BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

20 November 2010

*:: RatuKu::*



Ratuku...
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama inginku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.

Ratuku...
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.

Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat,
Bunga yang tidak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku...
Bukanlah kuharap,
Kau segigih Siti Hajar,
Yang berlari-lari, antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.

Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak,
Berharap sedemikian rupa.


Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi,
Bunga-bunga itu, Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu Syurga.

Jangan kau risau duhai ratuku,
Kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu,
Hanya ujian buatmu.

Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetik mu lagi.

Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu,
Jangan biarkan,
Gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu,
Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.

Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU yang benar-benar RATU.

15 November 2010

~Hati Seorang Wanita~


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

07 November 2010

~SUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU??~


~PERKAHWINAN~



Satu ketika kau bertanya..

.......................

sudikah kau menjadi Makmum
di setiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................

sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendakNya

..........................

sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu datang
air mataku ada yang menghapuskan..

............................

sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jalan yang benar

.............................

sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)

.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..
mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa saja denganmu
tanpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

...............................

Satu ketika aku menjawab...


"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................

Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~

05 November 2010

~Mencari Kekasih~


Kekasih merupakan insan yang sering didambakan. Kesunyian akan dirasai andai bersendirinya tanpa insan bernama kekasih. Jiwa manusia sering bergolak untuk memiliki insan yang bakal dinobatkan sebagai kekasih hati..

Diintai kiri dan kanan untuk mencari siapalah insan bertuah yang sudi menemani hari-hari dan perginya sepi yang bersarang di hati. Indahnya jika ada kekasih yang menemani sepanjang meniliti liku-liku hidup.....Terdetik di dalam sanubari paling dalam....Adakah impian hati ingin memiliki kekasih seperti pasangan kekasih yang sering kelihatan di sana-sini? Adakah kehidupan bersama kekasih seperti kawan-kawan akan membuatkan hati ini tenang? Itukah kekasih dambaan hati kecil ini? Harus bagaimana mencari kekasih yang sebenar??

Ya Allah bagaimana.....Cinta dan sayang itu mudah terzahir dengan kata-kata dan gerak langkah seseorang. Rasa yang dimiliki sukar disembunyi seperti sebuah syair arab pernah menyebut:" Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya

"Setiap insan normal pasti akan mengalami perasaan cinta dan naluri ingin dicintai-menyintai.. Oleh itu bersyurkurlah andai merasai kehendak mencintai dan dicintai kerana ia lambang kenormalan anda. Ramai yang merasai dan menikmati rasa "cinta-mencintai" tetapi tak ramai yang membuktikan mereka benar-benar menghargainya. Mengapa ya??

Lihatlah laluan mencari cinta.......Walaupun cinta itu fitrah tetapi ia tidaklah mudah. Usaha itu yang berterusan harus diamalkan. Antara bentuk usaha yang digariskan:

1) ISTIKHARAH - untuk mencari pasangan yang sesuai - ia juga dilakukan dikala hati 50/50 dlm membuat pemilihan.sekiranya tak 50/50 pohonlah thabatkan hati dgn pilihan diri.
2) PERBINCANGAN - minta pandangan ibu bapa dan insan-insan yang layak
3) BERDOA - doa itu senjata mukmin. Antara doa yang dianjurkan:" Ya Allah andai perkara ini baik buatku palingkanlah wajahku kepadanya, begitulah juga palingkanlah wajahnya kepadaku. sekiranya dia tidak baik buatku jauhkanlah dirinya daripada diriku dan jauhkan diriku daripada dirinya

" USAHA ------- ISTIKHARAH------PILIH-------MENCARI KEKASIH" ...Sebelum kita melalui jalan yang penuh liku, usahlah akur dipersimpangan. Namun fikirkan natijah akhir yang bakal terjadi disetiap jalan yang dilalui. Pencarian kekasih adalah proses yang perlu dilakukan dengan usaha.

Setelah menemui susunlah kekasih di hatimu dengan ranking yang sewajarnya:
1) ALLAH
2) RASUL
3) JIHAD
4) MUKMIN
5) ASET

Semoga kekasih yang ditemui tidak membawa fitnah kepada diri. " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita"

♥~DOAKU PADANYA~♥


Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurangan
Hingga membuat lalai akan adanya dia
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn.......