BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

28 June 2011

::Kerana Istikharah..Aku Redha::

Pertemuan...Perpisahan..semuanya bukan kita yang merancangnya..

Sekalipun cuba mengelak, namun Allah telah tetapkan..hati ini bertaut padanya..

Ya Allah, sekalipun aku berusaha untuk menjauhinya, namun tidak kuduga..Engkau rapatkan kami berdua dengan kasih sayang yang mula tumbuh dalam hati masing-masing..

Terasa bahagia dan bersyukur...

Namun..segalanya telah Engkau tentukan jua..

Kasih sayang ini hanyalah sementara saja..

Dan aku sebagai hamba kepada-Mu Ya Allah akur dengan apa yang telah Engkau tentukan...

Sesungguhnya kasih sayang yang telah Engkau berikan telah mendekatkan diriku pada-Mu Ya Allah..

Sekalipun air mata darah sekalipun, semuanya telah ditentukan..

Aku redha Ya Allah..redha dengan ketentuan dari-Mu...

Sesungguhnya..kami hanya ditakdirkan untuk merasai kasih sayang itu...

Tapi tidak ditakdirkan untuk bersama...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..

Hanya Engkau tempat aku bertaut, tempat aku bersujud, tempat aku mengadu..

Kuatkanlah imanku...sesungguhnya hamba-Mu yang lemah ini tidak terdaya melawan perasaan duniawi ini...

Amin...Amin Ya Rabbal Alamin...

18 June 2011

♥Pelangi Selepas Hujan♥

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.



Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaALLAH..

17 June 2011

::Andai Itu Takdirnya::




Idea Kadang-Kala Tercipta Di kala Minda Terasa Rindu Dan Teringat Pada Orang Yang Tersayang...


Ibu Bapa Adik-Beradik Sahabat Handai Mahupun Pada Si Dia Yang Sentiasa Dirindui...


Sungguh Dan Lagi Indah Rindu Itu Bila Yang Maha Esa Menjadi Yang Utama Untuk Dirindui...

Dunia Hanya Sementara...

Namun Manusia Seringkali Lalai Dan Lalai Dengan Pandangan Keindahan Dunia Itu...

Adakalanya Hanyut Seketika Pabila Perasaan Antara Dua Jiwa Yang Bergelora Menguasai Minda Dan Perasaan...

Astagfirullah...Astagfirullah...Astagfirullah...

Begitu Mudah Manusia Terjerat Dalam Hasutan Syaitan Durjana Walaupun Sekadar Satu Saat Sahaja....

Ya Allah..HambuMu Yang Lemah Ini Tidak Terdaya Melawan Nafsu Duniawi..Ampunkan Dosa HambaMu Yang Daif Lagi Hina Ini...

Amin....

*********