BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

22 August 2011

45 -------------------------> 41????



Assalamualaikum…

22 Ramadhan 1432H..

‘Cik sibuk’ mula muncul…

Suka tapi ‘cik penat’ tetap datang..

Agak-agak la kan, apa agaknya nombor kat atas ni?

Nombor ekor??? Ahahahaha, memang nak kena ketuk kepala nih…~(^^,)

Rasa macam mimpi tapi itulah kenyataannya..


Setelah sekian lama tak ‘memijak’ benda yang ada nombor nih, baru hari ni dapat pijak balik lepas kawan bagi remind tentang diri yang semakin mengecil..huhuhuhu

Rasa sedih pun ada bila tengok nombor 41 yang muncul..

Teruk kan? Mungkin kesan daripada ‘hal’ itu. Nak kata tak makan, tak jugak. Cuma satu jer, keja yang melampau-lampau. Orang kalau puasa mesti letih. Tapi, saya rasa macam ada kuasa luar biasa yang datang. Tetap bertenaga walaupun beribadah di waktu malam.

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya mampu cergas. Mungkin ada hikmah ‘hal’ itu berlaku. Sedikit demi sedikit dapat dilupakan walaupun sisanya masih ada dalam ingatan. Memang, saya antara hamba Allah yang sukar nak buang sesuatu yang dah tertanam dalam hati. Tak tahu sampai bila. InsyaAllah, dengan izin Allah ‘ianya’ akan hilang. Wallahualam..

Walau apapun, saya agak kurang dengan nombor 41. Sebab azam setiap tahun nak lebih daripada nombor 45. Tapi, apakan daya, nombor itu semakin berkurangan, lebih-lebih lagi kesan daripada ‘hal’ itu.

(~_~)v….[tetap berusaha nak tambah berat badan..chaiyok2!!!]

20 August 2011

::What A Colourful Day::

Assalamualaikum...

Sabtu datang lagi...

20 Ramadhan 1432H..alhamdulillah..

Ermmmm, speechless for a while..

Apa kata..kita cuci mata..JOM!!!!..



Posing kejap lepaskan lelah potong buluh nak tegakkan bendera kita..adehhhh..huhuhuhu


Si Ivarn a.k.a Lee Chong Wei..hehehe, budak pra paling junior dan paling senang ditarik untuk bergambar. Sporting betul. Aksi-aksi comel dari 'beliau'...(^^,)


Antara budak pra yang susah nak diajak bergambar. Rasanya dah nak jadi paparazi dah gara-gara kejar dia sorang jer nih. Last2, terpaksa ambik gambar kandid. Nasib baik 'gambar' comel ini menjadi. Nak tau nama dia? "Nama kamek Aiman"..ngeeeee



Team paling sporting. Dengan gaya ala-ala model & sedikit kemasan dari cikgunya, muka-muka model ini akhirnya berjaya dirakam. Anak-anak sekecil zarah kini sudah membesar menjadi giant..hehehe..makin hensem pulak dorang nih..ngeeee


Budak comel dari kelas saya a.k.a Tahun 1. Memang comel sejak prasekolah lagi. Antara budak yang suka peluk cikgunya dari belakang. Manja sangat. Salah seorang yang sering menjadi 'mangsa keganasan' bila cikgunya marah. huhuhu..


Posing paling saya suka. Cuba cari yang mana satu saya??? hahaha, tetiba cikgu itu pun menyelit sekali. Tang sama jer saiz badan..hehehehe


Last but not least..permandangan di hadapan meja guru..Rasa bersemangat pulak bila tengok bendera SARAWAK berkibar dengan jayanya..I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN!!!

15 August 2011

::Bahagia..sudah ada di depan mata::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, hari ini genap 15 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Berada di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu saat yang amat menyeronokkan, tidak terkata jawapannya. Yang pasti hanya Allah saja yang tau rasa itu.

Isnin tanpa berkata. Perjalanan pagi ke sekolah diiringi dengan hujan renyai ditambah lagi dengan keadaan yang agak gelap menyukarkan pandangan mata, namun perjalanan pagi tetap berjalan seperti biasa. Cuma, agak sedikit cuak apabila tiba-tiba ribut datang dengan angin yang kuat menyukarkan pandangan. Ya Allah, saya hanya mampu berdoa saja moga tiada halangan semasa perjalanan. Berdoa moga tiada kenderaan berat yang tiba-tiba datang dari arah yang bertentangan. Alhamdulillah, selamat sampai walaupun agak sedikit terlewat.

Awal pagi di sekolah disambut dengan rasa kesunyian. Mendapat maklumat dari anak-anak, kawasan sekolah ‘blackout’ gara-gara ribut yang melanda.

Sementara menanti waktu mengajar, tangan tangkas membuat kerja apa yang patut. Sudah menjadi kepastian, segala keperluan bahan bantu mengajar harus disediakan sebelum waktu mengajar bermula. Sambil mulut berbual dengan rakan-rakan guru, tangan wajib bergerak oleh kerana masa diibaratkan emas yang amat berharga nilainya.

Sedikit terkilan gara-gara masa mengajar diambil alih oleh aktiviti kerohanian yang mana anak-anak turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kampung. Ermmm, tak apa la. Masa yang terluang boleh buat kerja tambahan yang lain pula.

Berbual bersama rakan-rakan guru, ada saja ceritanya. Sebagai salah seorang staf di situ, lebih-lebih lagi satu-satunya guru wanita yang beragama Islam, saya tidak lagi kekok bersama mereka. Rasa macam satu keluarga. Yang paling menarik, segala pendapat kita dapat diterima dengan hati yang terbuka. Sekalipun ada yang membangkang, tidak ada sebarang masalah yang timbul sekalipun sedikit pergaduhan. Dengan kata lain, tiada rasa dengki, cemburu, amat sempoi, dan paling best sekali mampu membuatkan saya tersenyum hingga akhir waktu persekolahan. Sebab utama saya enggan ‘memindahkan diri’ walaupun kini sudah ada peluang yang agak terbuka luas untuk pindah.

Masalah tempat kerja yang jauh dari tempat tinggal bukan lagi menjadi alasan. Bumi Serian agak terasing dari dunia saya sebelum ini. Walaupun berada di dalam negeri Sarawak, namun baru diketahui, 80% peratus daripada kawasan tersebut terdiri daripada kawasan bukan Muslim. Mula-mula datang, memang agak cuak. Bertambah cuak bila dapat tahu nama sekolah. Sebuah sekolah mubaligh sebab ada ‘St’ di depan nama.. SK St John Mantung.. Dah macam-macam dah dalam fikiran.

Alhamdulillah, sehingga entri ini ditulis, saya bersyukur kerana ditempatkan di sekolah itu. Istilah ‘pindah’ tidak ada dalam fikiran kerana diri ini sudah berkata, selagi status belum lagi bertukar, selagi itulah segala ilmu akan terus dicurahkan tanpa mengenal kaum dan agama. Paling penting nawaitu kita kerana Allah.

Baru hari ini dapat saya katakan, saya terasa bahagia dengan kerjaya saya, sekolah tempat saya mengajar, bahagia apabila dapat mengajar dan bersama dengan ‘anak-anak’ yang tersayang. Betapa tidak sedarnya saya bahawa rasa bahagia itu sudah terbentang luas di depan mata. Jika selama ini terlalu mengharapkan bahagia dari ‘orang yang jauh’, yang mana akhirnya Allah telah tentukan bukan menjadi milik saya, namun kini, bahagia itu tetap ada secara berterusan. Lagi bahagia rasanya bila Allah kurniakan rakan serumah yang sama-sama berjuang ke jalan Allah. Seronok pulak rasanya bila dapat pergi solat terawikh bersama-sama. Alhamdulillah..syukuran Ya Allah…. :’)

Moga bahagia itu berterusan tidak kira di mana dan dengan siapa sekalipun…amin..::

14 August 2011

::Aktiviti Hujung Minggu::

Sudah masuk minggu kedua atau pun hari yang ke-14 kita berada dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah..walaupun…[uhukkkk, tak yah bagi tau la ekkk..hehehe]..

Seperti kebiasaan, cuti hujung minggu wajib diisi dengan macam-macam perkara. Kemas rumah, mandikan ‘buah hati kesayangan beta’ [cik Persona la..hehehe]..macam-macam lagi. Yang pasti, kerja sekolah wajib juga dibuat. Rutin harian seorang guru tetap diteruskan walaupun cuti hujung minggu mahu pun cuti sekolah.



Sedar tak sedar, dalam tempoh bergelar seorang pendidik, rutin harian juga turut banyak berubah. Kalau dulu, masa masih bekerja di pejabat, hujung minggu adalah hari bersama rakan, wajib keluar merayau walaupun poket kosong. Tapi sekarang, amat berubah jauhnya. Amat berharga masa itu dan sedikit kerugian bila waktu itu terbuang untuk sesuatu yang tidak mendatangkan faedah bagi diri sendiri.



Namun..alhamdulillah, sentiasa terisi dengan hobi yang kian hari kian berubah termasuklah hobi menangkap gambar. Bahasa mudahnya, fotografi. Suka sangat melihat sesuatu yang tersurat atau yang memang dah ada di depan mata dengan mata hati atau melihat secara tersirat. Kata mudahnya, melihat sambil berfikir. Indah kan ciptaan Tuhan. Rugi rasanya kalau tidak dirakam dengan alat teknologi yang sudah ada di tangan…ngeeeeee..(^^,)v..peace!!!!

11 August 2011

::Tolong Marah Saya, Boleh???::


Alhamdulillah, hari yang ke-11 dalam bulan Ramadhan.

Ntah kenapa, mood kurang baik di sekolah.

Selama 3 jam dalam kelas Tahun 1, rasa-rasanya antara amarah yang paling teruk yang dialami pada hari ini.

Pada masa itulah, automatik tangan ini bertindak pantas memukul tubuh kecil si anak yang tidak tahu apa-apa tentang dunia ini.

Rasanya emosi betul-betul menguasai diri hari ini.

Astaghfirullah….hampir-hampir lupa diri bila kuasa amarah betul-betul jadikan diri ini ‘orang lain’.

Anak-anak semakin diam. Dan, akhirnya tiada lagi perbualan biasa antara anak murid dan cikgu.

Rasa kejam sangat pada hari ini. Ya Allah, betul-betul mencabar keimanan anak-anak ini terhadap gurunya ini.

Akhirnya persoalan terjawab mengapa hari ini terasa seperti jadi ‘orang lain’…ermmm

Penyesalan berkali-kali difikirkan, akhirnya membuatkan otak jadi ‘blur’seketika.

Akhirnya amarah pada diri sendiri..kalau boleh, tolong marahkan diri ini…boleh????

Walau apapun, peristiwa pagi tadi telah membuatkan diri ini tersedar dari lena.

Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini..

Berikanlah aku kekuatan…amin..

(~_~)

05 August 2011

::Saya Benci Murung::




Seharian…tanpa ada idea, semuanya agak tersekat. Dengan masa yang penuh dengan aktiviti yang hendak dibuat, akhirnya aku menemui satu titik ‘blur’ iaitu murung.

Alhamdulillah, puasa yang ke-5. Masih mampu aktif, menjalankan tugas mengajar sebagai seorang pendidik. Cuma perasaan agak terganggu sedikit. Walaupun cuba untuk menghilangkan rasa itu, cuba menafikan dengan menyibukkan diri, namun aku akui aku cukup lemah. Lemah selemah lemahnya. Ntah kenapa, tiba-tiba air mata mengalir tanpa dipinta. Aku cuba bertahan. Namun, aku tahu apa yang aku cuba buat, walau berat macam mana sekalipun kerja yang aku buat, tetap membuatkan aku murung.

Tiba-tiba teringat pada keluarga di kampung. Kalau la mereka ada di sisi, mungkin murung itu takkan ada. Namun, begitulah keadaan bila hidup sendirian di perantauan. Cukup mencabar keimanan sebagai seorang wanita yang hidupnya penuh dengan cabaran duniawi kehidupan.

Sebenarnya, tidak ada rasa kepastian, mengapa rasa murung itu muncul. Memang diakui, sisa-sisa kecewa masih ada [insyaAllah akan dihapuskan dalam ingatan], tapi rasanya bukan itu yang buat aku murung. Ntah, wallahu’alam.

Sehingga kini, aku masih mencari puncanya. Alhamdulillah, apabila sujudnya kita pada Yang Maha Esa, memohon kekuatan pada-Nya, rasa murung itu sedikit demi sedikit mula terhakis. Walaupun semasa entri ini dikarang, ‘ianya’ masih ada lagi, namun aku pasti Allah Maha Penyayang. Tidak selamanya Dia biarkan hamba-Nya yang lemah ini berterusan dalam nikmat kemurungan itu. Moga hari esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah…

(~_~)…

04 August 2011

Minggu Sains & Matematik


Sedikit terlewat rasanya, tetap tidak lupa untuk mengarang apa yang patut dikarang. Hari keempat dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Alhamdulillah, tetap aktif menjalankan tugasan harian walaupun terpaksa melantangkan suara yang sedia kecil gara-gara anak-anak yang nakal.



Aktiviti hari ini seperti biasa, menghadap 'benda alah' nih a.k.a laptop seharian. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Dengan jayanya dapat meng'key-in' kan data yang perlu bagi guru kelas dan guru matapelajaran. Lepas nih, boleh la fokus pada p & p...ngeeee~(^^,)v



Seperti biasa, aktiviti bagi minggu Sains & Matematik berlangsung selepas rehat. Selaku guru Matematik yang garang [ermmm, garang ker?huhuhu..~=P], aku diberi tugasan untuk menguruskan murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3). Hahaha, memang betul-betul ambil kesempatan. Kebetulan murid Tahun 1 termasuk dalam list, sedikit 'ketuk-mengetuk' tetap ada.hehehe..

Aktiviti habis dengan jayanya walaupun agak terlewat. Sedikit stress gara-gara ada segelintir murid gagal menjawab soalan dengan baik, nasib baik suhu hari ini amat baik sekali. fuhhhhh...(^_^)v!!

::Negara Islam::

Dalam kesibukan kota raya metropolitan Kuala Lumpur, kelihatan beberapa orang pelancong dari Iran yang datang melawat Malaysia selepas teruja mendengar presiden mereka, Ahmadinejad menyatakan bahawa Malaysia adalah syurga dunia yang wajar mereka contohi.

Sedang mereka berehat di Masjid Asy-Syakirin bersebelahan dengan KLCC, mereka didatangi oleh beberapa orang anak muda, mahasiswa sebuah universiti tempatan yang teruja bilamana mengetahui mereka datang dari Iran.

Mereka kemudian bertanya khabar dan berbasa-basi. Lalu terjadilah dialog yang sungguh mengesankan akan hakikat sebuah negara Islam.

“Bagaimana pendapat tuan mengenai negara ini?” tanya pelajar itu.

Terdiam seketika, matanya menyoroti kawasan taman susunan manusia itu.

“Ya, seperti yang digambarkan sebelum ini. Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan membangun. Lihat sahaja bangunan-bangunannya,” sambil tangannya menunjuk ke arah menara berkembar KLCC.

Dia lantas ditanya lagi, “Bagaimana anda boleh memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan?”

“Ya, saya mahu melihat dengan mata kepala saya sendiri. Di Iran, diuar-uarkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang pesat membangun. Ini dilaporkan sendiri oleh Tuan Presiden kami iaitu Dr Ahmadinejad selepas lawatan kerjanya ke sini tidak berapa lama dahulu.”

Salah seorang daripada anak muda itu bertanya, “Jadi, bagaimanakah pandangan tuan mengenai Malaysia dari sudut agamanya? Maksud saya, Malaysia diisyhtiharkan sebagai sebuah negara Islam. Jadi, apakah kamu setuju Malaysia adalah sebuah negara Islam?”

Dia sedikit tersenyum, diam seketika sebelum menjawab, “Saudara sekalian, negara Islam itu adalah sebuah negara di mana undang-undang dan rujukannya yang tertinggi adalah al-Quran dan hadis Rasulullah. Makanya, adakah Malaysia begitu?”

“Tentunya tidak, kami masih menggunakan undang-undang tinggalan British yakni Common Law yang sudah siap dirangka oleh mereka dan dipersetujui oleh pemimpin Malaysia sejak sebelum merdeka lagi.”

Dia kemudian bertanya lagi, “Apakah al-Quran dan hadis tidak cukup? Ya, tidak dinafikan ada beberapa kasus [keadaan] terkini yang memerlukan ijtihad semasa. Itu sebabnya adanya ijmak dan kias.”

Kumpulan pelajar itu terangguk-angguk.

“Ini bermaksud, tuan tidak bersetuju Malaysia adalah sebuah negara Islam?”

Tersenyum, payah hendak menjawab. “Terserah kepada kamu bagaimana mentafsirkan negara Islam itu. Namun, Malaysia tetap sebuah negara yang hebat dan gah dari sudut pembangunan materialnya. Itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Maka saya berpendapat Malaysia adalah sebuah negara umat Islam dan ia bukan negara Islam sehingga dasar dan undang-undangnya berubah dengan meletakkan al-Quran dan hadis, insya-Allah.”

“Bagaimana pula kita mahu menilai sesebuah negara itu sebagai sebuah negara Islam?” tanya mahasiswa tempatan kepada pelancong Iran itu.

“Antara cara yang paling mudah dan cepat adalah dengan melihat kepada wanita-wanita di negara itu. Ia sudah cukup bagi menggambarkan keadaan Islam dalam sesebuah negara.”

Ringkas dan padat jawapannya, namun tepat terkena batang hidung!

Nota: Sejarah secara jelas merakamkan betapa besar peranan wanita dalam jatuh bangun sesebuah negara dan empayar, secara langsung mahupun tidak. Begitu besar peranan wanita sebenarnya. Wanita merupakan pendidik pertama kepada anak-anak dalam institusi keluarga. Institusi keluarga yang kukuh dan teguh melahirkan masyarakat yang hebat, dan seterusnya masyarakat yang hebat akan menjana negara yang gemilang. Hebat wanita, hebatlah negara. Hancur wanita, maka hancurlah negara.

Wallahu’alam..

03 August 2011

::Lillahi Ta'ala::


Alhamdulillah, hari ketiga umat Islam berpuasa. Cuaca luar amat panas sehinggakan tak terasa udara dari kipas yang terlentang di atas siling. Betul-betul menguji keimanan..

Hari ini kehadiran guru amat kurang sekali. Berkursus, cuti kecemasan dan cuti rehat khas, memaksa aku terpaksa jadi ‘PK 1’ jap. Pengambilalihan tugasan beliau hanya sebagai ‘tukang jaga’ dalam bilik guru bertemankan kerani a.k.a sahabat karib di sekolah.

Kebetulan pagi Rabu, jadual amat lapang. Namun, secara automatiknya kerja di pejabat terus masuk mengambil alih tugas mengajar. Alhamdulillah, bidang perkeranian tidak asing lagi. Menaip, online LINUS, SAPS, KSSR, semuanya memaksa diri cikgu ini menghadap benda segiempat ini.

Hari ini betul-betul jadi ‘kerani’ sebab dari pagi sampai akhir masa, terpaksa menguruskan satu persatu urusan pentadbiran yang mana masing-masing ada ‘due date’ nya. Baru perasan, hari ini langsung tak ada ‘lepak’ dalam kelas. Kebetulan, minggu ini merupakan minggu Sains & Matematik. Semua aktiviti dilakukan selepas rehat. Itu pun tak dapat nak ‘join’ sepenuhnya gara-gara LINUS online. Baru dapat menjengukkan diri selepas berehat sebentar dari menghadap laptop. Jadi ‘camerawoman’ kejap walaupun sempat digigit semut. Huhuhu…

Kadang-kadang, dalam keadaan tidak sedar, kita bekerja sehinggakan tidak sedar dengan aktiviti lain. Alhamdulillah, berkat berpuasa, fokus sepenuhnya pada kerja memang membuatkan diri agak sibuk menghadap laptop.[walaupun sempat berFB sekejap..hehehe]

Lillahi ta’ala. Antara ungkapan yang sering kita lafazkan dalam solat, yang membawa maksud ‘kerana Allah ta’ala’. Seboleh-bolehnya kan, buat kerja bukan kerana nak dapatkan ganjaran duniawi. Duniawi hanya sementara sahaja. Sungguhpun mendapat apa yang dihajati, memiliki apa yang telah dimiliki dan berpeluang mendapat lebih dari orang lain, namun sentiasa beringatlah, Allah Maha Berkuasa. Kalau dalam jangka masa yang panjang, kita mampu memiliki sebuah kereta, namun, dalam sekelip mata sahaja Allah mampu menarik balik nikmat memiliki kereta itu.



Kerana Allah, saya bekerja. Kerana Allah jualah, saya mampu hidup sehingga ke hari ini.

Ya Allah, jauhilah aku daripada sifat takbur, lupa diri dan leka dalam menjalani kehidupan duniawi di muka bumi ini…

Amin…

::Daripada Api Kepada Api::



Kelihatan seorang murid Darjah Lima sedang berbual dengan sahabatnya. Dia kelihatan sangat resah dan dahinya berkerut-kerut seakan memikirkan hal yang sangat berat. Sahabatnya yang cakna segera bertanya, “Kenapa Iqbal, saya lihat dirimu seakan memikirkan sesuatu yang sangat berat?”

Iqbal hanya mendiamkan diri. Dia seakan sedang memusatkan pemikirannya kepada sesuatu sebelum menjawab, “Ya, Ali. Saya sedang memikirkan sesuatu yang agak berat. Ia sungguh tidak logik jika difikirkan,” jawab Iqbal endah tidak endah sahaja.

Ali menjadi semakin teruja, lantas terus menghujankan soalan tanpa lama menunggu. “Apa kata jika awak kongsikan. Mana tahu jika saya dapat membantu.”

Iqbal hanya menggelengkan kepalanya. “Saya yakin awak juga tidak akan dapat jawab soalan ini.”

Ali sedikit tersinggung. “Iyalah, paling kurang pun awak biarlah saya mencuba terlebih dahulu. Mana tahu saya dapat membantu, insya-Allah.”

Iqbal pada mulanya keberatan kelihatan sedikit lembut hati dan bersedia berkongsi dengan Ali mengenai persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya.

“Begini,” Iqbal memulakan bicara, “Ia berkenaan denga Iblis, yang dikatakan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam selepas diperintahkan oleh Allah. Dia tidak mahu sujud dengan alasan dirinya lebih mulia kerana diciptakan daripada api.”

“Jadi...?” Ali bertanya pantas.

“Selepas itu, Allah murka dan menjatuhkan hukuman. Iblis akan dihumbankan ke dalam api neraka kelak. Iblis sempat meminta supaya Allah memanjangkan umurnya lalu permintaannya itu diperkenankan. Iblis telah bersumpah mahu mengajak seramai mungkin anak cucu Adam bersamanya ke dalam neraka.” Panjang Iqbal menerangkan.

Ali kemudian menyoal kembali, “ Lantas, apa yang kamu persoalkan?”

“Api,” jawab Ali pantas.

“Neraka itu apakah sifatnya?”

“Juga api.”

“Jadi bagaimana api neraka mampu mengazab dan membakar Iblis yang juga adalah api? Cuba kamu fikirkan?”

Ali kemudian mengangguk dan memejamkan matanya beberapa saat. Kemudian dia berkata, “Secara zahirnya telahan kamu adalah tepat, namun sebenarnya ia adalah salah sama sekali.”

“Maksudmu?” tanya Iqbal.

“Betul kamu mahu tahu?” Iqbal angguk.

“Jangan menyesal.” Ali menduga.

“Tiada sesalan dalam menuntut ilmu,” ujar Iqbal.

Tidak semena-mena Ali mengangkat tangannya dan menampar pipi Iqbal dengan agak kuat. Iqbal terkejut lantas meraung kesakitan. Dia bingung kenapa Ali menampar dirinya dengan tiba-tiba.

Ali kemudian bertanya kepada Iqbal, “Bagaimana, apa yang kamu rasa?”

Iqbal yang masih menggosok-gosok pipinya menjawab dengan sedikit suara berbaur marah dan tidak puas hati, “Sakitlah!”

“Nah, kulit pipi kamu dicipta Allah daripada apa?” Ali bertanya.

“Tentulah tanah,” jawab Iqbal sambil terus menggosok pipinya.

“Tangan saya?”

“Samalah juga.”

“Kamu tetap sakit bukan? Walhal tangan saya yang menampar muka kamu adalah berasal daripada bahan yang sama yakni tanah. Justeru, apakah Iblis yang diperbuat daripada api tidak mampu Allah seksa kelak walaupun dia dimasukkan ke dalam neraka jahanam yang juga adalah api?”

Baharulah Iqbal memahami maksud tersirat mengapa Ali tiba-tiba menamparnya sebentar tadi.

Tamparan yang menyakitkan, dan juga membangkitkan kesedaran.



Nota: Keputusan Allah dan kekuasaan-Nya tidak wajar diragui atau dipersoalkan. Iblis juga adalah makhluk-makhluk yang tidak akan terlepas sama sekali daripada seksaan api neraka dek kerana kekufurannya kepada Allah dan keegoannnya tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kita harus yakin bahawa tiada yang mustahil bagi Allah. Jika Allah mengkehendaki terjadinya sesuatu perkara, maka jadilah!

02 August 2011

::Serius..saya letih!!::

Pagi Selasa yang tenang. Hari nih hari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah. Selama 1 minggu lebih tak pergi sekolah kerana kursus, pagi ni aku seperti biasa menjalani kembali rutin harianku seperti biasa iaitu 'driving' ke sekolah selama 50 minit.

Ntah kenapa, lain pulak rasanya. Bawak kereta macam tak betul walaupun guna jalan lalu kampung yang biasa aku lalui. Mungkin jugak puasa. Ermmm, abaikanlah.

Cuma balik sebentar tadi, lagi lain rasanya. Sampai satu tahap, rasa kereta nak terbabas. Serius, rasa dunia nih berpusing. Terpaksa bagi 'signal' untuk berhenti. Ya Allah, kenapa ngan aku nih? Serius, rasa macam badan dah tak boleh nak lawan walaupun cuba gagahkan jugak. Mungkin letih. Ermmm, mungkin jugak.

Seawal pagi di sekolah, aku terpaksa uruskan perpindahan salah seorang anak murid secara mendadak. Selama seminggu kutinggalkan urusan sekolah, rasa macam dapat 'kejutan elektrik' bila sampai sekolah terpaksa uruskan perpindahan murid itu.



Rasa sayang pulak. Walaupun dia agak 'tegar' dalam menerima ilmu yang disampaikan olehku, namun alhamdulillah, daripada tempoh masuk ke sekolah awal tahun ini hingga sekarang, dia mampu membaca walaupun hanya dua suku kata sahaja. Kerajinan dia amat aku kagum. Walaupun sedar dia tak pandai, tapi berusaha jugak. Antara murid yang petah bercakap dalam kelas dan adakalanya apa yang dicakap tuh kata-kata yang masuk akal. Rasa berat pulak nak lepaskan dia pindah ke sekolah lain, tapi apa nak buat kan. Antara murid yang suka senyum, kena marah senyum, bila gaduh ngan kawan pun senyum.



Harap esok dan hari-hari yang mendatang sang ceria datang walau dalam tempoh berpuasa. Kata-kata dari anak-anak Tahun 1 yang menyatakan sesuatu yang betul-betul buat aku terharu sangat. Merekalah penguat semangat cikgu yang kecil ini.

(^_^)..

01 August 2011

♥♥Berkasih Sayang Kerana Allah♥♥



Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri.

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.

Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya, “Ke mana kamu ingin pergi?”

Jawab lelaki itu jujur, “Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.”

Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”

Berkata malaikat, “Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya.” (Riwayat Muslim)

Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang terbaik.

Wallahu’alam...

::Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan::



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Untuk tahun 2011 bersamaan 1432H, kita sekali lagi diberi peluang untuk bertemu dan berada di dalam bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan iaitu Ramadhan.

Syukur. Semalam solat sunat terawikh telah bermula. Rasa sayu sangat bila dapat solat berjemaah bersama umat Islam yang lain. Dan sekali lagi, aku berpeluang berjumpa dengan mak cik yang selalu duduk bersebelahan dengan aku semasa solat terawikh pada tahun lepas. Panjang umur dia, alhamdulillah.

Pada hari ini,1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos, sekolah kami telah isytiharkan cuti peristiwa. Makanya, aktiviti hari ini mungkin hanya di rumah sahaja, duduk diam sorang-sorang dan buat apa yang patut.

Teringat lagi 1 Ramadhan pada tahun lepas, cabut gigi bongsu pada petang 1 Ramadhan. Atas nasihat doktor, aku terpaksa membatalkan puasa gara-gara pendarahan yang agak banyak semasa cabut gigi bongsu. Lebih kurang macam buat pembedahan kecil. Semangat berpuasa pun hilang. Atas sebab kesihatan, terpaksa akur dengan nasihat itu. Rasa macam mimpi pulak bila ingat balik kes cabut gigi. Sakitnya, hanya Allah je tau..

Ramadhan tahun lepas turut mengingatkan aku satu peristiwa, yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Rasa fobia sangat. Tapi alhamdulillah, fobia itu hilang sebab perasaan berani lebih banyak dalam diri. Kadang-kadang, benda yang kita takut itulah yang menguatkan semangat kita untuk melawan.

Ermmm, itulah rencah dalam kehidupan. Diberi peluang merasa pengalaman yang mungkin orang lain belum merasainya. Syukur sebab diberi peluang merasai nikmat itu.

Alhamdulillah..(^_^)