BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 August 2010

~B.I.L.A...~


Pernah tak anda..sampai pada satu tahap di mana..

bila kita rasa
macam dah takde perkataan yang sesuai
untuk dibicarakan...

bila kita rasa
otot-otot kat muka seolah-olah dah terlupa
macam mana nak senyum..

bila kita ketawa
sedangkan hati kita
terluka sebenarnya..

bila kita rasa
diri kita
bukan menjadi pilihan..

bila kita rasa
seolah-olah 'confident level' kita
berada pada tahap zero..

bila kita rasa
seolah-olah kita telah meletakkan harapan
di tempat yangg salah..

bila kita rasa
seolah-olah kita tak cukup sempurna
di mata sesiapa pun jua...

dan

bila kita rasa
macam dah tak mampu lakukan apa-apa
kecuali..

berserah dan redha dengan ketentuan Tuhan.
kita percaya apa yang Tuhan tentukan untuk kita
adalah yang terbaik buat kita.

biar macam mana sayangnya kita pada dia..
tapI kalau dah ditakdirkan dia memang bukan untuk kita..
kita takkan bersamanya..

dan

biar macam mana jauhnya jarak antara kita dengan dia..
hatta seribu tahun cahaya sekalipun..
kalau memang Tuhan dah takdirkan dia untuk kita..
kita akan bersama dengannya jugak satu hari nanti..

InsyaAllah....(^_^)

21 August 2010

~Nilai Tudung.....~

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.

Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

sbg renungan bersama, smga bermanfaat, untuk diri saya juga~ (^_^)...salam..

17 August 2010

Pabila Dugaan itu Datang Lagi....~ (T_T)


Pagi yang tenang. Namun tiada siapa yang sangka Allah telah menguji hamba-Nya yang satu ini. Dalam semangat yang tinggi di bulan Ramadhan ini, Allah telah uji aku dengan satu kejadian yang betul-betul membuatkan aku fobia dan lemah. Dengan tubuh badan yang menggeletar dan akhirnya berakhir dengan tangisan, aku tidak mampu melawan takdir Allah. Akhirnya aku redha dengan apa yang telah berlaku. Seribu kali tangisan pun tidak mampu mengembalikan semula masa yang telah berlalu. Ya Allah, betapa hebat ujian yang Allah telah berikan kepada diriku. Betul2 menguji keimanan sebagai hamba Allah yang lemah. Ya Allah, tidak terdaya aku melawan takdir-Mu. Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi, hanya Dia saja yang tahu.....(~_~)

15 August 2010

Diam Itu Indah


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan kata-kata mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Diam bukan bermakna sombong
Diam tidak bermakna bisu
Diam bukan bermakna benci
Diam juga tidak bermakna sombong
Tapi diam kerana tiada kata seindah bahasa hendak diucapkan

Kita diam bukan bererti kita bisu
Kita diam bukan bererti kita kalah
Diam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan
Diam bukan bermakna ku mengalah..
Tidak membalas kata
Diam itu indah
Tidak memanjangkan sengketa

Aku diam tidak bermakna aku menyerah...
Diam tidak bermakna aku berundur..
Diam aku berfikir sejenak..
Diam bertakafur..
Diam mengatur langkah seterusnya...

14 August 2010

Matahari...


Matahari

sengajalah wakili fikiranku

selubungilah dengan sinarmu yang cerah

agar ia tidak lagi hitam

membunuh jiwa

dan fikiranku

Wahai Matahari

biarkan hitam berarak pergi

teruslah bersamaku

menunjukku jalan kebenaran

yang selama ini

gagal kugali...

♥ ♥ ♥ Hati-hati Ketika Menjual Cinta♥ ♥ ♥


Saat yang paling menyedihkan ialah apabila perasaan anda terguris oleh orang paling anda hormati. Anda sangat2 mengaguminya, tetapi dialah yang menyebabkan anda menangis. Lebih menyakitkan jika anda dikecewakan oleh orang yang paling anda cintai itu.

Ia berlaku di mana2 saja, maka ia bukanlah teruk sangat. Untuk mendapat orang yang benar2 jujur & boleh bersama anda sepanjang usia bukan mudah, bahkan hampir mustahil. Lebih2 lagi jika masih di alam percintaan, untuk anda dikecewakan lebih besar peratusannya.

Tetapi sebelum anda menyalahkan sesiapa, cuba salahkan diri sendiri dulu. Apakah anda bersikap berlebihan? Apakah anda terlalu menyintai sedangkan dia tidak begitu? Anda terlalu cepat memberikan sepenuh perhatian & kasih sayang, sedangkan dia baru main2, bahkan jauh lagi untuk sampai ke tahap itu.

Hal seperti ini selalu terjadi. Apabila berlaku sesuatu perpisahan, ayat yang lumrah dilontarkan ialah, “Kenapa kamu khianati aku? Sedangkan aku benar2 mengasihimu.”

Masalahnya anda yang terlalu mengasihi sedangkan dia tidak, sudah tentulah keadaan seperti itu boleh terjadi. Kenapa tidak memberikan kasih setelah anda benar2 yakin dia juga begitu?

Maknanya berpada2 tatkala hendak memberikan kasih, menghulurkannya sedikit demi sedikit sehingga telah pasti bahawa dia juga serupa. Barulah ditambah atau dibesarkan mengikut keperluan suasana & matlamat.


Kebanyakan kesilapan yang dilakukan anda ialah terlalu menyintai orang yang belum tentu menyintai anda begitu. Hal seperti ini adalah kesilapan yang paling nyata dalam alam percintaan. Sebaiknya kenal dulu hati budi, pelajari peribadi melalui pelbagai kaedah seperti warna, bulan kelahiran bahkan hierarki keluarga.
Tidak semestinya ciri2 ini boleh memberikan jawpan tepat, tetapi sekurang2nya anda ada asas untuk percaya, ada sebab untuk menolak, ada alas an untuk menambah perhatian dan ada tiket untuk membesarkan cinta.

Usah terus terjun sebelum menduga kedalaman sesebuah kolam itu. Andainya kolam itu dalam & anda boleh berenang, usah terlupa menduga kalau2 ada lumpur lembik di dasarnya. Usah terlupa juga untuk menduga kalau2 ada lumut yang menyebabkan anda tidak boleh menggerakkan kaki lalu lemas.

Adalah lebih baik termenung sejenak di pinggir kolam, merenung ke dalam & cuba ukur dengan kayu. Jika dalam atau kayu disambar sesuatu, tidak usah terjun & carilah kolam yang lain.

Ramai orang apabila menjual cinta, ketika itu paras cintanya sangat tinggi, menghampiri 100%. Jika dia mendapat respons yang baik, cintanya akan bertambah2 hingga 300%. Dan, ini sangat bahaya, sebab biasanya apabila orang memberi respons, dia hanya memberikan respons yang biasa.

Jika adapun perasaan cinta di hatinya, ia baru tumbuh atau sekitar 10%. Sehingga paras ini hendak mencecah lebih tinggi ia mungkin memerlukan masa. Masalahnya setiap peningkatan daripada orang yang dipikat sentiasa meningkat paras yang sedia ada pada si pemikat.

Ketika dia berkata, “Saya telah mula sayang anda,” ketika itu anda telah teramat-amat sayang padanya. Sebab itulah kebanyakan orang yang memulakan langkah memikat akan mengalami kekecewaan yang sangat ketara ketika cintanya gagal.


Oleh itu, berpada-padalah sewaktu memulakan usaha cinta. Ketika memulakan langkah pertama, usah membenam rasa cinta yang tinggi. Bertindak seadanya sambil membina hati seadanya juga, serta sedia menerima apa2 juga hasil seadanya anda sebagai manusia yang bermaruah.

Dalam apa juga keadaan, usah keterlaluan. Sebab sikap begini tidak baik untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.

12 August 2010

~Wanita...~


WANITA..
Kuatkanlah kasihmu terhadap dirimu…
Sayangilah diri sendiri…
Nilai dirimu terletak pada harga diri..
Yang hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki
dengan harga kejujuran..
Anda ibarat mutiara
di puncak bukit di mata
seseorang lelaki jujur..
Memang sukar mencari golongan lelaki sebegini
Namun, biar selesa hidup sendiri
daripada hidup berdua
tetapi pencetus dosa ke neraka..
Biar hidup sendiri yg kekal serinya
daripada di kelilingi oleh lelaki
tetapi hilang maruah diri..
Biar lewat bertemu jodoh
tetapi tinggi nilai peribadi
daripada cepat jodohnya
tetapi tidak lama ditinggalkan..
Biar menjadi rama-rama
dengan sayapnya yang terang & indah
daripada sang kelkatu yg menerjah api..
Wahai WANITA, harga diri anda..
Anda yang menentukannya..

*****************************************

10 August 2010

~Matematik & Solat~


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Secara matematiknya, kita lihat berikut:

Solat berjemaah :
1 waktu = lebih 27 kali pahala
1 hari = 5 waktu x 27 = lebih 135 kali pahala
Sebulan = 30 hari x 135 = lebih 4,050 kali pahala
Setahun = 12 bulan x 4,050 = lebih 48,600 kali pahala
10 tahun = 10 tahun x 48,600 = lebih 486,000 kali pahala

Solat sendirian :
1 waktu = 1 pahala
1 hari = 5 waktu x 1 = 5 pahala
Sebulan = 30 hari x 5 = 150 pahala
Setahun = 12 bulan x 150 = 1800 pahala
10 tahun = 10 tahun x 1800 = 18,000 pahala

Sama ada kita sedar atau tidak, bagi yang sembahyang sendirian di rumah selama 10 tahun, pahalanya hanya menyamai beberapa bulan solat berjemaah.
Andai kata pahala 486,000 itu dalam bentuk RM486,000 (atau 486,000 liter petrol) agaknya barulah ramai manusia mengejarnya. Ramai manusia inginkan syurga tapi tidak mencari ke arahnya; sebaliknya ramai manusia yang takutkan neraka tapi tidak menghindar diri dari terjerumus kepadanya. Wallahu'alam.

08 August 2010

Cake for today is...(^_^)..


Semalam, berkat bantuan adik tersayang, akhirnya impian nak buat kek ini tercapai juga. Untuk makluman, ini adalah kek batik. Tau kan? Well, keinginan nak buat kek nih dh lama tersimpan sejak melihat salah seorang sahabat lama menayangkan kek batik buatannya di dalam blog. Memandangkan kek ini merupakan kek kegemaran sepanjang hayat, dan tak lama lg nk puasa, so, sedaya upaya cari bahan dan inilah hasilnya...TADAAAAAA..hehehe, selalunya buat kat umah di kampung, tapi kali cuba buat sendiri tanpa bantuan mak di sisi, juz kol mak mintak resipi [ingat2 lupa daaa...~ ^_^]..


07 August 2010

Di mana Damai Itu???


Damai yang ku cari
bukan di sini
masih belum ku temui
atau di sana yang hakiki

Ku bicara pada alam semesta
mengungkap kalam tanpa suara
bisu seribu bahasa
kerana ku tahu satu perkara
alam murka pada penghuni dunia

Mentari pagi tak seindah sediakala
keruh kelodak hujung muara
tiada terfikir dek akal kita
bencana itu balasan tercipta
dari sang pencipta

Alam tiada semesra dulu
siang sekadar pengganti waktu
malam hanya sepi membisu
rembulan yang kian lesu

05 August 2010

Pabila Guru Besar berbicara…~ (^_^)


Seperti biasa, apabila memandu, wajib rasanya membuka apa2 saja muzik sebagai peneman di kala memandu terutamanya sekali lagu nasyid. Di kala lagu ‘For The Rest of My Life’ dimainkan, tetiba aku teringat bicara Guru Besar [GB] dua hari yang lepas sehinggalah ke hari ini. Ermmmm, apa kaitan lagu ini dengan bicara GB??? Huhuhu, tidak disangka2 topik hangat minggu ini yang sentiasa menjadi bualan di kalangan rakan guru yang lain ialah tentang perkahwinan. Dan bila sentuh saja bab ini, automatik aku akan menjadi sasaran mereka. Well, buat pengetahuan semua, hanya aku dan seorang rakan guru wanita yang baru mengajar tahun ini SAHAJA yang belum lagi menyertai kelab rakan2 guru di sekolah. Hehehehe, betul2 berunsur suspen ayat aku nih. Kelab yang dimaksudkan tuh ialah kelab RUMAHTANGGA. Ahakzzzz, rasa kelakar pulak bila ada kelab tidak rasmi di sekolah, hehehehe~ :P.. Majoriti rakan2 guru di sekolah telah berkahwin, memegang ‘title’ ibu bapa dan salah seorang daripadanya sudah bergelar NENEK.


Sepanjang 1 tahun setengah di sekolah ini, aku betul2 hepi dan enjoy kat situ. Walaupun agak tertekan sedikit dengan tahap pemikiran murid yang agak perlahan dalam proses pembelajaran, namun itu bukan menjadi masalah bagi aku. Yang membuatkan aku betul2 suka kat sekolah ini ialah perhubungan yang sangat baik antara rakan2 guru serta ‘big boss’ yang betul2 sporting dan baik sekali. Walaupun berlainan bangsa & agama, namun itu tidak menjadi masalah buat rakan2 guru di situ kerana kebanyakan daripada mereka betul2 berfikiran terbuka, saling faham-memahami dan yang paling aku suka sekali ialah bila masuk bab bergurau. Rasanya, sepanjang aku mengajar di situ dari tahun lepas sehingga ke hari ini, tidak sah rasanya kalau tidak bergurau dan bergelak ketawa bersama-sama. Hampir setiap hari ada sahaja perkara yang menjadi topik utama dalam perbualan bersama mereka, dan secara automatiknya pasti ada yang akan cuba mengeluarkan idea ‘keluar tajuk’. Bila ada masuk bab macam nih, ‘konfom’ kecoh bilik guru dibuatnya. Betul2 hilang rasa tensen & marah..hehehe~ (^_^)v.. Ini menjadi salah satu sebab mengapa guru yang lama mengajar di situ enggan berpindah. Kebetulan, masing2 dapat menerima keserasian bila dh ‘join’ warga sekolah ini..sayang kalau nak pindah kan??? ~ (“,)..



Hehehehe, rasanya macam keluar tajuk pulak kat atas nih. Sekadar perkongsian serta pengetahuan para pembaca. Bukankah perlu ada pengenalan bila hendak mengarang sesuatu idea itu? Mungkin perkara di atas boleh dikaitkan dengan tajuk utama. Ermmmm, well, sebagai seorang majikan serta ‘big boss’ di sekolah, adalah menjadi tanggungjawab GB untuk menjaga serta mengambil tahu tentang kebajikan serta ‘lifestyle’ orang bawahan dia. Aku satu2nya guru wanita Muslim, tidak lagi kekok bila berada di sekolah ini. Buat pengetahuan, hanya 3 orang guru Muslim yang mengajar di sekolah ini. Dua daripadanya adalah guru lelaki senior yang sudah lama mengajar di situ. Nasib baik diaorang ada kan, tak la aku terkapai2 seorang diri kat situ. Namun, itu semua tidak menghalang aku untuk terus berkhidmat di situ. Kedudukan sekolah yang betul2 berada di dalam perkampungan masyarakat Bidayuh dan jauh dari kawasan bandar tidak lagi menjadi masalah buat aku. Kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung amat baik sekali, murid pulak dapat menerima aku sebagai guru mereka. Seronok sangat~ (^_^)..


Ahakzzzz, lari tajuk pulak yang atas nih. Yang betul2 buat aku terasa terharu sangat pasal GB aku nih, bila dia berbicara tentang KAHWIN, huhuhu.. Betul2 tersentuh hati kecil aku. Antara ayat yang aku ingat sampai ke hari ni~ “cikgu, kahwin cepat2..lambat kahwin, lambat dapat anak”. Sebagai orang yang lebih tua serta cukup berpengalaman dalam kehidupan, dia cukup risau dengan fenomena wanita yang berpendidikan serta berkerjaya belum berkahwin lagi. Ibarat seperti menasihati anak sendiri, dari gaya dia bercakap, dia cukup risau bila lihat aku belum ada tanda2 untuk ke jinjang pelamin. Huhuhu, bila dah GB cakap macam tuh, rakan2 guru yang lain turut bagi ayat sokongan. Huhuhu, tak tahu nak cakap apa. Apa2 pun, baru aku perasan, sepanjang minggu ni asyik bincang pasal kahwin jer. Kebetulan, murid2 turut sentuh bab tersebut, terus terkeluar soalan dari mulut si anak~”cikgu bila nak kahwin? Tak sabar nak tengok anak cikgu nanti..”~ Erkkkkkk, terdiam sebentar bila murid bagi pendapat diorang. ~ (“,) ???.... (>_<)…(~_~)..ermmm, adakah itu satu petanda??? WALLAHUALAM…

01 August 2010

~Baca dan Senyummmm..(^_^)~

Sebagai tatapan dan picisan pada waktu lapang..hehehehe...~(",)v