BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

28 January 2012

::Ustazah "Tiada" Pilihan::

Assalamualaikum w.b.t...

Salam berhujung minggu kawan-kawan.

Penat dari Kuala Lumpur belum hilang sepenuhnya, tapi 'mode' cuti masih berterusan. Cuti selama seminggu, ada kalanya membuatkan kita jadi 'lemau', bosan tak yah cakap la. Tapi, alhamdulillah, masa sentiasa terisi. Antaranya, layan blog ini sambil mencurah idea yang ada di dalam minda.

Rancangan selepas cuti Tahun Baru Cina ini, antara salah satunya adalah mengajar salah seorang anak murid Muslim mengenai Pendidikan Islam. Kalau dalam bahasa pendidikan, insyaAllah, saya bakal menjadi 'Ustazah' kepada anak kecil ini.

Alhamdulillah, setelah berbincang dengan PK 1 dan Guru Besar tentang keadaan ini, saya dengan sukarela, akan membuat pengajaran Pendidikan Islam ini dalam subjek Pendidikan Moral.

Untuk pengetahuan, sekolah saya hanya mempunyai seramai 42 orang murid [tidak termasuk murid prasekolah]. Dan bilangan murid Muslim, hanya seorang saja murid perempuan Muslim. Nur Khairiyah Nabilah namanya. Comel sangat. Budak ni saya kenal sejak dia prasekolah. Masa tuh, saya tak sedar tentang kewujudan dia di sekolah. Sibuk di kelas perdana, membuatkan saya leka sebentar dengan murid lain.

Tahun 2011, si comel itu sudah menjangkau 8 tahun a.k.a Tahun 2. Pada masa itu, saya masih belum ada peluang lagi untuk masuk atau mengajar kelas dia. Serius, tahun 2011 saya rasakan bebanan kerja semakin berat dan bila orang sekeliling mula beri kepercayaan sepenuhnya kepada saya, maka secara automatiknya kerja di luar bidang mengajar pun semakin bertambah. Saya redha sebab saya sedar itu adalah antara hikmah yang saya perolehi bila kita bekerja kerana Allah, bukan untuk mendapat pujian atau penghargaan semata-mata. Lebih-lebih lagi, dengan keadaan status yang masih belum berubah, semestinya fokus kerja semakin teliti.

Terfikir, semestinya si comel itu harus seimbang dunia dan akhirat. Maka, setelah berbincang dengan pihak atasan dan berkat kesungguhan saya ingin selamatkan si comel itu dunia dan akhirat, alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.

Dan kini, tahun 2012, tahun yang agak mencabar. Menjadi guru kelas Tahun 3 iaitu kelas si comel itu sekarang. Walaupun kelas Pendidikan Islam tidak dijalankan secara formal di sekolah saya, namun itu amat bergantung pada diri saya untuk membahagikan masa. Kebetulan, saya turut mengajar Pendidikan Moral dalam kelas itu. Maka, secara automatiknya, saya akan bahagikan masa tersebut untuk menyelitkan subjek Pendidikan Islam dalam subjek tersebut.

Kadang-kadang, perkara ini buat saya berfikir. Bila saya tanya, pernah ambik wuduk tak? Tau baca al-Fatihah? Sedikit kecewa bila si comel itu menggelengkan kepala. Bila tengok latarbelakang keluarga dia, mak dia Melayu, ayah dia Bidayuh, seorang mualaf. Dari situ, saya dapat agak keluarga dia tidak memberi didikan agama sepenuhnya. Si comel antara murid yang bijak, seringkali mewakili sekolah dalam bercerita. Tapi sayang, agak terkilan sebab ilmu agama dia kurang.

Dalam usaha untuk mendidik diri menjadi seorang muslimah, saya kuatkan diri untuk berkongsi ilmu akhirat, apa yang ada pada saya, untuk dikongsikan bersama si comel itu. Paling penting, apa yang wajib perlu dibuat terutama sekali Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mohon doa dari rakan-rakan, moga usaha saya ini berhasil. Sebab saya sedar, dalam diri saya yang masih banyak kekurangan ini, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Sungguhpun bergelar seorang guru, namun saya masih seorang hamba Allah yang lemah. Berharap 100% dari-Nya.

Moga Allah permudahkan niat suci ini..

Amin..

13 January 2012

::Tolong Bunuh Rindu Padanya::

bunyi agak kejam kan tajuk kat atas nih???...tapi itu la realiti. Ada masanya saya kena bersikap 'kejam' pada perasaan saya sendiri daripada dilayan sangat hati yang lembut. Benar, saya antara manusia yang memiliki hati selembut tisu, dan tidak mustahil sekiranya saya abaikan, jadilah diri saya manusia lemah, selemah, lemahnya. Sungguh dan pasti, saya lemah di sisi-Nya, namun, saya mesti jadi kuat bila dilanda musibah yang tidak pasti arusnya datang dan pergi, dan bakal datang bila-bila masa yang tak diduga oleh kita. Biarlah saya 'bunuh' perasaan itu, kalau itu jalan terbaik. Sungguhpun tidak dinafikan masih ada lagi saki bakinya, tapi MESTI dan WAJIB hilangkan perasaan itu.

Moga ALLAH permudahkan urusan itu...amin...





:'(....

11 January 2012

........(^_^)..........

Bila perasaan mula lega, Alhamdulillah. Jika semalam perasaan teramat tertekan, hinggakan air mata sentiasa mengalir, namun hari ini, agak melegakan. Lebih-lebih lagi hari ni ada mesyuarat staf, kurikulum, HEM & ko-kurikulum. Minda dengan automatik terus membuat rancangan, menyusun atur langkah-langkah yang akan diambil.

Fuhhhh, keja 2012 sedang menanti dengan banyaknya. Walaupun sekolah kecil dengan bilangan murid yang amat sedikit, namun tanggungan kerja tetap berada di bahu masing-masing.

Sambil-sambil merangka kerja seterusnya, hobi utama tetap diteruskan.

Mata terus menangkap kelibat buku kesayangan. Ermmmm, antara sejarah buku yang dibeli sebanyak 2 kali. Sebabnya, buku yang pertama, dibeli lalu dibawa ke kampung. Tak sangka pulak menjadi perhatian ayah untuk membacanya. Maka, secara rasminya hak milik buku pun bertukar. Semangat nak habiskan baca buku tetap berkobar, maka mencarilah di semua kedai buku. Hampir-hampir nak patah semangat bila tidak dijumpai buku yang diingini.



Alhamdulillah, petang sebelum terbang ke awan biru untuk pergi ke negeri di bawah bayu, terjumpa jugak buku ni. Hanya senaskhah yang tinggal.

Komen saya??? Ermmm, masa amat terhad untuk 'berdating' bersama buku ini. Maka, dengan masa yang terpaksa 'dicuri' ini, merangkak-rangkak saya nak habiskan.

Selanjutnya? Tunggu saya habis baca dulu k..Kalau berminat, boleh beli. Tak rugi membeli sebab pengetahuan tentang dunia negara penghancur umat zaman kini, membuka minda kita betapa kejamnya negara itu. Ermmm, tak layak rasanya nak dipanggil 'negara'. Rasa pelik pulak negara itu diwujudkan dalam peta, siap ada bendera lagi..

10 January 2012

::Pabila air mata jadi saksi::




Sungguh!!!!

hari ini hari yang sungguh meletihkan..

hinggakan air mata pun dengan senang berlinang lalu jatuh mengalir..

menangis???? hanya itu yang mampu aku buat...

di kala bersendirian, jauh dari keluarga...

hanya ALLAH tempat mengadu...

menangis sepuas-puasnya...

kalau boleh nak lepaskan apa yang aku rasa..

terlalu kerdil rasa diri ini...

Ya Allah, di saat bersendirian inilah Engkaulah tempat aku memohon..

Hanya bersujud pada-Mu hatiku tenang, dan hanya dengan menangis jualah segala bebanan mampu diringankan...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, tiada daya lagi aku melawan arus permasalahan ini..

Hanya Engkau tahu apa yang aku rasa selama ini, sungguhpun dugaan yang Engkau berikan berat, hanya Engkau jualah tempat aku berteduh, tempat aku meminta pertolongan..

Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu yang hina lagi daif ini...

amin....(T_T)...

::Aku Cinta ALLAH::



Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cinta

Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku Sayang Allah
Aku Rindu Allah
Aku Cinta Allah

****************************

sungguh!!!...aku menangis bila dengar lagu ini...~(T_T)

Ya ALLAH...kifarah dosa ini semakin mendekatkan diriku pada-Mu ya ALLAH..~ :'(