BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

02 June 2012

::Jodoh Itu Tetap Ada::

Ayat kat atas nih, cuma saya anggap sebagai motivasi diri. Sabar ye cik MAZNI. Sungguh, terasa dan sedikit tertekan bila balik kampung, lebih-lebih lagi bila masuk musim cuti sekolah, sana sini orang buat majlis kahwin. Ya Allah, hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. Walaupun orang tak tanya secara 'direct' kepada saya, tapi saya tahu mak ayah memang nak tengok saya 'berteman' satu hari nanti. Kerja tetap dah ada, apa saja yang miliki di dunia ini, orang tengok macam dah lengkap semuanya, cuma sayang. Saya belum berteman. Alhamdulillah, rakan-rakan guru di sekolah cukup faham. Belum pernah lagi bertanya lagi, bila lagi saya nak kahwin. Mungkin mereka rasakan soalan itu cukup sensitif bagi mereka. Nak buat macam mana kan, jodoh bukan di tangan saya. Semuanya, Allah yang tentukan. Senjata yang paling kuat, yang mampu saya buat sekarang ialah berdoa. Ada dua majlis kahwin, yang saya rasakan, memang cukup menarik bagi saya. Salah seorangnya, bekas ustazah saya di sekolah menengah dulu, baru saja mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Begitu juga jiran saya, berpangkat anak buah saya. Turut bertemu jodoh kali kedua dengan jiran saya juga. Motivasi yang boleh saya ambik kat sini, Allah tidak akan biarkan hamba-Nya hidup keseorangan di dunia ini, tetap diberi jodoh masing-masing walaupun usia kian meningkat. Indah kan hidup ini. Walaupun agak lewat, itulah hadiah yang terindah bagi mereka yang bersabar.. <3 (^_^) <3

15 May 2012

::Berkorban Untuk Yang Tersayang::

16 Mei...

Setiap tahun orang tetap ingat. Itulah hari yang sentiasa diingati oleh murid mahu pun bekas murid, termasuklah saya. HARI GURU. Betapa seorang guru itu dihargai dalam satu hari yang ditetapkan oleh seluruh dunia.

Alhamdulillah, cita-cita yang sering disebut sejak dari kecil, dan tak terlintas pun dalam fikiran bila dewasa, memegang gelaran dan akan dipanggil sebagai CIKGU. Betapa kata2 itu doa, walaupun sekadar untuk main2 sahaja. Bila kaki melangkah ke pintu gerbang menara gading, masih samar dan kabur, apa yang aku dapat bila tamat belajar nanti?

Ilmu kalau sekadar untuk bekerja dan nak dapatkan kemewahan duniawi, sungguh tidak berkat kalau niatnya begitu. Alhamdulillah, bila para sahabat menjadi 'cermin', pernah memberi teguran pada diri yang kerdil ini, suka belajar pada ilmu yang baru dikenali.

Teringat, bila berada bersama warga Metroplex dahulu, bergaul bersama mereka yang tidak sebangsa dengan kita, membuatkan daya saing untuk belajar itu meningkat. Memang, tidak diakui, kadang-kadang mereka sungguh 'kedekut' dengan ilmu. Tapi, selagi kita berusaha, bertahan selagi termampu, insyaAllah, mereka akan kongsikan ilmu yang mereka ada. Kenangan yang sungguh manis bila bekerja bersama mereka.

Alhamdulillah, sudah masuk 3 tahun 5 bulan berada di bumi SK St John Mantung, tidak mematahkan diri untuk terus belajar dan mencari ilmu, untuk diajar kepada mereka yang baru sahaja mengenal dunia masa kini.

Selama diri ini mengajar, seringkali menerima soalan bonus dari 'anak-anak' yang cukup prihatin pada cikgu kerdil ini.."Cikgu, mana suami cikgu?".."Cikgu, kami nak tengok anak cikgu, mesti comel kan?"..Terbit pulak soalan dari anak murid yang cukup bijak tuturnya.."Cikgu tak pakai cincin la, belum kahwin lagi"..rasa terharu sangat, hanya Allah saja yang tahu..(T_T)

Anak2, biarlah cikgu berkorban untuk diri kalian. Cikgu tahu, bila cikgu sedih kamu semua dapat lihat mata cikgu selalu bengkak. Tak apa anak2, cikgu tetap mengajar walaupun kondisi cikgu tidak mengizinkan. Sungguh pun cikgu gelisah dan tidak keruan kerana mainan perasaan duniawi, cikgu tetap bersama diri kalian. Cukup rasanya kalian jadi 'anak2 kesayangan' cikgu. Buat terbaik untuk cikgu. Biar cikgu tidak bahagia, asalkan kalian bahagia bersama ilmu yang cikgu berikan. Sayang kalian semua!!!~(^_^)



Selamat Hari Guru...

04 May 2012

::Terbaik dari yang baik::


Sedetik..
Hatiku terusik dengannya..

Sedetik kemudian,
Cepat-cepat ku sedar..

Dalam hati nan perasaan ini,
Tersimpan satu perasaan,
Cukup rapi..
Namun cukup juga menderita..

Kalau hamba hina ini diduga,
Redhalah sebaik-baik diminta..

Cukup rindu ini tersimpan,
Cukup jua hati ini berjuang..

Sekelumit doa tetap disimpan,
Moga dia dijauhkan dari diri ini,
Hamba redha..

Ya ALLAH, jika dia bukan jodohku..
Jauhkan aku darinya..
Hilangkan aku dalam fikirannya..
Dan damaikan aku dalam ketentuan ini..

Bila masa perpisahan itu berlaku kerana ALLAH,
Maka yakinlah ALLAH telah menuliskan yang terbaik untuk kita..

Amin..amin Ya Rabbal alamin..

22 April 2012

::Aku Yang Lupa::

Hari-hari ini..
Beberapa tamparan lembut singgah di hati..
Menyedarkanku yang tersilap..
Pada pandangan mata yang banyak menipu..
Mengajarku untuk memberikan harga yang tepat..
Pada sebuah kehidupan..
Bagi permata-permata yang kunilai..
Rupanya kaca yang bertaburan..
Dan emas perak yang ku anggap sama..
Namun segalanya palsu belaka..

Terlahir dari mataku..
Yang tak henti melihat keindahan dunia..
Yang dimiliki sesamaku..
Namun aku tidak merasakannya..
Kerana rasa iriku..
Hingga terlintas di hatiku berkata..

Aku tidak beruntung..
Sering ku bertanya padaMU..
Mengapa KAU beri mereka..
Segala pemilikan itu..
Dan tak mengizinkanku memilikinya..
Hingga aku merasa miskin..

Aku iri dengan apa yang mereka miliki..
Aku iri dengan segala kemewahan yang menghiasi..
Aku marah..
Meruntun hati tak henti-henti..

KAU Diam..
Dan menjawab dengan caraMU..
Dengan terbukanya hijabMU..
Pada kabur pandanganku..
KAU perlihatkan..
Apa yang selama ini..
Tak dapat ku lihat pada diri ini..

Mereka datang kepadaku lalu berkata..
Betapa beruntungnya kamu..
Memiliki permata-permata..
Memiliki emas perak yang murni..
Bahkan bertanya..
Bagaimana ku mendapatkannya..

Oh..rupanya leherku terlalu tinggi mendongak..
Sehingga tak melihat bumi yang selama ini ku pijak..
Tetapi langit yang ku sanjung..
Segala nikmat-nikmat yang selama ini ku kecapi kerana..
Engkau berkenan memberikannya..
Nikmat-nikmat keberkatan yang jauh..
Lebih elok dari apa yang selama ini..
Ku ingin memilikinya..

Oh tidak..
Ternyata aku tidak miskin..
Aku hanya tak mampu melihat harta kekayaanku..
Semua tertutup debu iri hatiku..
Dikotori rasa tidak bersyukurku..
Ku inginkan apa yang tidak aku punyai..
Sedangkan telah ternyata..
KAU telah memberi lebih dari mencukupi..
Dan aku tidak mensyukuri apa yang aku punya..

Ya Rabbi..
Ajariku bersyukur..
Bahkan di saat kehidupan..
Tak memberiku alasan untuk bersyukur..
Kerana pada hakikatnya..
Setiap orang diberikan kebahagiaannya..
Sesuai dengan ukuran yang telah KAU tetapkan..
Dan semua itu terbaik bagi yang menerimanya..
Sungguh Ya Rabb..
Tidak ada yang lebih bijak dari ENGKAU..
Tidak ada yang lebih berkuasa..
Membuatku mengerti..
Selain daripadaMU..
Ya Ilahi..

19 April 2012

::Tersenyumlah Walaupun Anda Menangis::



Saat aku tertawa
mereka tersenyum melihat gembiranya aku
tapi apakah mereka tahu isi hatiku?


Saat aku mengalirkan air mata
mereka sekadar bertanya mengapa..
lalu aku menggelengkan kepalaku tanda tiada luka
lantas mereka pergi meninggalkan aku tanpa sepatah kata..
tahukah mereka apa di hatiku?


Saat aku tersenyum
rembulan menyinar tanda hari kian bahagia
sahabat sekeliling merasakan aku kian bahagia
namun tahukah mereka luka apa di hatiku?


Akhirnya aku merasakan biarlah aku
sentiasa tersenyum agar mereka bahagia
walau dihatiku ini tiada siapa yang tahu...

:')...

06 April 2012

::Perbezaan MENUTUP Aurat Dengan MEMBUNGKUS Aurat::

Anda TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?
Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1

Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah bungkus ape?

Ahmad: Alaaa, nasi lemak.

Aisyah: Aik? Mana ko tau?

Ahmad: Aku nampak nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.

Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?

Ahmad: Alaaaa, lagi senang. Banyak la.

Aisyah: Ha? Camne ko tau ni?

Ahmad: Tengok bentuk dan saiz la. BUNGKUSan besar banyak, BUNGKUSan kecik sikit. Haha, kantoi!!

Aisyah: Pandainye ko.

Ahmad: Bukan aku yang pandai, ko yang tak pandai.Haha..
Aisyah: Ceh, malas la soal.

Situasi 2

Aisyah: Ahmad, cuba ko teka aku TUTUP apa dengan tudung saji ni?

Ahmad: Hmmm, ikan goreng?

Aisyah: Salah.

Ahmad: Telur dadar?

Aisyah: Salah lagi.

Ahmad: Karipap?

Aisyah: Salah jugak.

Ahmad: Fail MQA?

Aisyah: Ishh, lagi la salah.

Ahmad: Abis tu ape? Mana la aku tau ape yang ko TUTUP tu.

Aisyah: Nasi lemak la. Cuba teka banyak ke sikit?

Ahmad: Ceh, mane la aku tau. Malas la nak jawab.


Kesimpulannya, pilihlah yang TUTUP… (^_^)

02 April 2012

::Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?::


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,

Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

creditTo: ILuvIslam.com

20 February 2012

Law Kaana Bainana [lirik Bahasa Melayu]

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

****************************************

Andai Rasulullah S.A.W bersama kita...~ :'(...Masih ingat lagi bual bicara 30 Minit Ustaz Don, bila beliau memperkatakan tentang Rasulullah S.A.W...Ya Allah, betul-betul sayu rasanya. Rindunya pada Kekasih Allah...(T_T)

17 February 2012

::7 Perkara Tak Boleh Diubah Dalam Hidup::

Dalam hidup ini ada 7 hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:-

1. Jenis kelamin dan jantina

Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

2. Orang tua

Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! Jika tidak, situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

3. Hari kelahiran

Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4. Bentuk fizikal

Jika anda mempunyai rambut kerinting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawo matang, terimalah seadanya. Memang, kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

5. Masa lalu

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa depan.

6. Kedudukan dalam keluarga

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.

7. Suku bangsa

Jangan sesekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa, Cina dan lain-lain. Sebenarnya, perkara yang kita boleh ubah dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah, maka berubahlah hidup kita.

(Tazkirah Remaja Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh)

16 February 2012

'Solehah'kah saya????


Assalamualaikum wbt....

Masuk pertengahan bulan Februari, tak terasa kan? Terasa cepat masa berlalu. Aktiviti semakin giat berlangsung, tetap bergelumang dengan RPH, LINUS, KSSR, sukan, aktiviti kelab dan lain-lain lagi aktiviti yang sememangnya menyibukkan diri saya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kurniakan saya sibuk ini. Sunggupun sibuk, masa bersama Allah tetap ada.

Minggu lepas, dalam perbualan bersama salah seorang rakan non-Muslim saya, ada sesuatu yang membuatkan saya agak rasa terlalu rendah diri. Bila mana sahabat saya itu menggelarkan diri saya seorang yang 'solehah'...Allahuakbar, tetap rasa terlalu rendah diri. Bila saya nyatakan, saya tidaklah seperti yang beliau sangkakan. Rasanya tidak layak untuk menggelarkan diri saya seorang yang solehah sebab terlalu banyak kekurangan yang saya rasa..Terlalu banyak!!!...

Namun beliau tetap merasakan, saya layak mendapat gelaran itu. Sebabnya, apa saja yang dia nampak, sama ada di alam maya, mahupun di dalam dunia realiti, cukup untuk menyatakan saya ini seorang yang 'solehah'..Ya, memang tidak dinafikan, memang itu impian semua muslimah, ingin jadikan diri sebagai solehah.

Bukan niat nak membuat penilaian terhadap diri saya yang serba kekurangan ini, tetapi berdasarkan apa yang diluahkan oleh rakan saya itu, cukuplah saya katakan, mereka ibarat 'cermin' kepada diri saya.

Peribadi kita kadang-kadang dapat dinilai melalui apa yang mereka nampak pada pandangan mereka. Perwatakan, penulisan, komen kita, idea yang diberikan, semuanya yang nampak pada pandangan kasar mereka. Tapi, penilaian pada hati, hanya Allah saja yang layak menilai. Para sahabat mungkin hanya menilai secebis dua hati kita. Ikhlas atau tidak, wallahualam. Cukup hanya Allah sahaja penilai diri saya.

Ya Allah, jadikanlah aku sebagai wanita solehah..

Amin..Ya Rabbal Alamin..

(^_^)...

28 January 2012

::Ustazah "Tiada" Pilihan::

Assalamualaikum w.b.t...

Salam berhujung minggu kawan-kawan.

Penat dari Kuala Lumpur belum hilang sepenuhnya, tapi 'mode' cuti masih berterusan. Cuti selama seminggu, ada kalanya membuatkan kita jadi 'lemau', bosan tak yah cakap la. Tapi, alhamdulillah, masa sentiasa terisi. Antaranya, layan blog ini sambil mencurah idea yang ada di dalam minda.

Rancangan selepas cuti Tahun Baru Cina ini, antara salah satunya adalah mengajar salah seorang anak murid Muslim mengenai Pendidikan Islam. Kalau dalam bahasa pendidikan, insyaAllah, saya bakal menjadi 'Ustazah' kepada anak kecil ini.

Alhamdulillah, setelah berbincang dengan PK 1 dan Guru Besar tentang keadaan ini, saya dengan sukarela, akan membuat pengajaran Pendidikan Islam ini dalam subjek Pendidikan Moral.

Untuk pengetahuan, sekolah saya hanya mempunyai seramai 42 orang murid [tidak termasuk murid prasekolah]. Dan bilangan murid Muslim, hanya seorang saja murid perempuan Muslim. Nur Khairiyah Nabilah namanya. Comel sangat. Budak ni saya kenal sejak dia prasekolah. Masa tuh, saya tak sedar tentang kewujudan dia di sekolah. Sibuk di kelas perdana, membuatkan saya leka sebentar dengan murid lain.

Tahun 2011, si comel itu sudah menjangkau 8 tahun a.k.a Tahun 2. Pada masa itu, saya masih belum ada peluang lagi untuk masuk atau mengajar kelas dia. Serius, tahun 2011 saya rasakan bebanan kerja semakin berat dan bila orang sekeliling mula beri kepercayaan sepenuhnya kepada saya, maka secara automatiknya kerja di luar bidang mengajar pun semakin bertambah. Saya redha sebab saya sedar itu adalah antara hikmah yang saya perolehi bila kita bekerja kerana Allah, bukan untuk mendapat pujian atau penghargaan semata-mata. Lebih-lebih lagi, dengan keadaan status yang masih belum berubah, semestinya fokus kerja semakin teliti.

Terfikir, semestinya si comel itu harus seimbang dunia dan akhirat. Maka, setelah berbincang dengan pihak atasan dan berkat kesungguhan saya ingin selamatkan si comel itu dunia dan akhirat, alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.

Dan kini, tahun 2012, tahun yang agak mencabar. Menjadi guru kelas Tahun 3 iaitu kelas si comel itu sekarang. Walaupun kelas Pendidikan Islam tidak dijalankan secara formal di sekolah saya, namun itu amat bergantung pada diri saya untuk membahagikan masa. Kebetulan, saya turut mengajar Pendidikan Moral dalam kelas itu. Maka, secara automatiknya, saya akan bahagikan masa tersebut untuk menyelitkan subjek Pendidikan Islam dalam subjek tersebut.

Kadang-kadang, perkara ini buat saya berfikir. Bila saya tanya, pernah ambik wuduk tak? Tau baca al-Fatihah? Sedikit kecewa bila si comel itu menggelengkan kepala. Bila tengok latarbelakang keluarga dia, mak dia Melayu, ayah dia Bidayuh, seorang mualaf. Dari situ, saya dapat agak keluarga dia tidak memberi didikan agama sepenuhnya. Si comel antara murid yang bijak, seringkali mewakili sekolah dalam bercerita. Tapi sayang, agak terkilan sebab ilmu agama dia kurang.

Dalam usaha untuk mendidik diri menjadi seorang muslimah, saya kuatkan diri untuk berkongsi ilmu akhirat, apa yang ada pada saya, untuk dikongsikan bersama si comel itu. Paling penting, apa yang wajib perlu dibuat terutama sekali Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mohon doa dari rakan-rakan, moga usaha saya ini berhasil. Sebab saya sedar, dalam diri saya yang masih banyak kekurangan ini, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Sungguhpun bergelar seorang guru, namun saya masih seorang hamba Allah yang lemah. Berharap 100% dari-Nya.

Moga Allah permudahkan niat suci ini..

Amin..

13 January 2012

::Tolong Bunuh Rindu Padanya::

bunyi agak kejam kan tajuk kat atas nih???...tapi itu la realiti. Ada masanya saya kena bersikap 'kejam' pada perasaan saya sendiri daripada dilayan sangat hati yang lembut. Benar, saya antara manusia yang memiliki hati selembut tisu, dan tidak mustahil sekiranya saya abaikan, jadilah diri saya manusia lemah, selemah, lemahnya. Sungguh dan pasti, saya lemah di sisi-Nya, namun, saya mesti jadi kuat bila dilanda musibah yang tidak pasti arusnya datang dan pergi, dan bakal datang bila-bila masa yang tak diduga oleh kita. Biarlah saya 'bunuh' perasaan itu, kalau itu jalan terbaik. Sungguhpun tidak dinafikan masih ada lagi saki bakinya, tapi MESTI dan WAJIB hilangkan perasaan itu.

Moga ALLAH permudahkan urusan itu...amin...





:'(....

11 January 2012

........(^_^)..........

Bila perasaan mula lega, Alhamdulillah. Jika semalam perasaan teramat tertekan, hinggakan air mata sentiasa mengalir, namun hari ini, agak melegakan. Lebih-lebih lagi hari ni ada mesyuarat staf, kurikulum, HEM & ko-kurikulum. Minda dengan automatik terus membuat rancangan, menyusun atur langkah-langkah yang akan diambil.

Fuhhhh, keja 2012 sedang menanti dengan banyaknya. Walaupun sekolah kecil dengan bilangan murid yang amat sedikit, namun tanggungan kerja tetap berada di bahu masing-masing.

Sambil-sambil merangka kerja seterusnya, hobi utama tetap diteruskan.

Mata terus menangkap kelibat buku kesayangan. Ermmmm, antara sejarah buku yang dibeli sebanyak 2 kali. Sebabnya, buku yang pertama, dibeli lalu dibawa ke kampung. Tak sangka pulak menjadi perhatian ayah untuk membacanya. Maka, secara rasminya hak milik buku pun bertukar. Semangat nak habiskan baca buku tetap berkobar, maka mencarilah di semua kedai buku. Hampir-hampir nak patah semangat bila tidak dijumpai buku yang diingini.



Alhamdulillah, petang sebelum terbang ke awan biru untuk pergi ke negeri di bawah bayu, terjumpa jugak buku ni. Hanya senaskhah yang tinggal.

Komen saya??? Ermmm, masa amat terhad untuk 'berdating' bersama buku ini. Maka, dengan masa yang terpaksa 'dicuri' ini, merangkak-rangkak saya nak habiskan.

Selanjutnya? Tunggu saya habis baca dulu k..Kalau berminat, boleh beli. Tak rugi membeli sebab pengetahuan tentang dunia negara penghancur umat zaman kini, membuka minda kita betapa kejamnya negara itu. Ermmm, tak layak rasanya nak dipanggil 'negara'. Rasa pelik pulak negara itu diwujudkan dalam peta, siap ada bendera lagi..

10 January 2012

::Pabila air mata jadi saksi::




Sungguh!!!!

hari ini hari yang sungguh meletihkan..

hinggakan air mata pun dengan senang berlinang lalu jatuh mengalir..

menangis???? hanya itu yang mampu aku buat...

di kala bersendirian, jauh dari keluarga...

hanya ALLAH tempat mengadu...

menangis sepuas-puasnya...

kalau boleh nak lepaskan apa yang aku rasa..

terlalu kerdil rasa diri ini...

Ya Allah, di saat bersendirian inilah Engkaulah tempat aku memohon..

Hanya bersujud pada-Mu hatiku tenang, dan hanya dengan menangis jualah segala bebanan mampu diringankan...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, tiada daya lagi aku melawan arus permasalahan ini..

Hanya Engkau tahu apa yang aku rasa selama ini, sungguhpun dugaan yang Engkau berikan berat, hanya Engkau jualah tempat aku berteduh, tempat aku meminta pertolongan..

Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu yang hina lagi daif ini...

amin....(T_T)...

::Aku Cinta ALLAH::



Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cinta

Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku Sayang Allah
Aku Rindu Allah
Aku Cinta Allah

****************************

sungguh!!!...aku menangis bila dengar lagu ini...~(T_T)

Ya ALLAH...kifarah dosa ini semakin mendekatkan diriku pada-Mu ya ALLAH..~ :'(