::Oktober Kian Berlabuh::



Pabila 2011 semakin berada di penghujung, maka Oktober bakal melabuhkan tirai, sebagai tanda hadirnya November dalam hidup kita. Rasa sekejap masa berlalu, begitu pantas sekali apa saja yang berlaku. Sama ada kebetulan atau yang telah dirancang. Alhamdulillah, selari dengan kesibukan yang teramat, sesungguhnya itu yang diharapkan. Biarkan pun letih acapkali bertandang, itu bukan penghalang untuk meneruskan apa saja usaha yang dibuat, pastikan putus asa tidak muncul dalam setiap tindakan.

Drastik....Fantastik...Kreatif...Chaiyok2!!!

Apa saja yang berkaitan dengan kerja, ikhlas dan kesungguhan akan berjalan seiringan.

Tiada istilah 'malas' kerana nafsu seringkali tertewas dengan rasa ingin mencuba sesuatu yang baru, yang lama dipertingkatkan, yang baru pula diimplikasikan. Maka, dengan mudah hidup pun berjalan dengan lancar.


Guru Cemerlang? DG44? Semuanya berlingkar dalam kotak pemikiran. Semua inginkan apa yang ingin dicapai..Moga hati ini hanya fokuskan pada satu niat sahaja, KERANA ALLAH!!!

ALLAHUAKHBAR!!!!!~

Comments

Popular Posts