguruan] sudah cukup mendidik aku menjadi seorang yang berguna [ermmmm, bergunakah aku??? Soalan yang senang dijawab tapi sukar ditafsir]. Sepanjang berada di sana, rasanya 100% kot, percakapan aku memang sebijik macam orang sana. Bak kata orang, bahasa orang KL la. Jadi, dipendekkan cerita, bila aku dapat bertugas di negeri sendiri iaitu Sarawak, stail bercakap macam orang sana susah nak hilang. Paling ketara semasa mengajar di kelas. Adakalanya anak murid terpinga-pinga sekejap, aku secara tidak sedar terselit bahasa KL semasa mengajar.

Mula2 kehadiran aku di sekolah tempat aku mengajar sekarang, mati2 guru di sekolah ingat aku orang KL sebab guna alamat KL dalam surat penempatan aku. Sekali bila aku memperkenalkan diri dan bercakap dalam Melayu Sarawak, hilang sudah kemalayaan itu. Cuma satu jer yang terpaksa aku belajar sampai la sekarang. Cuba untuk memBAKUkan penggunaan BAHASA MELAYU aku. Sebab pernah sekali, masa mesyuarat staf dijalankan pada tahun lepas, bila giliran aku nak bercakap, terkeluar sudah bahasa MALAYA aku. Adehhhh, betul2 susah nak ubah. Rakan2 guru yang lain gelak jer bila aku bercakap dalam bahasa MALAYA aku nih, apatah lagi ‘big boss’ aku, siap ajuk lagi percakapan aku->saya jadi ‘saye’~ :P..hehehe, sampai sekarang, aku kalau diberi peluang bercakap dalam mesyuarat, lebih selesa bercakap dalam Melayu Sarawak. Tak yah guna bahasa KL lagi dah.. (^_^)v

Sampai sekarang, hidup aku tidak jauh dari orang MALAYA. Kebetulan, rakan serumah aku orang Melaka dan orang Perak. Kebetulan pulak, ‘best friend’ dalam FB pun orang Melaka. Huhuhu, last2 aku dicop orang Kelantan..adussss, lagi sadis.. ~ (“,). Semalam, masa pergi beli barang kat kedai di Sibu, ‘cashier’ yang bertugas tak semena2 mengajak aku berbual. Oleh sebab sama2 orang Sarawak, aku pun bercakap la dalam Melayu Sarawak. Tetiba pulak dia ajak aku bercakap dalam bahasa MALAYA. Adooiiii, napa la diorang selalu ingat aku orang MALAYA nih? Memang ada kat dahi ker ada cop MALAYA kat situ??? hehehe, cakap ajer la bahasa KL aku nih..ngeeee~ (^_^)v

P/S--> Buat para sahabat Semenanjung, maaf kalau tajuk nih menyentuh sensitiviti anda semua. Sekadar berkongsi luahan hati. Apa2 pun, kita tetap sama di sisi ALLAH..~ ^_^

21 July 2010

~Thin..Thinner..Thinnest~

Pagi hari yang tenang. Jam pulak baru pukul 7.00 pagi, ‘terawal’ pulak sampai ke sekolah. Seperti biasa, pergi dapur & jerang air. Nak buat apa lagi ya? Tetiba mata aku terpaku melihat alat penimbang. Ermmm, lama tul tak timbang berat badan, asyik terkejar sana-sini jer sampai tak sedar benda alah nih. Nak timbang la.


Alkisahnya…jeng..jeng..jeng… Haaaaaa?????? Terkejut aku, makcik cleaner yang tengah kusyhuk menyapu pun tercengang dengan reaksi aku yang terjerit kecil. “Nape cikgu???”, tanya makcik cleaner. Dengan nada sedih aku pun menjawab sambil tunjuk ibu jari, “Dari sebesar ni Mak Nino [nama makcik tuh], sekarang nih saya dah jadi macam nih [sambil tunjuk jari kelingking]”..hahahaha, gelak pulak Mak Nino kat aku. Hehehehe, terpaksa terima hakikat, aku semakin kurus.


Huhuhuhu, kuruskah aku???? Well, kawan aku pernah tegur, aku semakin kurus, tu pun sebulan yang lepas masa aku nak balik semula ke sekolah selepas bercuti 3 minggu. Aku buat dunno jer. Dan sekarang, baru aku sedar, hakikat yang sebenar yang sudah menjadi kenyataan, aku semakin hari semakin kurus. Selepas peristiwa timbang berat badan hari tuh, aku baru perasan, muka aku semakin cekung. Adussss, kenapa aku tak sedar? Padahal, azam aku untuk tahun nih nak ‘membulatkan diri’ seperti 3 tahun yang lepas. Nampaknya, azam itu hanya tinggal pada nama sahaja.

Bila ‘refresh’ balik, ermm.. ya, memang aku akui, kalau bab makan, aku memang kurang makan kalau dah menghadap kerja. Hanya kat sekolah jer aku makan, itu pun sebab sebahagian besar rakan2 di sekolah mempunyai selera makan yang cukup besar, jadi secara automatiknya aku pun menjadi sebahagian daripada mereka. Dibandingkan dengan aku, bila balik dari sekolah jer, jangan harap aku nak makan. Kalau tak menghadap Compaq kesayanganku ini, mungkin ada kerja lain yang cuba aku buat. Kalau terlampau letih sangat, terlelap sekejap la jawabnya walaupun hanya ½ jam sahaja.


Bila makan, aku makan dalam kadar yang sedikit sahaja, itu pun untuk elak daripada terkena gastrik. Paling koman pun, makan beberapa keping biskut dengan minum Nescafe panas, sudah cukup membuatkan perut aku kenyang. Aku pun tak tahu kenapa selera aku boleh sekecil macam tuh. Nak kata diet??? Huhuhu, tidak pernah terlintas dalam fikiran aku nak diet.

Ermmm, mungkin ada kaitan jugak dengan metabolisme yang tinggi. Dalam keluarga aku, yang dapat aku jadikan contoh terdekat, tak pernah tengok dia berisi ialah mak aku. Sejak umur dia muda lagi [tengok gambar mak masa muda, cantik juga orang dulu2, kan??], sampai la dia dah jadi nenek, susah betul nak tengok dia gemuk. Ini memang diakui oleh makcik aku, mak aku antara susah nak berisi. Mungkin ini dikatakan keturunan, hanya aku dan adik bongsu jer sama saiz dengan ‘jari kelingking’, yang lain tuh membesar dengan sihat dan bertenaga lagi, lebih2 lagi abang aku yang semakin ‘sihat’ sejak dia berkahwin sehinggalah dah ada 3 orang puteri dalam hidupnya. Cehhhh, panjang pulak pasal gemuk nih..hehehe.. ^_^

Ermmm, bila sebut pasal kahwin, kawan aku ada tegur masa sesi ‘meluah perasaan’ tentang ‘kekurusan’ aku nih. Kalau nak gemuk, cepat2 la cari calon suami, pastu kahwin. Tetiba, datang pulak ‘lampu mentol’ dalam kepala aku, “kalau nak gemuk @ berisi, kena kahwin ker????”…wallahualam..kuasa Allah, biar DIA sahaja yang menentukannya.


Sebagai kesimpulannya, aku kena ubah ‘lifestyle’ aku yang agak ‘workaholic’ nih. Paksa makan jugak, banyak beli makanan ringan [padahal tak makan pun, last2 terpaksa bawak g sekolah bagi kat budak or member kaki makan], ikut selera ‘housemate‘ yang kuat makan, jadi tukang masak mesti makan sampai habis [selalu makan sikit, pastu terbiar sampai basi, sayang kan??~:(].. Last but not least, cepat-cepat makan time perut lapar, jangan biar perut masuk angin baru nak jadi ‘tikus’ selongkar barang makan kat dapur..adehhh, sampai teruk begitu sekali fiil aku nih…alahaiiiii~…(“,)

19 July 2010

'Puan Mazni'?????~ (",)

Sebening di waktu petang, selepas mengerjakan solat maghrib, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Bila melihat pada nombor awalannya sahaja, aku dapat agaknya ianya dari Kuala Lumpur. Aku pun tak tahu, kenapa la tangan aku ‘terlampau ringan’ menjawab panggilan tersebut walaupun diri sedia maklum aku antara manusia yang susah nak angkat mana2 panggilan yang tidak aku kenali.


Alkisahnya, terjadilah satu perbualan antara aku dengan si pemanggil [lebih kurang ‘si polan’ la]. Rupa-rupanya dari pihak B****L*** yang menyatakan kad aku terpilih untuk menerima poin yang tinggi secara percuma. Aku yang tak tahu nak menyampuk terkedu sebentar apabila si polan memanggil aku ‘Puan Mazni’…huhuhu.. Susah tul nak menyampuk sebab cara percakapannya yang cepat membuatkan aku ‘membenarkan’ telinga aku mendengar coletah si polan tentang tawaran tersebut. Akhirnya, poin utamanya ialah adalah untuk mendapatkan maklumat peribadi aku. Yang si polan tahu nama penuh aku, selebihnya siap tanya lagi siapa nama ‘husband’ aku. Tetiba akal jahat aku datang dengan mewujudkan watak ‘husband’ dalam perbualan kitaorang. Bila dia mintak nama ‘husband’ aku mula gelabah seketika, mati akal sekejap. Nasib baik idea datang, “’Husband’ saya tak tahu saya ada kad nih”..fuhhhh, selamat.. Last2 dia suggest mana2 keluarga terdekat. Yang buat tak tahan tuh, hampir keseluruhan maklumat peribadi dia nak tahu, dari no. IC, alamat rumah sehingga tarikh lahir mak aku pun dia nak mintak. Sekali lagi idea jahat datang..hehehe.. aku cuba reka apa2 jer aku rasa boleh pakai, no. IC pun aku pun tak tahu sapa punya..ambikkk kau!!!~ ^_^… Last but not least, dalam keseronokan si polan cuba buat tawaran ngan aku, sekali lagi idea jahat datang.. “ ‘Husband’ saya dah datang la, saya letak telefon dulu ya!!”..tet..tet..tet..hehehehe..jahat sungguh aku hari ini.~ :P


Satu perkara yang buat aku tersenyum sampai sekarang tentang perbualan tersebut, tak disangka2, sekali dengar suara si polan macam perempuan, bila dengar berkali2, adehhhh..hehehe, dapat agak kan macam mana lenggok suara si polan tuh..hihihi.. Sepanjang perbualan kitaorang, sepanjang masa jugaklah aku cuba tahan gelak, yang mampu aku buat, senyum sampai ke telinga, sampai dah nak ‘krem’ dah muka aku senyum terlampau lebar..hehehe..ambikkkk kau, lain kali telefon la lagi ye!!~ (^_^)


Pengajaran..jangan cuba angkat nombor yang tidak dikenali walaupun kita tahu nombor tuh dari mana. Kalau dah angkat sekalipun, layan jer la. Pandai2 cari idea nak lepaskan diri.


Apapun, masih terngiang-ngiang telinga aku apabila si polan tadi dengan yakin dan benarnya memanggil aku ‘Puan Mazni’…ermmmm, bila lagi kan??? ~~~~(“,)

18 July 2010

Kasihmu Tiada Bandingan..~ :'(


Bagi ibumu, terdapat banyak hak atasmu
apa yang banyak menurutmu
sesungguhnya sangatlah kecil

sudah berapa malam dia berasa berat

dan kamu mengadu perihalnya

dengan rintih dan keluh

Jika kamu tahu betapa berat saat dia melahirkanmu
kerana berat beban itu hati terasa terbang melayang

betapa sering dia menjagamu dari mara bahaya

dengan tangan kanannya

dan pangkuannya pun menjadi ranjangmu

dan mengorbankan jiwanya demi keluhanmu

dari susunya keluar minuman suci bagimu

betapa kau sering menderita kelaparan

dan

dengan sepenuh tenaga

dia memberi kasih sayangnya pada waktu kecilmu

kasihan…

mengapa mesti orang menuruti nafsunya
kasihan bagi yang buta hati
sedangkan
matanya melihat

berharaplah kamu terhadap semua doanya
kerana
terhadap apa didoakannya

kamu memerlukannya…
~Imam az-Zahabi


Anak-anak yang budiman, wajah ayah dan ibu amat banyak walaupun mereka hanya satu-satunya di dunia buat kita. Wajah mereka berubah mengikut keperluan anak-anak. Jasa mereka juga banyak. Justeru, apalah yang boleh kita lakukan untuk membalas jasa kedua orang tua? Jalannya terbentang luas. Cara membalas jasa juga banyak tidak terkira. Cara yang paling mudah dan murah tetapi tinggi nilainya ialah doa kita. Percuma dan boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja. Marilah kita berdoa bersama-sama..

Ya Allah…ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku. Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dan mendidikku semasa kecil hingga kini. Amin… :’(..

17 July 2010

~Ciptaan Sukar Dijaga~........(~_~)

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.


Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
spontan, entah tak tahu kenapa..

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit, iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2, keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,”Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu”.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

15 July 2010

~Yang Tersirat Itu Indah~




What a good young day…semakin hari semakin mengasak minda. Sampai sekarang, rasa berat di kepala masih berterusan, berdenyut sehingga mengganggu gugat kerja harian yang menjadi kebiasaan setiap hari. Tapi ALHAMDULILLAH, Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas di muka bumi ini, masih larat lagi memandu walaupun adakalanya aku rasa macam mabuk jer, masih larat lagi mengajar walaupun dua hari yang lepas aku hampir2 pitam semasa mengajar. Nasib baik cepat2 cari kerusi, buat2 seperti nak duduk padahal hampir dah nak jatuh masa menulis kat papan hitam. ALHAMDULILLAH aku diberi tenaga yang masih larat aku pikul, untuk ku teruskan tanggungjawab kepada anak murid yang tersayang. Baru hari ini ada kekuatan untuk berfikir melakar ayat dalam blog kesayanganku ini.


Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Apa sahaja yang kita buat setiap hari adalah berpaksikan pada Yang Esa. Kesakitan, kemurungan, kepayahan serta pelbagai masalah lagi yang ada kalanya datang tanpa diundang adalah ujian daripada-Nya. Berfikir sejenak di atas apa yang sudah berlaku, sebab apa ya?? Jawapannya hanya Allah sahaja yang tahu. Sekarang pun, otak masih berfikir dan berfikir, sehinggalah aku mencapai tahap ‘stress’ yang tinggi. Adakah ini petanda antibodi badan semakin lemah? Setiap hari aku cuba untuk menjadi yang terbaik, cuba buat sesuatu yang baru walau bagaimana susah sekalipun. Sebab sudah terlakar dalam ingatan serta hati, mesti cuba dan terus mencuba. Ilmu yang aku perolehi masih belum cukup untuk meneroka dunia Allah yang luas ini.


Bukan kerana harta, pangkat atau mendapat pujian yang tinggi dari pihak atasan, tapi anggaplah itu sebagai ilmu serta tanggungjawab yang baru dalam hidup. Selagi nyawa masih di kandung badan, selagi itu aku akan cuba dan terus memikul apa sahaja tugasan yang diberikan. Walaupun sedar tulang empat kerat aku cuma sikit sahaja, dengan tenaga selemah seorang wanita, hanya itu yang mampu aku sumbangkan. Seboleh-bolehnya, jadilah manusia yang berguna dan yang boleh diharap oleh orang sekeliling kita. Seperti mana masyarakat memandang tinggi pada mereka yang bernama GURU, begitu jugaklah perspektif aku terhadap bidang yang aku pikul sekarang.



Ermmmm, im a thinker..[correct me if im wrong~^_^].. try to be a ‘superwoman’ tapi Allah bagi setakat apa yang telah Dia berikan..walau setinggi mana usaha telah dibuat, akhirnya aku pasrah, mungkinkah ini petanda istilah “don’t push yourself” harus dipandang berat?




Yang tersirat itu indah. Lalui kehidupan dengan tenang dan damai. Pasti ada hikmah yang terindah, tersedia untuk kita semua, buat hamba-Nya yang tersayang ….^_^

12 July 2010

For The Rest Of my Life~ (^_^)




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you..loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I..I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so feel strong
And everything was changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you..loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I..I`ll be there for you


I know that deep in my heart
Now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally


I know that deep in my heart..
~♥♥♥♥♥~

02 July 2010

~Mati itu Pasti..!!!~

M.A.T.I…tentunya ramai yang akan gerun bila melihat perkataan ini sahaja. Bila mana kita bertanyakan dengan sesiapa saja yang berada di luar sana, tentu sahaja akan menyatakan mereka takut untuk mati. Dan baru petang tadi aku dapat berita kematian salah seorang sahabat guru yang juga sahabat di dalam laman web engkabang.net telah pergi meninggalkan kita semua untuk selamanya. Menurut maklumat yang diperolehi dari para sahabat yang terdekat, arwah meninggal disebabkan kegagalan otaknya berfungsi dengan baik akibat serangan jangkitan kuman..(betulkan saya kalau salah ya!). Terkedu sebentar apabila menerima berita demikian.


Sebabnya tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku, andai kata aku mati nanti, macam mana ya?. Saat ketika aku ingat tentang mati, tidak semena-mena aku berasa sebak dan menangis tanpa diduga. Sayu sangat rasanya bila teringatkan hal tu. Tidak dinafikan, aku mungkin berada dalam golongan mereka yang takutkan mati. Tapi hari ini, aku dengan beraninya menyentuh bab tentang mati. Sebagai orang Islam, adalah satu kewajiban bagi kita untuk mempercayai akan adanya kematian. Kerana setiap yang hidup, pastinya akan berakhir dengan kematian.


Topik ini tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku apabila aku mengalami satu saat yang betul-betul menyakitkan, yang mana ia kini berulang kembali mula menyakiti diri. Ya Allah, aku betul2 berperang dengan ‘keadaan’ tersebut. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu ‘rasa’ itu. Dan fikiran aku terus mengimbas kembali saat aku mula mengetahui keadaan tersebut iaitu pada 3 tahun yang lampau. Saat aku betul-betul tertekan. Hanya dua orang sahaja yang mengetahui ‘rasa’ itu, yang sampai kini masih tersimpan rapi dalam ingatan mereka. Mungkin sekarang mula pudar setelah hampir 3 tahun sudah berlalu. Namun, tidak aku jangkakan, ia kini berulang kembali. Dan aku mula berfikir satu saat, kemungkinan atau hanya ramalan sahaja mati itu pasti. Allahuakhbar, aku betul-betul sebak dengan keadaan tersebut. Datangnya rasa kesedaran dengan diri yang masih lagi serba kekurangan, terlampau hina lagi daif di sisi Tuhan.


Ya Allah, hanya Engkau tempat aku bersujud, tempat aku memohon dan tempat aku pinta pertolongan. Hanya Engkau sahaja tempat aku mengadu. Sesungguhnya ujian dari-Mu amat berat bagiku untuk kupikul. Dan jika ini telah ditakdirkan untuk ku, aku redha Ya Allah…