BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

02 August 2011

::Serius..saya letih!!::

Pagi Selasa yang tenang. Hari nih hari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah. Selama 1 minggu lebih tak pergi sekolah kerana kursus, pagi ni aku seperti biasa menjalani kembali rutin harianku seperti biasa iaitu 'driving' ke sekolah selama 50 minit.

Ntah kenapa, lain pulak rasanya. Bawak kereta macam tak betul walaupun guna jalan lalu kampung yang biasa aku lalui. Mungkin jugak puasa. Ermmm, abaikanlah.

Cuma balik sebentar tadi, lagi lain rasanya. Sampai satu tahap, rasa kereta nak terbabas. Serius, rasa dunia nih berpusing. Terpaksa bagi 'signal' untuk berhenti. Ya Allah, kenapa ngan aku nih? Serius, rasa macam badan dah tak boleh nak lawan walaupun cuba gagahkan jugak. Mungkin letih. Ermmm, mungkin jugak.

Seawal pagi di sekolah, aku terpaksa uruskan perpindahan salah seorang anak murid secara mendadak. Selama seminggu kutinggalkan urusan sekolah, rasa macam dapat 'kejutan elektrik' bila sampai sekolah terpaksa uruskan perpindahan murid itu.



Rasa sayang pulak. Walaupun dia agak 'tegar' dalam menerima ilmu yang disampaikan olehku, namun alhamdulillah, daripada tempoh masuk ke sekolah awal tahun ini hingga sekarang, dia mampu membaca walaupun hanya dua suku kata sahaja. Kerajinan dia amat aku kagum. Walaupun sedar dia tak pandai, tapi berusaha jugak. Antara murid yang petah bercakap dalam kelas dan adakalanya apa yang dicakap tuh kata-kata yang masuk akal. Rasa berat pulak nak lepaskan dia pindah ke sekolah lain, tapi apa nak buat kan. Antara murid yang suka senyum, kena marah senyum, bila gaduh ngan kawan pun senyum.



Harap esok dan hari-hari yang mendatang sang ceria datang walau dalam tempoh berpuasa. Kata-kata dari anak-anak Tahun 1 yang menyatakan sesuatu yang betul-betul buat aku terharu sangat. Merekalah penguat semangat cikgu yang kecil ini.

(^_^)..

5 comments:

As-Syarqie said...

kesian cikgu... jgn lupak jaga kesihatan. ^_^

cik_mazni said...

terima kasih...(^_^)

Lukisan Alam said...

cik miezz, cik miezz kena KSSR ke?

cik miezz option apa ek? hehhee... udah nenek2 saya ni, lupa semua.. hoho

cik_mazni said...

hohoho..cik akmar kusayang..rindu bangat sama kamu..ngeeeee~(^^,)

a'ah, br lps dari bilik kursus yang sejuk lagi 'mengantuk'kan..option Mate..huhuhu, sib baik dh habis..

ngeeee..lega sebentar,next year lg besar cabaran sedang menanti...

chaiyok2!!!~(^_^)v

Lukisan Alam said...

betol2 la... sekang ni haru biru sekolah cikgu sakan kena kssr.. fuhhhh