BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

09 December 2013

Kita Merancang, Allah Tentukan.

Assalamualaikum.

Hari ni jer berulang kali ayat ini bermain dalam fikiran.

"Kita merancang, Allah tentukan"

Bila fikir balik, setiap apa yang berlaku di sekeliling saya, Allah telah aturkan begitu baik sekali. Kalau ada pun yang dirancang tak menjadi, minda positif saya sentiasa menyedarkan diri saya, apa sahaja yang berlaku, baik atau buruk, pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah.

Saya merancang untuk bekerja sebagai kerani selepas konvo, tapi Allah tentukan saya untuk menjadi seorang cikgu.

Dalam kehidupan saya yang lepas, saya tak merancang untuk memiliki kereta yang saya ada sekarang, tapi Allah tentukan saya pemilik Q**7501.

Saya pernah merancang untuk berkahwin dalam usia antara 25 hingga 30 tahun, tapi Allah tentukan saya masih lagi berstatus 'single' dan memberi peluang untuk berbakti kepada ibu bapa saya.

Saya pernah merancang untuk berkahwin dalam tempoh 3 tahun selepas si dia yang pernah saya sayang 'declare' dengan saya, tapi Allah tentukan dia bukan untuk saya.

Rancang atau tidak, semua kuasa penentuan terletak pada ALLAH, pemilik kuasa mutlak dalam segala hal. Baik atau buruk yang kita dapat, ada hikmahnya yang kita sendiri pun tak tahu, ketentuan daripada Allah itulah yang terbaik untuk kita.

Dan mungkin, sungguhpun, hubungan antara saya dan 'dia' terjalin semula atas dasar sahabat, mungkin ada hikmahnya. Walaupun, saya dapat rasakan 'dia' memang bukan untuk saya. Dan bila teringat kembali doa ketika Hari Arafah tempoh hari, semakin hari, semakin dapat saya rasakan, dia semakin jauh daripada saya.

Ya Allah, indahnya penentuan dari-Mu. Berikan aku kekuatan dalam segala hal di dunia ini. 'Dia' yang hadir cuma sebahagian daripada hidupku. Mungkin akan menjadi kenangan atau bakal menjadi masa hadapan dalam hidupku.

Wallahualam.

27 October 2013

Allah, aku & dia..

Tik..Tok..Tik..Tok..

Detik masa terus berlalu. 

Ya Allah, dah bersarang rupanya blog saya ni. Alhamdulillah, cukup2 bersyukur sebab Allah kurniakan sibuk yang saya idamkan selama ini. Letih badan belakang kira.

Cumanya, Allah belum izinkan saya untuk melupakan 'dia' dari fikiran dan hati saya. Sudah masuk 2 tahun status dia berubah, dan saya masih kekal sendiri sehingga ke hari ini. Amat payah nak lupakan dia. Setiap kali cubaan nak lupakan dia, setiap kali itu jugalah hati saya sakit dan menangis. Dan kebetulan, Allah masih tetapkan rasa sayang di dalam hati 'dia' untuk saya. Makanya, hubungan itu ibarat bercantum kembali dalam diam. Hanya Allah, dia dan saya saja yang tahu hubungan ini. 

Ya Allah, memang orang lain nampak saya bahagia dengan hidup sendiri sebabnya dia dan saya masih berhubung. Cuma, kadang2 timbul rasa lain. Sampai bila? Sampai bila saya jadi macam ni, berhubung dengan diam tanpa ada kesudahan. Orang lain mungkin nampak dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Begitu juga dengan saya, bahagia dengan kerja sekarang. Tapi dalam hati siapa yang tahu kan. Dia pun tak tahu apa yang saya rasa sekarang. 

Sentiasa berdoa dengan Allah, sentiasa kuatkan diri dengan ujian yang Allah berikan ini. Sentiasa untuk berfikiran positif walaupun ada masanya saya berburuk sangka dengan dia. 

Ya Allah, andaikata dia untukku, Engkau berikanlah aku kekuatan di dalam ujian yang Engkau berikan ini. Aku manusia lemah Ya Allah, hanya Engkau tempat aku berharap. 

Namun, jika dia bukan untukku, Engkau jauhkanlah dia dariku. Berikanlah aku petunjuk. Hanya Engkau Yang Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Mu ini.

Amin..Amin Ya Rabbal Alamin.

(T_T)

16 March 2013

KeTidakAktifAnnya SaYa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH kerana sampai ke hari ini masih bernafas da berupaya untuk menekan 'keyboard notebook' saya yang comel ini.

Cuma yang tak syoknya, bila masuk tahun ini iatu 2013, agak jarang untuk mengaktifkan diri dalam penulisan blog. Entah, ada atau tidak yang melawat blog cikgu comel ini, wallahualam. Tapi yang pasti, cukup-cukup jarang untuk mencurahkan idea di sini. Idea memang ada cuma masa tidak mengizinkan.Ini pun sebab datang Cik Rajin yang tiba-tiba memunculkan diri. Hehehehe..

Tiada apa yang perubahan tentang diri ini. Masih lagi memegang title 'single' hingga ke hari ini. Namun cukup-cukup berharap, dan betapa tingginya pengharapan diri ini untuk mengubah titlle itu berubah kepada K.A.H.W.I.N. Sentiasa berdoa kepada Allah moga jodoh itu datang. Alhamdulillah, permulaan tahun ini ramai yang berdoa dan inginkan saya menjadi P.U.A.N. Setiap masa saya aminkan doa mereka. Penentunya hanya ALLAH saja tahu rahsia bila jodoh saya akan datang.

Kawan-kawan yang baca blog ini, doa-doakan untuk saya k.

Bakal Puan [InsyaAllah..Amin Ya Rab]

Cikgu Mazni..

15 February 2013

Ikhlas


Ikhlas Darjat Paling Tinggi

Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut 
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu

Ikhlas

Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh 
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya , ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Ikhlaskan Ibadah Dan Amal

Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya
Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak 
Tapi yang murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala
Yang akan memberi pahalanya Dia juga
Bukan manusia
Periksalah hati selalu
Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

KEIKHLASAN...

Berkhidmatlah bukan untuk dibayar kembali 
Berjasalah kepada manusia 
Lebih-lebih lagi kepada agama
Tapi bukan untuk dibayar 
dengan bintang-bintang di dada

Berbudilah tapi jangan dijadikan gaji 
Sampaikanlah risalah Allah 
Tapi bukan untuk dibayar upah 

Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik 
Berjuanglah tapi jangan mengaku wira 
Berkhikmahlah di dalam berjuang 
Terutama dalam berdakwah 
Agar ia diterima orang 

Beribadahlah kepada Allah 
Jangan kerana ingin syurganya
Tapi kerana zat Allah yang Maha Pemurah


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com