BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 December 2010

..Tips Menutup Aurat..


Menutup aurat adalah perintah daripada Allah S.W.T. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula, fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah ini disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi:

1. TAHU : Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. SEDAR bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR : Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui cirri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN : Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?” Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6. MALU : Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA YANG BERTUDUNG boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilannya kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8. EKSKLUSIF : Semua wanita itu cantik. Jika tidak, manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun, kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT : Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk eksesori itu dan ini.

*********SOLUSI ISU#26*********

23 December 2010

Seceria POCOYO


Ahakzzzzzz, pelik pulak tajuk kat atas ni kan. P.O.C.O.Y.O..pocoyo..hehehehe. Buat para sahabat yang tidak tahu apa itu POCOYO, ia adalah salah satu watak kartun yang kini semakin popular di kalangan golongan kanak-kanak pada masa kini. Well, zaman dulu mana ada wujud watak kartun nih, yang glamer masa dulu kebanyakannya watak kartun dari negara luar seperti Power Rangers, Gaban, Satria Baja Hitam, Masked Rider, Flashman, Ultraman..wahhhh, masih ingat masa kecik2 dulu, aku bersama kawan2 buat aksi Flashman. Ingat lagi tak Flashman? Wataknya lebih kurang macam Power Rangers, cuma ianya versi Jepun. Siap main dalam hutan, berperang dengan kawan yang menjadi raksasa yang besar lagi jahat. Huhuhu, memang lasak gila zaman dulu…


Perkenalan ku dengan POCOYO betul-betul membuatkan aku ‘jatuh cinta’ dengan kartun ini. Budak comel yang memakai baju biru. Bila tengok POCOYO teringat lak ngan seseorang sebab dialah yang memperkenalkan aku dengan watak kartun comel ini. Huhuhu, naifnya diri ini sebab lambat kenal ngan kartun paling comel yang ‘kusayang’ sekarang…hahaha, bila la ‘childish’ dalam diri ini nak hilang? Salah seorang sahabat telah ‘cop’ diri ini sebagai keanak-anakan..huhuhu, lagi haru bila beberapa orang sahabat panggil aku ‘adik’ padahal umur aku dengan diorang sebaya, dan pulak sepatutnya aku yang panggil diorang adik, tapi diorang pulak panggil aku ‘adik’..adehhhhh, tak dapek den nak elak..

‘Title’ sebagai kakak membantu aku lebih menjadi bertanggungjawab, walaupun adakalanya perangai lebih kurang sama ngan diaorang. Hope tahun depan pun ada perubahan dari segi sikap ‘childish’. Tapi tak salah kan ada perangai macam nih, nak buang pun susah sebab dunia pekerjaan aku dekat dengan dunia kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan. Kalau mengikut psikologinya, ini salah satu cara untuk elakkan diri kita daripada ‘stress’. Walaupun ramai orang menganggap pekerjaan sekarang lebih banyak relaks sebab kerja separuh hari sahaja, namun diorang tak tau, bila balik rumah jer, walaupun tidak bekerja secara rasmi, namun otak sentiasa berjalan memikirkan apa yang patut buat untuk keesokkan harinya. Kadang-kadang waktu tidur terpaksa diambil sebab nak buat sehabis baik yang mungkin. That’s my job. Walaupun agak tertekan, but I really2 love it. That’s why I choose POCOYO as my lovely character. Kiut dan menggembirakan. Harap diri ini juga ceria seperti POCOYO...~(^_^)v!!!~

17 December 2010

..Sedang Kita Lupa..


kita bangga bila pakaian kita cantik dari yang lain
kita selesa bila kita berada di atas dari yang lain
kita teruja bila kita lebih berjaya dari yang lain
kita suka bila kita terima lebih dari yang lain

sedang kita lupa

mungkin pakaian itu tiada untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

mungkin kedudukan itu bukan untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

mungkin kejayaan itu belum untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

mungkin anugerah itu tidak untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

tidak salah untuk kita menikmati segala
pemberianNya dengan tawa dan gembira..

namun..

jangan sekali dibiarkan yang lain berduka dan nestapa tanpa terbela..

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

08 December 2010

..Hijrah Yang Terindah..

Salam Maal Hijrah 1432H...

Tahun ini sudah masuk tahun baru Islam iaitu bersamaan 2 Muharam 1432H. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita semua, masih diberi peluang memasuki tahun 1432H berbanding dengan rakan-rakan serta saudara-mara kita yang sudah dijemput oleh Allah ke sana.

Bagaimana azam tahun baru??? Ermmm, let me guess. Saya tahu, majoriti anda di luar sudah terbiasa dengan tahun baru Masihi. Bila masuk jer tahun baru Masihi atau turut dikenali 'Kalendar Yunani', pasti masa itu jugak kita sibuk nak pasang azam baru. Ya, itulah ‘trendy’ anak muda masa kini, sehingga lupa akan tahun baru Islam. Saya berani jamin, kebanyakan anak-anak muda masa kini lebih mengingati tahun baru Masihi berbanding tahun baru Islam. Masa itu, macam-macam azam nak dipasang. Paling tak tahan tuh, masa tahun baru masihi jugak la macam-macam masalah social turut timbul. Berzina, berkhalwat, merempit, dan macam-macam lagi.

Astafirullahalazim..umat akhir zaman. Begitulah keadaannya bila dunia berada di hujung waktu. Walaupun pelbagai cara telah dibuat, boleh kira pakai jari jer yang ikut apa yang telah disaran. Itu bab cara anak muda sambut tahun baru Masihi. Bagaimana kalau kita cuba tanya bab azam tahun baru Islam? Tahun baru Islam? Apa tuh? Haaaa…paling asas, apa tahun Islam semasa? Gerenti garu kepala, tak pun bagi jawapan yang salah. Sesuatu yang tak menghairankan bila anak muda terutamanya yang berada di bandar mahu pun di mana saja mereka berada, bila ditanya tentang tahun Islam, ada yang garu kepala, beri jawapan yang salah dan macam-macam fiil lagi yang boleh kita jumpa. Berdasarkan pengalaman sendiri semasa di alam universiti, saya hanya mampu geleng kepala sahaja. Apabila keduniaan sudah mengusai diri, maka apa saja yang berkaitan dengan akhirat akan dilupai, tak pun langsung tiada dalam kehidupan harian mereka.

Astafirullahalazim. Seperti mana andaian saya bersama seorang rakan, dunia kita kini ibarat berada pada jari tangan yang kesembilan daripada sepuluh jari tangan yang kita ada. Bukankah itu sudah menggerunkan kita? Lihat saja dunia hari ini, masalah sosial semakin menjadi dari hari ke hari, bencana alam semakin ‘buas’ merosakkan dunia. Tidakkah kita sedar itu adalah petanda dari Allah untuk kita semua.

Sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW, saya begitu peka dengan apa yang terjadi. Oleh sebab itu, maka diri ini perlukan perubahan. Saya sedar, dulu banyak masa diluangkan dengan keduniaan walaupun akhirat tidak dilupakan. Dunia Kuala Lumpur telah membentuk diri ini menjadi semakin berani, berani bertindak, berani bersuara mahu pun berani yang lain. Namun, berani yang dulu adakalanya memakan diri. Lalai sebentar dengan akhirat, adakalanya turut bersosial dengan rakan-rakan. Namun, Alhamdulillah, saya masih di bawah peliharaan-Nya. Dikurniakan sahabat yang baik, rakan serumah yang baik, dan satu lagi fiil yang telah Allah berikan, saya agak susah terpengaruh dengan apa saja perkara yang berada di keliling saya. Bukan nak bangga diri dengan apa yang ada, kerana kadang-kadang saya sendiri tidak sedar yang saya ada fiil macam tuh. Syukur kerana para sahabat yang pernah duduk bersama menyatakan kebenaran tentang sesuatu yang positif mahupun yang negatif tentang diri saya. Merekalah ‘cermin’ bagi diri saya.

Berbalik kepada perubahan, Alhamdulillah, saya turut dikurniakan kawan-kawan yang baik hati. Menegur apa yang patut dan apa yang kurang. Namun, salah satu teguran yang betul-betul membuatkan saya tersentak, yang paling terabai dalam hal aurat wanita ialah bila mana ‘si dia’ secara psikologinya menanyakan tentang penggunaan stoking, adakah saya pakai atau tidak? Soalan yang tidak saya jangka dari ‘si dia’. Permulaan jawapan, saya hanya mampu menjawab ‘InsyaAllah’. Bermula dari situlah, saya mula berjinak-jinak memakai stoking walaupun ke tempat kerja sekalipun. Alhamdulillah, baru saya terasa betapa selesanya bila memakai stoking. Dan paling saya tekankan di sini, kalau boleh, perubahan ini bukan kerana orang lain mahu pun kerana permintaan ‘si dia’, tetapi itulah perubahan yang datang dari hati, semata-mata kerana ALLAH S.W.T.

~.A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.~

06 December 2010

~Andai Ingin Berteman~


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya..

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya..

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna..

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam

InsyaAllah...