BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

31 July 2011

::Bagaimana ALLAH solat?::



Dalam sebuah kelas di sekolah rendah agama, para murid darjah dua sedang tekun mendengar ajaran daripada ustazah mereka. Topiknya berkenaan dengan solat.

Ustazah mereka bertanya sebagai mukadimah, “Siapa yang solat Subuh tadi?”

Hanya sebilangan murid yang beria-ria mengangkat tangan manakala beberapa kerat lagi hanya terdiam, segan-segan dan malu-malu.

Ustazah memerhatikan dan kemudian tersenyum bersahaja. Dia sudah menjangka hal itu.

“Baiklah, hari ini kita akan belajar berkenaan dengan solat. Siapa tahu apa hukum solat?” tanya ustazah kepada anak muridnya.

Seorang daripada mereka segera menjawab, “Hukum solat adalah wajib ustazah.”

“Alhamdulillah, bagus. Kemudian berapa kali sehari kita solat?”

“Lima kali sehari semalam,” jawab seorang lagi.

“Apakah ia?” tanya ustazah kembali.

Pelajar perempuan pula menjawab, “Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.”

“Bagus.” Ustazah berpuas hati dengan jawapan yang diterimanya.

“Siapa pula boleh beritahu sejarah atau kisah di sebalik kewajipan solat?” Kali ini kelas diam sahaja. Tidak seorang pun memberi respons terhadap soalan ustazah.

Ustazah masih menanti, namun kelas tetap diam seribu bahasa.

Ustazah kemudian cuba memberikan klu-klu mengenainya, “Siapa yang ingat peristiwa Israk dan Mikraj? Apa yang berlaku kepada Rasulullah sewaktu Baginda menghadap Allah di Luh Mahfuz?”

Juga tiada jawapan.

Kemudian ketua kelas mengangkat tangan dan berkata, “Ustazah, kami belum belajar sampai bab Israk Mikraj lagi.”

Ustazah hampir tergelak. “Oh, iyakah? Maafkan ustazah ya. Baiklah, ustazah perjelaskan. Solat adalah satu daripada rukun Islam yang wajib kita tunaikan, ini bermakna kalau kita tidak solat kita akan...?” tanyanya sambil membuat mimik muka yang mengharapkan jawapan.

“Berdosa!” Hampir keseluruhan kelas menjawab serentak.

“Kalau banyak dosa apa yang berlaku?” tanya ustazah lagi.

“Masuk neraka!” Bergema kelas.

“Sedap atau tidak masuk neraka?”

“Tidak, panas! Kami tidak mahu!”

Ustazah mereka kemudian menyambung penerangan, “Asalnya Allah suruh kita solat lima puluh waktu. Namun, Rasulullah memohon kepada Allah agar dikurangkan selepas dinasihatkan oleh Nabi Musa. Maka solat hanya menjadi lima waktu sahaja.”

Penerangan diteruskan dengan menyoal kembali para pelajar, “Solat Subuh berapa rakaat?”

“Dua,” jawab pelajar-pelajar, serentak.

“Solat Zuhur?”

“Empat rakaat.”

“Solat Asar?”

“Empat rakaat.”

“Solat Maghrib?”

“Tiga.”

“Solat Isyak.”

“Empat.”

Tersenyum girang ustazah mereka, “Alhamdulillah.”

Tiba-tiba, seorang murid, yang dikenali sebagai murid yang pendiam, bangun dan memberi isyarat mahu bertanyakan soalan.

Tanya dia kepada ustazah, “Ustazah, kalau Allah menyuruh kita solat, macam mana pula Allah solat?”

Seluruh kelas terpana dengan soalan pelajar itu.

Ustazah mereka juga terkedu sekejap sebelum dapat mencari jawapan yang sesuai bagi menjawab persoalan anak muridnya itu.

Seketika kemudian baharulah ustazah menjawab dengan bertanya kembali kepada pelajarnya itu, “Kenapa awak datang ke sekolah?”

“Kerana mahu belajar,” jawabnya ringkas.

“Selain daripada itu?”

“Kerana mak dan ayah saya suruh.”

“Tapi mereka tidak datang sekolah bukan?”

“Ya.”

“Begitulah juga Allah. Dia yang menyuruh kita bersolat untuk menyembah diri-Nya. Maka Dia tidak perlulah bersolat. Sebagaimana mak dan ayah kita suruh kita datang ke sekolah, sedangkan mereka tidak datang ke sekolah.”

Murid tersebut mengangguk, berpuas hati dengan jawapan daripada ustazah mereka itu.



P/s: Menjawab dengan tidak berhelah adalah cara yang terbaik bagi mengelakkan salah faham dan taboo kepada generasi masa hadapan. Anak-anak sekarang lebih terbuka mindanya dan terdedah dengan pelbagai maklumat dan pengetahuan dan kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi.Peranan semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru sebagai sumber rujukan utama anak-anak amat diperlukan dalam memantau dan menapis maklumat yang diserap oleh anak-anak.

Sumber rujukan: ‘Bukan Susah Nak Faham’, Zahiruddin Zabidi.

30 July 2011

..Piano Yang Menyenangkan..



Dalam melawan rasa mengantuk yang amat sangat, kesepian keseorangan di rumah dan rasa terik dengan cuaca panas di luar, tetiba aku teringat satu muzik alunan piano yang paling aku minat sekali masa zaman U dulu. Sungguh, jiwa aku begitu tersentuh dengan alunan sebegitu. Agak ekslusif rasanya bila minat kita lebih ke arah muzikal piano. Minat itu semakin mendalam apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat swasta. Kebetulan, boss pulak suka bila dengar muzik macam ni.

Bila aku cari balik alunan muzik piano, tetiba aku teringat salah satu babak dalam cerita Korea ‘My Sassy Girl’, yang mana heroin cerita tuh memainkan piano dengan menggunakan alunan muzik Canon in D. Terus, tangan tangkas mencari di laman youtube. Ya Allah, aku menemukan kembali diriku pada 5 tahun yang lepas. Sungguh, aku khayal sebentar dalam muzik itu. Tenang, sungguh menenangkan. Mata mengantuk mula kembali segar. Kalau la orang lain yang dengar, pasti mengantuk.



Ntah, berapa kali ulangan didengar. Serius, sampai buat aku sedikit terharu.

Itulah jiwa aku yang sebenar. Selembut hati yang diibaratkan seperti tisu, memang kena bila diberikan alunan muzik piano Canon in D yang lembut alunannya.

Subhanallah...

29 July 2011

::Jujur Itu Sakit::

Mood malam tetiba melekat kat TV.

Setelah seharian berada di luar rumah, alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar. Sepatutnya, bila seharian di luar rumah, makanya bila sampai di rumah, 'cik penat' pasti menjadi peneman. Lain pulak jadinya. Kalau orang lain, pasti dah lembik satu badan. Saya? Bukan niat nak bangga diri dengan fiil yang satu ni, tapi itu la kenyataan yang baru saya perasan lalu buat saya berfikir. Kalau kat luar rumah saya aktif, dalam rumah lagi la tak reti nak duduk diam. Kalau boleh, buat jugak keja sampai siap dan puas hati. Penat? Macam tak rasa pulak.

Masa entri ini dikarang, badan rasa masih nak aktif lagi buat keja walaupun semuanya dah siap, alhamdulillah. Kesihatan dan keaktifan kurniaan Allah, tidak terhingga nikmat dari-Nya. Hanya empunya diri yang dapat rasa kenikmatan tersebut.

Berbalik kepada mood malam ini, tetiba tertarik nak menonton drama 'Ketika Cinta Bertasbih' (KCB). Semua sedia maklum bahawa KCB merupakan filem keluaran Indonesia yang berunsurkan nilai keislaman yang tinggi. Memang betul apa yang pernah diperkatakan oleh rakan-rakan, tengok seribu kali tidak mendatangkan rasa bosan. Nilai dalam filem tersebut amat memberi kesan kepada diri kita.

Salah satu babak dalam drama KCB, turut menyentuh tentang kejujuran. Ya, sejujur-jujurnya, paling kita nak buat tapi amat sukar nak buat iaitu jujur. Bercakap benar tentang kebenaran. Tetiba hati ini amat tersentuh bila tengok babak pasal jujur ni. Saya akui adakalanya saya tidak jujur. Mungkin selayaknya, saya terbalikkan salah satu pepatah yang biasa kita dengar. 'Berani kerana benar, takut kerana salah' kepada 'takut kerana benar, berani kerana salah'. Rasanya ramai yang berperangai dalam pepatah yang kedua dan hanya boleh bilang pakai jari jer yang betul-betul jujur.

Sebetulnya, memang itu yang diharapkan. Nilai kejujuran dalam apa jua perkara. Baik dalam perhubungan, pekerjaan dan lain-lain perkara dalam kehidupan harian kita. Saya pernah merasa bagaimana sakitnya bila seseorang bercakap jujur dengan kita. Walaupun kita cuba elak untuk tidak merasa kecewa dan sedih, namun bila Allah tetap hadirkan perasaan itu, kita tidak mampu untuk buat apa-apa.

Sekalipun saya pernah menasihat orang jangan bersedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, namun bila saya sendiri mengalaminya, Allahuakhbar, kuasa Allah, kita tidak mampu menghalang perasaan itu. Dalam beberapa tempoh, saya terkesima sebentar, 'blur' dan akhirnya saya menjadi 'orang lain'. Segelintir rakan mula perasan. Mood ceria selama ini menjadi 'teman karib' turut menghilang...astaghfirullah..



Itulah nilai kejujuran. Apa yang mampu saya katakan, walaupun jujur itu menyakitkan, namun beringatlah, di sebaliknya ada hikmah yang tak terhingga tinggi nilainya telah disediakan buat kita. Allah tidak kejam untuk membiarkan kita hanyut dalam kecewa itu. Seharusnya, sebagai hamba-Nya, sifat redha harus ada dalam hati setiap insan.

Bersyukur...

Wallahualam..

Fin..

28 July 2011

::Saya Berjiwa Korea::



..gamsahamnida songsaenim..anyeong ajjussi...

Ntah apa, tetiba jiwa malam ini beralih ke negara jiran Jepun iaitu Korea. Sejak mata ini melekat kat depan tv tengok cerita 'Personal Taste', jiwa aku kembali ke zaman budak U dulu-dulu. Rindu betul dengan zaman itu. Lebih-lebih lagi dapat sahabat yang punyai minat yang sama iaitu peminat no.1 drama Korea.

Ingat lagi, satu malam tuh, lepas periksa, kitaorang satu rumah berpakat tengok satu drama Korea tuh dari malam sampai pagi. Adehhhh, dashyat tul sampai panas komputer member. Huhuhu, sib baik tak meletup. Zaman dulu mana ada laptop. Facebook? Belum lahir lagi kot. Masa tuh, internet kurang sikit sebab perpustakaan tempat rujukan utama. Maka, 'library' la tempat lepak siang malam sambil menahan sejuk yang melampau. Konfom baju sejuk wajib dibawak. Aduhhhh, betul-betul rindu zaman UM dulu.

Sekarang nih, kekangan kerja dan masa yang amat cemburukan ruang yang ada, maka amat kuranglah menghadap drama-drama dari negara Asia Timur. Cuma mode Korea kembali 'menyala' gara-gara cerita 'Personal Taste'. Best sangat walaupun dah habis tayangannya di 8TV.

Walau apapun, 'Boys Over Flowers' is the best among the best Korean drama. Sampai sekarang, tengok balik rasa tak bosan pulak. Mungkin hero cerita tu kot..hehehe..

Saranghae..Saranghaeyo..Saranghabnida..(^_^)v

27 July 2011

::Saya Berhati Tisu::




Ermmmm, nak taip apa ek?? Tetiba 'blur' bila tangan tangkas menaip. Semalam, walaupun penat berkursus belum hilang, tapi semangat nak 'berdating' dengan Nikon kesayangan tetiba datang. Ntah apa mimpi, idea datang lalu terus tangan mereka bentuk sekeping kurniaan Ilahi yang bernama 'HATI'.

Kesian hati itu. Beberapa minggu yang lepas, terbiar begitu sahaja sehinggakan tiada lagi ruang untuknya 'bergembira' dan 'ceria'. Lalu terbentuklah hasil seperti yang di atas. Sebetulnya, hati itu ibarat 'TISU'.

Kenapa 'TISU'? Tisu peneman di kala sedih. Dan tisu juga antara barangan yang wajib ada dalam beg bagi setiap wanita [mungkin ada langsung tak bawa..mungkin kot]. Kalau dipegang, amat lembut sifatnya. Andai kurang berhati-hati, hanya sikit renyukan sahaja, ia mampu koyak. Itulah hati wanita. Selembut tisu.

'Saya Berhati Tisu'.....Ermmmm, sebetulnya memang YA!!!..Walaupun pernah digelar 'superwoman' oleh rakan-rakan di sekolah [ntah apa yang 'superwoman' tuh, tidak ketahuan saya], tapi saya tetap seorang yang lemah. Masih lemah iman dan lemah perasaan. Sekali perasaan itu diganggu, sekali itu jugalah saya hanyut sekali dalam arusnya. Terukkan?

Alhamdulillah, berkat doa 'dia' dan rakan-rakan, semua itu beransur pulih. Kembali kepada yang asal. Dan hati itu kembali ceria atas usaha tuannya yang tidak ingin lagi menyakitkan diri dan hatinya.

Hanya ingat satu perkara sahaja. Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui apa yang berlaku. Sungguhpun kita ingin menidakkan gelojak dalam hati kita, abaikan apa yang berlaku, namun dalam sedetik sahaja, segalanya boleh berubah walaupun dalam sekelip mata. Itulah kuasa Allah. Hayati secara tersirat apa yang berlaku. InsyaAllah, dengan izin Allah, ketenangan pasti kekal di dalam hati setiap hamba-Nya.

InsyaAllah...

26 July 2011

wake up CIKGU!!!!!




Awal pagi yang sungguh ceria. Ahakkkkzzzz, ingin lari sikit dari apa yang sering aku 'merapu' pasal perasaan. Seboleh-bolehnya, ingin kembalikan semangat yang hilang.


Minggu yang agak memenatkan gara-gara kursus. Betul-betul rindukan 'anak-anak' dan rakan-rakan di sekolah. Demi mendapatkan ilmu yang Allah berikan, terpaksa kutinggalkan sekejap. Tak apa, tak rugi kan. Dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah lain. ngeeeeeeeeeee~~~(^^,)v!!!

Walau apapun yang terjadi selepas ini, aku akan pastikan aku kuat. Jangan alirkan air mata itu untuk perkara yang menyakitkan diri. Sungguh, manusia itu amat lemah imannya. Dan aku sebagai wanita, sungguhpun dilihat berhati 'tisu', percaya Allah ada di samping kita.



Jadi, kesimpulannnya.....WAKE UP cikgu comel...dunia ini amat mengalu-alukan keceriaan anda berkekalan sepanjang masa...semoga Allah permudahkan..amin...

22 July 2011

::Sesekali Diuji::



Apa jua bala bencana singgah menerpa

Menguji jauh mananya sabar kita

Mungkin selama ini kita terlupa


Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian

Menguji tahap keimanan dijiwa


Bila kesusahan

Terasa hidup terlalu payah

Berbagai persoalan menerjah

Baru minta petunjuk hidayah


Usah berputus asa

Kerana ada rahmat disebaliknya

Yang tidak kita ketahui

Dalam hidup ini

Teruslah berdoa



Pada Allah

Pengasih, Pemurah dan Penyayang

13 July 2011

::Kuatkah Saya????::

Dalam ketenangan yang ingin dicipta..

Dalam kesibukan yang amat sangat...

Dalam keadaan diri tidak keruan...

Tidak diduga dan tidak disangka...

Air mata itu tetap mengalir jua...

Kuatnya diri hanya mampu tertahan..

Sementara yang dicipta tidak berkekalan..

Kuatkah saya?.......Allahuakhbar......

Dengan kuasa Allah...dengan izin Allah...

Hati yang selama ini kuat...

Walau berusaha semaksimum yang boleh...

Allah tetap hadirkan rasa sedih dan sayu dalam hati...

Alhamdulillah..sedih itu satu nikmat yang tak terhingga...

Dengan izin Allah jua ia hadir...

Hikmahnya hanya Dia yang tahu...

Sesunggguhnya hati yang terpendam...

Tidak selamanya akan bertahan...

Kerana ujian Allah itu..

Tandanya kasih sayang kepada hamba-Nya..