BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 December 2010

..Tips Menutup Aurat..


Menutup aurat adalah perintah daripada Allah S.W.T. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula, fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah ini disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi:

1. TAHU : Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. SEDAR bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR : Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui cirri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN : Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?” Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6. MALU : Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA YANG BERTUDUNG boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilannya kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8. EKSKLUSIF : Semua wanita itu cantik. Jika tidak, manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun, kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT : Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk eksesori itu dan ini.

*********SOLUSI ISU#26*********

23 December 2010

Seceria POCOYO


Ahakzzzzzz, pelik pulak tajuk kat atas ni kan. P.O.C.O.Y.O..pocoyo..hehehehe. Buat para sahabat yang tidak tahu apa itu POCOYO, ia adalah salah satu watak kartun yang kini semakin popular di kalangan golongan kanak-kanak pada masa kini. Well, zaman dulu mana ada wujud watak kartun nih, yang glamer masa dulu kebanyakannya watak kartun dari negara luar seperti Power Rangers, Gaban, Satria Baja Hitam, Masked Rider, Flashman, Ultraman..wahhhh, masih ingat masa kecik2 dulu, aku bersama kawan2 buat aksi Flashman. Ingat lagi tak Flashman? Wataknya lebih kurang macam Power Rangers, cuma ianya versi Jepun. Siap main dalam hutan, berperang dengan kawan yang menjadi raksasa yang besar lagi jahat. Huhuhu, memang lasak gila zaman dulu…


Perkenalan ku dengan POCOYO betul-betul membuatkan aku ‘jatuh cinta’ dengan kartun ini. Budak comel yang memakai baju biru. Bila tengok POCOYO teringat lak ngan seseorang sebab dialah yang memperkenalkan aku dengan watak kartun comel ini. Huhuhu, naifnya diri ini sebab lambat kenal ngan kartun paling comel yang ‘kusayang’ sekarang…hahaha, bila la ‘childish’ dalam diri ini nak hilang? Salah seorang sahabat telah ‘cop’ diri ini sebagai keanak-anakan..huhuhu, lagi haru bila beberapa orang sahabat panggil aku ‘adik’ padahal umur aku dengan diorang sebaya, dan pulak sepatutnya aku yang panggil diorang adik, tapi diorang pulak panggil aku ‘adik’..adehhhhh, tak dapek den nak elak..

‘Title’ sebagai kakak membantu aku lebih menjadi bertanggungjawab, walaupun adakalanya perangai lebih kurang sama ngan diaorang. Hope tahun depan pun ada perubahan dari segi sikap ‘childish’. Tapi tak salah kan ada perangai macam nih, nak buang pun susah sebab dunia pekerjaan aku dekat dengan dunia kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan. Kalau mengikut psikologinya, ini salah satu cara untuk elakkan diri kita daripada ‘stress’. Walaupun ramai orang menganggap pekerjaan sekarang lebih banyak relaks sebab kerja separuh hari sahaja, namun diorang tak tau, bila balik rumah jer, walaupun tidak bekerja secara rasmi, namun otak sentiasa berjalan memikirkan apa yang patut buat untuk keesokkan harinya. Kadang-kadang waktu tidur terpaksa diambil sebab nak buat sehabis baik yang mungkin. That’s my job. Walaupun agak tertekan, but I really2 love it. That’s why I choose POCOYO as my lovely character. Kiut dan menggembirakan. Harap diri ini juga ceria seperti POCOYO...~(^_^)v!!!~

17 December 2010

..Sedang Kita Lupa..


kita bangga bila pakaian kita cantik dari yang lain
kita selesa bila kita berada di atas dari yang lain
kita teruja bila kita lebih berjaya dari yang lain
kita suka bila kita terima lebih dari yang lain

sedang kita lupa

mungkin pakaian itu tiada untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

mungkin kedudukan itu bukan untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

mungkin kejayaan itu belum untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

mungkin anugerah itu tidak untuk yang lain
tetapi rezeki pinjaman dari Allah..

tidak salah untuk kita menikmati segala
pemberianNya dengan tawa dan gembira..

namun..

jangan sekali dibiarkan yang lain berduka dan nestapa tanpa terbela..

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

08 December 2010

..Hijrah Yang Terindah..

Salam Maal Hijrah 1432H...

Tahun ini sudah masuk tahun baru Islam iaitu bersamaan 2 Muharam 1432H. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita semua, masih diberi peluang memasuki tahun 1432H berbanding dengan rakan-rakan serta saudara-mara kita yang sudah dijemput oleh Allah ke sana.

Bagaimana azam tahun baru??? Ermmm, let me guess. Saya tahu, majoriti anda di luar sudah terbiasa dengan tahun baru Masihi. Bila masuk jer tahun baru Masihi atau turut dikenali 'Kalendar Yunani', pasti masa itu jugak kita sibuk nak pasang azam baru. Ya, itulah ‘trendy’ anak muda masa kini, sehingga lupa akan tahun baru Islam. Saya berani jamin, kebanyakan anak-anak muda masa kini lebih mengingati tahun baru Masihi berbanding tahun baru Islam. Masa itu, macam-macam azam nak dipasang. Paling tak tahan tuh, masa tahun baru masihi jugak la macam-macam masalah social turut timbul. Berzina, berkhalwat, merempit, dan macam-macam lagi.

Astafirullahalazim..umat akhir zaman. Begitulah keadaannya bila dunia berada di hujung waktu. Walaupun pelbagai cara telah dibuat, boleh kira pakai jari jer yang ikut apa yang telah disaran. Itu bab cara anak muda sambut tahun baru Masihi. Bagaimana kalau kita cuba tanya bab azam tahun baru Islam? Tahun baru Islam? Apa tuh? Haaaa…paling asas, apa tahun Islam semasa? Gerenti garu kepala, tak pun bagi jawapan yang salah. Sesuatu yang tak menghairankan bila anak muda terutamanya yang berada di bandar mahu pun di mana saja mereka berada, bila ditanya tentang tahun Islam, ada yang garu kepala, beri jawapan yang salah dan macam-macam fiil lagi yang boleh kita jumpa. Berdasarkan pengalaman sendiri semasa di alam universiti, saya hanya mampu geleng kepala sahaja. Apabila keduniaan sudah mengusai diri, maka apa saja yang berkaitan dengan akhirat akan dilupai, tak pun langsung tiada dalam kehidupan harian mereka.

Astafirullahalazim. Seperti mana andaian saya bersama seorang rakan, dunia kita kini ibarat berada pada jari tangan yang kesembilan daripada sepuluh jari tangan yang kita ada. Bukankah itu sudah menggerunkan kita? Lihat saja dunia hari ini, masalah sosial semakin menjadi dari hari ke hari, bencana alam semakin ‘buas’ merosakkan dunia. Tidakkah kita sedar itu adalah petanda dari Allah untuk kita semua.

Sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW, saya begitu peka dengan apa yang terjadi. Oleh sebab itu, maka diri ini perlukan perubahan. Saya sedar, dulu banyak masa diluangkan dengan keduniaan walaupun akhirat tidak dilupakan. Dunia Kuala Lumpur telah membentuk diri ini menjadi semakin berani, berani bertindak, berani bersuara mahu pun berani yang lain. Namun, berani yang dulu adakalanya memakan diri. Lalai sebentar dengan akhirat, adakalanya turut bersosial dengan rakan-rakan. Namun, Alhamdulillah, saya masih di bawah peliharaan-Nya. Dikurniakan sahabat yang baik, rakan serumah yang baik, dan satu lagi fiil yang telah Allah berikan, saya agak susah terpengaruh dengan apa saja perkara yang berada di keliling saya. Bukan nak bangga diri dengan apa yang ada, kerana kadang-kadang saya sendiri tidak sedar yang saya ada fiil macam tuh. Syukur kerana para sahabat yang pernah duduk bersama menyatakan kebenaran tentang sesuatu yang positif mahupun yang negatif tentang diri saya. Merekalah ‘cermin’ bagi diri saya.

Berbalik kepada perubahan, Alhamdulillah, saya turut dikurniakan kawan-kawan yang baik hati. Menegur apa yang patut dan apa yang kurang. Namun, salah satu teguran yang betul-betul membuatkan saya tersentak, yang paling terabai dalam hal aurat wanita ialah bila mana ‘si dia’ secara psikologinya menanyakan tentang penggunaan stoking, adakah saya pakai atau tidak? Soalan yang tidak saya jangka dari ‘si dia’. Permulaan jawapan, saya hanya mampu menjawab ‘InsyaAllah’. Bermula dari situlah, saya mula berjinak-jinak memakai stoking walaupun ke tempat kerja sekalipun. Alhamdulillah, baru saya terasa betapa selesanya bila memakai stoking. Dan paling saya tekankan di sini, kalau boleh, perubahan ini bukan kerana orang lain mahu pun kerana permintaan ‘si dia’, tetapi itulah perubahan yang datang dari hati, semata-mata kerana ALLAH S.W.T.

~.A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.~

06 December 2010

~Andai Ingin Berteman~


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya..

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya..

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna..

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam

InsyaAllah...

20 November 2010

*:: RatuKu::*



Ratuku...
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama inginku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.

Ratuku...
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.

Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat,
Bunga yang tidak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku...
Bukanlah kuharap,
Kau segigih Siti Hajar,
Yang berlari-lari, antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.

Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak,
Berharap sedemikian rupa.


Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi,
Bunga-bunga itu, Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu Syurga.

Jangan kau risau duhai ratuku,
Kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu,
Hanya ujian buatmu.

Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetik mu lagi.

Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu,
Jangan biarkan,
Gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu,
Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.

Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU yang benar-benar RATU.

15 November 2010

~Hati Seorang Wanita~


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

07 November 2010

~SUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU??~


~PERKAHWINAN~



Satu ketika kau bertanya..

.......................

sudikah kau menjadi Makmum
di setiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................

sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendakNya

..........................

sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu datang
air mataku ada yang menghapuskan..

............................

sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jalan yang benar

.............................

sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)

.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..
mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa saja denganmu
tanpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

...............................

Satu ketika aku menjawab...


"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................

Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~

05 November 2010

~Mencari Kekasih~


Kekasih merupakan insan yang sering didambakan. Kesunyian akan dirasai andai bersendirinya tanpa insan bernama kekasih. Jiwa manusia sering bergolak untuk memiliki insan yang bakal dinobatkan sebagai kekasih hati..

Diintai kiri dan kanan untuk mencari siapalah insan bertuah yang sudi menemani hari-hari dan perginya sepi yang bersarang di hati. Indahnya jika ada kekasih yang menemani sepanjang meniliti liku-liku hidup.....Terdetik di dalam sanubari paling dalam....Adakah impian hati ingin memiliki kekasih seperti pasangan kekasih yang sering kelihatan di sana-sini? Adakah kehidupan bersama kekasih seperti kawan-kawan akan membuatkan hati ini tenang? Itukah kekasih dambaan hati kecil ini? Harus bagaimana mencari kekasih yang sebenar??

Ya Allah bagaimana.....Cinta dan sayang itu mudah terzahir dengan kata-kata dan gerak langkah seseorang. Rasa yang dimiliki sukar disembunyi seperti sebuah syair arab pernah menyebut:" Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya

"Setiap insan normal pasti akan mengalami perasaan cinta dan naluri ingin dicintai-menyintai.. Oleh itu bersyurkurlah andai merasai kehendak mencintai dan dicintai kerana ia lambang kenormalan anda. Ramai yang merasai dan menikmati rasa "cinta-mencintai" tetapi tak ramai yang membuktikan mereka benar-benar menghargainya. Mengapa ya??

Lihatlah laluan mencari cinta.......Walaupun cinta itu fitrah tetapi ia tidaklah mudah. Usaha itu yang berterusan harus diamalkan. Antara bentuk usaha yang digariskan:

1) ISTIKHARAH - untuk mencari pasangan yang sesuai - ia juga dilakukan dikala hati 50/50 dlm membuat pemilihan.sekiranya tak 50/50 pohonlah thabatkan hati dgn pilihan diri.
2) PERBINCANGAN - minta pandangan ibu bapa dan insan-insan yang layak
3) BERDOA - doa itu senjata mukmin. Antara doa yang dianjurkan:" Ya Allah andai perkara ini baik buatku palingkanlah wajahku kepadanya, begitulah juga palingkanlah wajahnya kepadaku. sekiranya dia tidak baik buatku jauhkanlah dirinya daripada diriku dan jauhkan diriku daripada dirinya

" USAHA ------- ISTIKHARAH------PILIH-------MENCARI KEKASIH" ...Sebelum kita melalui jalan yang penuh liku, usahlah akur dipersimpangan. Namun fikirkan natijah akhir yang bakal terjadi disetiap jalan yang dilalui. Pencarian kekasih adalah proses yang perlu dilakukan dengan usaha.

Setelah menemui susunlah kekasih di hatimu dengan ranking yang sewajarnya:
1) ALLAH
2) RASUL
3) JIHAD
4) MUKMIN
5) ASET

Semoga kekasih yang ditemui tidak membawa fitnah kepada diri. " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita"

♥~DOAKU PADANYA~♥


Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurangan
Hingga membuat lalai akan adanya dia
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn.......

28 October 2010

Anda Semakin Matang Bila...


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku seperti biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak wajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.


Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

24 October 2010

♥ ♥ ♥Jodoh di Tangan ALLAH♥ ♥ ♥


Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

18 October 2010

~Insha ALLAH....[Maher Zain]~


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

16 October 2010

~Seorang Gadis itu..~


Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI..

03 October 2010

~Tips Atasi Zina Hati..~


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :


Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."



Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

...ILuvIslam..

27 September 2010

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin...

"Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”



Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

Di sebalik bacaan duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon di dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

2) Warhamni (sayangi aku)

3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

4) Warfa'nii (angkatlah darjatku)

5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)

6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)

7) Wa'Aafinii (sihatkan aku)

8) Wa'fuannii (maafkan aku)

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..

...Wallahualam..

7 Kalimah




Sabda Rasulullah S.A.W.."Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "



  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu;
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu;
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut;
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok;
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini;
  6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah;
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi.
...Wallahualam...

26 September 2010

~Sharing is Caring..Part II~


Sayang sayang Sayang???

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"
"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."
"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."
"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."
*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"
"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
*** PENONTON TERCENGANG! ***


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"
"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."
"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami? 'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?
Dah bagi kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"
*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

*** TUKAR CHANNEL BALIK ***
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."
*** BLACKOUT, TUTUP TV ***

25 September 2010

~Seandainya...~

~Sharing is Caring..~

Khas untuk wanita. Ini sumber dari email. Saya simpan untuk rujukan selalu. Penawar kepenatan, harap2 dapat hindar dari masuk neraka...nauzubillah...


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata, "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah S.A.W. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda S.A.W. berkata, "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi S.A.W. Ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah S.A.W ini. Katanya, "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Sabda Rasulullah S.A.W,

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

20 September 2010

~Sumthing missing and im so sad..~ :'(

Hari ni baru bkesempatan melawat blog tersayang ini sambil melayari FB & engkabang.net. Dan tiba-tiba aku teringat seseorang yang aku panggil sebagai 'kakak' selama ini yang kini telah pergi meninggalkan diri ini dan rakan2 guru yang lain. Tetiba aku rasa sayu sangat. Rasa masih tak percaya pun ada, begitu cepat arwah meninggalkan sahabatnya yang baru dikenali ini. Sepanjang perkenalan aku dan arwah, dia antara satu2nya portal team engkabang.net yg paling baik sekali, siap bagi no fon lagi kalau ada masalah dlm melayari engkabang.net. Betul2 terharu aku dibuatnya. Dan bila aku check balik no dia yang aku simpan, tetiba air mata aku mengalir..Allah sayangkan dia. Sayu rasanya bila baca ucapan yg ditulis oleh para sahabat serta anak2 murid beliau yg kini betul2 rindukan beliau dlm wall FB beliau. Ya Allah, Engkau tempatkanlah arwah bersama orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..


Kanda Habsah Ibrahim dalam kenangan...~ :'(

15 September 2010

Melalui 10 Pintu


Jangan biarkan syaitan meraja dalam diri. Oleh itu, peliharalah hati, jangan sampai hati dikuasai syaitan sehingga kita terjerumus ke lembah syaitan.

Allah berfirman, yang bermaksud, "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya" (Surah an-Nisa':120-121)

Beruntung manusia yang berupaya menangkis godaan syaitan. Kata ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

  1. sifat sombong dan angkuh
  2. bakhil dan kedekut
  3. takbur dan bongkak
  4. sifat khianat
  5. tidak suka menerima ilmu dan nasihat
  6. hasad dengki
  7. meremehkan orang lain
  8. sifat ujub atau bangga diri
  9. suka berangan-angan
  10. buruk sangka

Tutuplah rapat-rapat pintu ini, jangan sampai kita ditunggangi oleh syaitan...

Pedoman Daripada AL-FATIHAH..


Kita ulang Al-Fatihah 17 kali dalam solat wajib lima kali sehari. Al-Fatihah sebaik-baik doa tetapi kita jarang-jarang ambil tahu akan makna yang tersirat dan tersurat di sebalik ayat Ummul Kitab ini.

Tahukah kita bahawa Al-Fatihah adalah 'penyembuh' hati, pedoman bagi segala kecerdasan hati, pemelihara bagi hati dan fikiran, bekal untuk mencapai cita-cita dan harapan serta ungkapan rasa syukur atas segala hasil dan pencapaian.

  1. Bismillahirrahmanirrahim [Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang]
  2. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
  3. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
  4. Yang Memilki Hari Pembalasan.
  5. Hanya Engkau yang kami sembah dan mohon perlindungan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Jalan yang Engkau berikan nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan yang sesat.
  8. Amin [Kabulkanlah]

~Aidilfitri yang dinanti..~


Alhamdulillah...berkat kesabaran berpuasa selama sebulan, bersama kehadiran dugaan, cabaran serta ujian daripada Allah, akhirnya Syawal menjelang tiba. Hari ini sudah masuk 6 Syawal 1431H, selama 10 hari saya berada di kampung yang tercinta bersama ibu bapa serta adik2 yang tersayang. Terasa aman & tenang bila berada di kampung. Walaupun tanpa kehadiran abang di sisi kerana terikat dengan tanggungjawab sebagai Juru X-Ray di Hospital Sibu, namun kehadiran adik beradik yang lain betul2 membuatkan diri terasa cukup di pagi raya. Paling penting, beraya ngan mak & ayah. Pengalaman selama 2 tahun beraya di perantauan betul2 mengajar diri ini erti ikatan kekeluargaan yang cukup kuat. My family is my life...~ ^_^

08 September 2010

~Info Penting Untuk Lelaki..~


Dia yang diambil dari tulung rusuk. Jika Tuhan menyatukan dua orang yang berlawanan sifatnya, maka itu akan menjadi saling melengkapi.

Dia penolongmu yang sepadan, bukan teman ketika terdesak yang sepadan.

Ketika pertandingan dimulakan, dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu. Tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas dari tanganmu. Dialah yang akan menutupi kekuranganmu.

Dia ada untuk melengkapi yang tidak ada dalam lelaki; perasaan, emosi, lemah lembut, keindahan, kecantikan, rahim untuk melahirkan, menguruskan hal-hal rumah tangga sehingga ketika lelaki tidak mengerti hal-hal itu, dialah yang akan menyelesaikan bahagiannya, sehingga tanpa kau sedari ketika kau menjalankan sisa hidupmu, kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya di sisimu.

Jika ada makhluk yang sangat berlawanan dengan sifat lelaki, itulah perempuan.

Jika ada makhluk yang sanggup menakluki hati hanya dengan sebuah senyuman, itulah perempuan.

Dia tidak perlu hujah hebat daripada seorang lelaki, tetapi dia perlukan jaminan rasa aman darinya kerana dia ada untuk dilindungi, tidak hanya secara fizikal tetapi juga emosi.

Dia tidak tertarik kepada fakta-fakta yang tepat. Bahasa yang teliti dan logik yang dapat disampaikan secara lengkap daripada seorang lelaki. Tetapi yang dia perlukan adalah perhatiannya. Kata-kata yang lembut, ungkapan-ungkapan sayang yang mudah, namun baginya sangat bererti hingga membuatnya aman di dekatimu.


Batu yang keras dapat terhakis habis oleh air yang mengalir. Sifat lelaki yang keras terimbangi oleh kelembutan perempuan. Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai dibandingkan dengan pohon yang besar dan rendang. Seperti juga di dalam kelembutannya, di situlah terletaknya kekuatan dan ketahanan yang membuatnya dapat bertahan dalam situasi apa pun.

Dia lembut bukan untuk dipijak. Rumput yang lembut akan dinaungi oleh pohon yang kukuh dan rendang. Jika lelaki berfikir tentang perasaan wanita, itu selamanya dari hidupnya. Namun, jika perempuan berfikir tentang perasaan lelaki, hal itu akan menghabiskan seluruh hidupnya.


Kerana perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Kerana perempuan adalah sebahagian dari lelaki. Apa yang menjadi bahagian dari hidupnya, akan menjadi bahagian dari hidupmu. Keluarganya akan menjadi keluarga barumu. Keluargamu akan menjadi keluarganya juga. Sekalipun dia jauh dari keluarganya, namun ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana dia lahir dan dibesarkan di sana. Kerana mereka, dia menjadi seperti sekarang ini. Perasaannya terhadap keluarganya akan menjadi bahagian dari perasaanmu juga.

07 September 2010

~Kuncinya Ada Pada Kita..~


Dalam kesibukan kita sebagai manusia mencari kesempurnaan dunia, ada di antara kita yang terlupa akan kesempurnaan rohaniah untuk di bawa pulang nanti bertemu Yang Maha Esa.

Sering dijadikan alasan "masa" menjadi penghalang untuk berbuat amal kebaikan apatah lagi ibadah.

Kalau difikirkan dari aspek perkerjaan, yang lain pun ada tanggungjawab masing-masing. Tetapi mengapa ada pihak yang mampu menyempurnakannya?.

Di sini bukanlah saya cuba mengatakan diri saya ini begitu sempurna. Hanya sedikit pengetahuan yang diizinkan oleh Allah SWT kepada saya untuk dikongsi bersama.

Hidup kita yang sangat singkat ini, penuh dengan banyak perkara dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.

Tatkala kita sibuk mengerjakan yang lain,kita sering terlupa mengerjakan yang wajib.

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia perlu mencari keperluan dalam hidup.

Tetapi apalah salahnya kalau kita praktikkan sedikit masa untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Pemberi.

Kalau dilihat dari aspek masa yang sering menjadi persoalan atau lebih tepat lagi faktor utama kepada kita, kalau tidak silap kita ada 24 jam sehari.

Kita berkerja lebih kurang 8 hingga 10 jam sehari, kita berehat lebih kurang 5 hingga 8 jam.

Kalau dikira masa yang memang betul-betul kita gunakan lebih kurang 18 jam. Tapi kita ada 24 jam. Kita ada lebih kurang 6 jam lagi.

Mari kita lihat berapa banyak masa yang diambil untuk mengerjakan solat yang telah diwajibkan ke atas kita.

Kalau saya kira masa yang diambil, kalau kita berjemaah di masjid. Kalau 4 rakaat + wirid + doa = 15 minit.

Kalau kita kira purata dalam 15 minit satu waktu. 15 x 5 = 1 jam 5 minit. Ada baki lagi dalam 4 jam setengah.

Setiap apa yang telah difardhukan ke atas kita adalah tanggungjawab yang kita perlu lakukan walau dalam apa keadaan sekali pun. Ini kerana setiap apa yang wajib itu ada kebaikannya.

Contohnya solat itu sendiri. Selain sebagai penenang jiwa ia juga merupakan "magnet" rezeki. Jadi kenapa perlu kita abaikan? Padahal awalnya tadi kita sendiri yang sibuk dengan pencarian nafkah hidup.


Bila sudah diberikan peluang oleh Allah SWT untuk dipermudahkan, kenapa kita perlu pilih jalan yang susah? Itu baru satu, masih banyak lagi amal ibadah yang membawa kebaikan secara terus menerus kepada kita.

Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang sementara kita masih ada kudrat melakukannya. Janganlah kita berputus pada rahmat Allah, sesungguhnya Allah SWT itu Al Rahman,Al Rahim.

Dan takkan pernah Dia mahu melihat hamba-hambanya dalam kesusahan. Seruan saya pada diri saya dan yang lain. Marilah kita perbanyakkan ibadah kita mudah - mudahan kita akan dirahmatiNya.

ILuvIslam.com

24 August 2010

~B.I.L.A...~


Pernah tak anda..sampai pada satu tahap di mana..

bila kita rasa
macam dah takde perkataan yang sesuai
untuk dibicarakan...

bila kita rasa
otot-otot kat muka seolah-olah dah terlupa
macam mana nak senyum..

bila kita ketawa
sedangkan hati kita
terluka sebenarnya..

bila kita rasa
diri kita
bukan menjadi pilihan..

bila kita rasa
seolah-olah 'confident level' kita
berada pada tahap zero..

bila kita rasa
seolah-olah kita telah meletakkan harapan
di tempat yangg salah..

bila kita rasa
seolah-olah kita tak cukup sempurna
di mata sesiapa pun jua...

dan

bila kita rasa
macam dah tak mampu lakukan apa-apa
kecuali..

berserah dan redha dengan ketentuan Tuhan.
kita percaya apa yang Tuhan tentukan untuk kita
adalah yang terbaik buat kita.

biar macam mana sayangnya kita pada dia..
tapI kalau dah ditakdirkan dia memang bukan untuk kita..
kita takkan bersamanya..

dan

biar macam mana jauhnya jarak antara kita dengan dia..
hatta seribu tahun cahaya sekalipun..
kalau memang Tuhan dah takdirkan dia untuk kita..
kita akan bersama dengannya jugak satu hari nanti..

InsyaAllah....(^_^)

21 August 2010

~Nilai Tudung.....~

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.

Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

sbg renungan bersama, smga bermanfaat, untuk diri saya juga~ (^_^)...salam..

17 August 2010

Pabila Dugaan itu Datang Lagi....~ (T_T)


Pagi yang tenang. Namun tiada siapa yang sangka Allah telah menguji hamba-Nya yang satu ini. Dalam semangat yang tinggi di bulan Ramadhan ini, Allah telah uji aku dengan satu kejadian yang betul-betul membuatkan aku fobia dan lemah. Dengan tubuh badan yang menggeletar dan akhirnya berakhir dengan tangisan, aku tidak mampu melawan takdir Allah. Akhirnya aku redha dengan apa yang telah berlaku. Seribu kali tangisan pun tidak mampu mengembalikan semula masa yang telah berlalu. Ya Allah, betapa hebat ujian yang Allah telah berikan kepada diriku. Betul2 menguji keimanan sebagai hamba Allah yang lemah. Ya Allah, tidak terdaya aku melawan takdir-Mu. Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi, hanya Dia saja yang tahu.....(~_~)