BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

15 February 2013

Ikhlas


Ikhlas Darjat Paling Tinggi

Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut 
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu

Ikhlas

Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh 
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya , ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Ikhlaskan Ibadah Dan Amal

Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya
Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak 
Tapi yang murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala
Yang akan memberi pahalanya Dia juga
Bukan manusia
Periksalah hati selalu
Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

KEIKHLASAN...

Berkhidmatlah bukan untuk dibayar kembali 
Berjasalah kepada manusia 
Lebih-lebih lagi kepada agama
Tapi bukan untuk dibayar 
dengan bintang-bintang di dada

Berbudilah tapi jangan dijadikan gaji 
Sampaikanlah risalah Allah 
Tapi bukan untuk dibayar upah 

Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik 
Berjuanglah tapi jangan mengaku wira 
Berkhikmahlah di dalam berjuang 
Terutama dalam berdakwah 
Agar ia diterima orang 

Beribadahlah kepada Allah 
Jangan kerana ingin syurganya
Tapi kerana zat Allah yang Maha Pemurah


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com