BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

08 October 2017

1st in Two Zero One Seven

Bismillah...

Assalamualaikum...

Allahuakhbar... alhamdulillah. Uhukk..uhukkkkk...berhabuk laaa. Ya Allah, lamanye aku x singgah kat sini. Sori ya cik blog, sibuk sana sini aku leka dgn keja dunia. Laman siber yg satu ni pun boleh aku lupa nk update. Yuppp, my come back home just now at here. Sambil2 tu sempat merayau kat blog rakan2 yg lain. Well, ada jgk yg 'berhabuk' & aku tetap faham nape xramai yg update blog masing2. Alahai, sukarnya taip blog guna tab. Kalo guna laptop@komputer, laju bangatttt. Tp xpala, teknologi sgt kan. Hambikk ko..huhuhuu. Skrg nih nk bkk laptop dh payah, bkk tap taip password dh tpacak dh kat dpn blospot. Haaaaa...satu lagi sanggup tuh taip kat keyboard tab yg kecik nihhh...uwaaaa..pa2 je laaaaa... :-)

Saat aku menaip, dlm keadaan xsihat ni, Allah tetap berikan nikmat yg baik utk aku. Dalam sakit ttp beri upaya utk berfikir, tetap bangun pagi walau kepala nih masih bpusing. Ttp diberikan selera makan walaupun rasa mual ttp ada. Mmg itu tandanya kalau dh tua. Kalau dulu awl pg dh bjln ke pasar atau pecut ke bandaraya kuching smbl cuci mata. La ni malas dh datang.

Lebih2 lagi bila Allah uji aku sekeluarga dgn kembalinya arwah bapak ke rahmatullah pd 14 Julai yg lepas. Aku antara ahli yg amat terkesan dgn kehilangan beliau. Satu2 nya anak yg degil, keras kepala, ada msnya aku melawan. Tapi pd ms sm aku yg paling alert dgn keperluan arwah bapak. Beli apa yg ptt. Benda yg last aku beli utk dia ialah kerusi roda. Pd ms raya aidilfitri yg lepas, arwah bapak tak dpt langsung bjalan & bangun. Hanya bgantung spenuhnya dgn bantuan mak & kami adik beradik perempuan. Kalau ingat balik semuanya, org sekeliling kami pun mcm xpercaya arwah bapak boleh sakit teruk mcm tuh. Tapi, sudah ditakdirkan oleh Allah dia pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kami semua redha.

Sampai hari ini, aku masih terkesan dgn kehilangan arwah bapak. Org luar nampak aku kool & biasa je. Pdhal, bila saat aku ingat balik ms aku diberi peluang memandikan jenazah bapak aku, konfom aku menangis. Walau dlm solat pun aku boleh menangis.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubunya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya, berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Aminn ya rabbal alamin...

23 August 2016

Goodbye memory


Kosong.

Pagi Selasa yang indah & tenang sebab BIG BOSS xde...ahakkkss..bukan bermakna aku tengah mengular ye.

Semalam dah start ujian untuk semua murid. Dan semalam aku xde di sekolah sebab jadi guru pengiring untuk budak. Jawatan 'tetap & berpencen' yang aku pegang sejak 1st day kat sini. Tak kisah la sebab aku memang suka berjalan walaupun risikonya sangat tinggi sebab bawak budak. Janji bawak keta berhati-hati.

Pagi nih, sambil2 jaga budak tengah exam, tetiba jer hati aku tergerak nak bukak satu folder dalam laptop aku nih. Folder yang xreti aku nak buang walaupun 'orang itu' dh xde kaitan dgn aku lagi. Bila tengok gambar2 dia yg byk, trus aku rasa sayu sangat. Nak kata rindu tak jugak sbb rasa rindu tu dh lama x ade. Cuma hati aku sediki terasa sebab dia pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap. Once, aku tertarik satu gambar nih. Gambar kat atas tuh. Rasa seronok pulak tengok gambar tuh sebab dihantar masa hari lahir aku. Kreativiti kat situ ada dengan mention nama FB aku besar2. Skrg, dh x ade dah org buat mcm tuh lagi. Lebih suka menyepi dan trus jadi silent reader. Mungkin satu masa nanti, kalo hati aku btul2 mati tentang dia, mungkin akan kena delete jgk nanti. 

Untuk 'orang itu'...andai kata anda baca blog ini..insyaAllah, sy akan delete semua gambar awak dlm laptop saya. Dan mungkin, sy akan kembalikan semula brg yang pernah awak hadiahkan untuk saya. Rasanya dah xde faedah lagi saya nk simpan sebab sy takut sy akan buang nanti. Mahal tuhhh.. 
TQ for everything.

Well, life must go on... 

06 May 2016

Me @ 2016

Malam.

Tergerak hati nak menjenguk ke sini. Alhamdulillah, hidup lagi blog aku yang dh bersarang nih. Ingatkan dh 'expired'. Rindu betul nk merapu kat sini.

Yup, im still alive..semakin sibuk..n semakin 'sihat'.... ALHAMDULILLAH..

Walaupun masih sendiri, bukan bermakna aku kena give up dgn hidup. Sana sini jumpa dgn org dh buat aku bahagia sbb mampu wujudkan satu ukhwah dgn semua org. Sendiri bukan bmakna kena jd kera dlm hutan. Come on Mazni, u know ur level. And everyone trust u that u can do it yourself.

But...dlm sudut hati paling dalam sekali..ada masa penat..penat dgn aktiviti yg aku buat..penat buat keja sana sini sbb naikkan org sekeliling..penat 'bersendiri'..tipu lah kalo aku cakap aku xjeles dgn sahabat yg semakin bertambah 'rakyatnya' . Tapi aku? Aku hanya mampu membina satu pasukan bola sepak KUCING yg comel lagi menenangkan. Bercakap dgn kucing lagi baik drpd bcakap dgn org gila yg ntah apa2, yg kadang2 pandai buat hati sakit drpd gembira. What everrrrr..

Anyway...life must go on. Dgn umur mcm nih, dh malas nk cari. Upgrade diri sendiri lagi baik. Alhamdulillah, rezeki 2016 bertambah2. Moga sihat sentiasa ada bersama.. Insya-Allah... (^_^)

09 December 2013

Kita Merancang, Allah Tentukan.

Assalamualaikum.

Hari ni jer berulang kali ayat ini bermain dalam fikiran.

"Kita merancang, Allah tentukan"

Bila fikir balik, setiap apa yang berlaku di sekeliling saya, Allah telah aturkan begitu baik sekali. Kalau ada pun yang dirancang tak menjadi, minda positif saya sentiasa menyedarkan diri saya, apa sahaja yang berlaku, baik atau buruk, pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah.

Saya merancang untuk bekerja sebagai kerani selepas konvo, tapi Allah tentukan saya untuk menjadi seorang cikgu.

Dalam kehidupan saya yang lepas, saya tak merancang untuk memiliki kereta yang saya ada sekarang, tapi Allah tentukan saya pemilik Q**7501.

Saya pernah merancang untuk berkahwin dalam usia antara 25 hingga 30 tahun, tapi Allah tentukan saya masih lagi berstatus 'single' dan memberi peluang untuk berbakti kepada ibu bapa saya.

Saya pernah merancang untuk berkahwin dalam tempoh 3 tahun selepas si dia yang pernah saya sayang 'declare' dengan saya, tapi Allah tentukan dia bukan untuk saya.

Rancang atau tidak, semua kuasa penentuan terletak pada ALLAH, pemilik kuasa mutlak dalam segala hal. Baik atau buruk yang kita dapat, ada hikmahnya yang kita sendiri pun tak tahu, ketentuan daripada Allah itulah yang terbaik untuk kita.

Dan mungkin, sungguhpun, hubungan antara saya dan 'dia' terjalin semula atas dasar sahabat, mungkin ada hikmahnya. Walaupun, saya dapat rasakan 'dia' memang bukan untuk saya. Dan bila teringat kembali doa ketika Hari Arafah tempoh hari, semakin hari, semakin dapat saya rasakan, dia semakin jauh daripada saya.

Ya Allah, indahnya penentuan dari-Mu. Berikan aku kekuatan dalam segala hal di dunia ini. 'Dia' yang hadir cuma sebahagian daripada hidupku. Mungkin akan menjadi kenangan atau bakal menjadi masa hadapan dalam hidupku.

Wallahualam.

27 October 2013

Allah, aku & dia..

Tik..Tok..Tik..Tok..

Detik masa terus berlalu. 

Ya Allah, dah bersarang rupanya blog saya ni. Alhamdulillah, cukup2 bersyukur sebab Allah kurniakan sibuk yang saya idamkan selama ini. Letih badan belakang kira.

Cumanya, Allah belum izinkan saya untuk melupakan 'dia' dari fikiran dan hati saya. Sudah masuk 2 tahun status dia berubah, dan saya masih kekal sendiri sehingga ke hari ini. Amat payah nak lupakan dia. Setiap kali cubaan nak lupakan dia, setiap kali itu jugalah hati saya sakit dan menangis. Dan kebetulan, Allah masih tetapkan rasa sayang di dalam hati 'dia' untuk saya. Makanya, hubungan itu ibarat bercantum kembali dalam diam. Hanya Allah, dia dan saya saja yang tahu hubungan ini. 

Ya Allah, memang orang lain nampak saya bahagia dengan hidup sendiri sebabnya dia dan saya masih berhubung. Cuma, kadang2 timbul rasa lain. Sampai bila? Sampai bila saya jadi macam ni, berhubung dengan diam tanpa ada kesudahan. Orang lain mungkin nampak dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Begitu juga dengan saya, bahagia dengan kerja sekarang. Tapi dalam hati siapa yang tahu kan. Dia pun tak tahu apa yang saya rasa sekarang. 

Sentiasa berdoa dengan Allah, sentiasa kuatkan diri dengan ujian yang Allah berikan ini. Sentiasa untuk berfikiran positif walaupun ada masanya saya berburuk sangka dengan dia. 

Ya Allah, andaikata dia untukku, Engkau berikanlah aku kekuatan di dalam ujian yang Engkau berikan ini. Aku manusia lemah Ya Allah, hanya Engkau tempat aku berharap. 

Namun, jika dia bukan untukku, Engkau jauhkanlah dia dariku. Berikanlah aku petunjuk. Hanya Engkau Yang Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Mu ini.

Amin..Amin Ya Rabbal Alamin.

(T_T)

16 March 2013

KeTidakAktifAnnya SaYa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH kerana sampai ke hari ini masih bernafas da berupaya untuk menekan 'keyboard notebook' saya yang comel ini.

Cuma yang tak syoknya, bila masuk tahun ini iatu 2013, agak jarang untuk mengaktifkan diri dalam penulisan blog. Entah, ada atau tidak yang melawat blog cikgu comel ini, wallahualam. Tapi yang pasti, cukup-cukup jarang untuk mencurahkan idea di sini. Idea memang ada cuma masa tidak mengizinkan.Ini pun sebab datang Cik Rajin yang tiba-tiba memunculkan diri. Hehehehe..

Tiada apa yang perubahan tentang diri ini. Masih lagi memegang title 'single' hingga ke hari ini. Namun cukup-cukup berharap, dan betapa tingginya pengharapan diri ini untuk mengubah titlle itu berubah kepada K.A.H.W.I.N. Sentiasa berdoa kepada Allah moga jodoh itu datang. Alhamdulillah, permulaan tahun ini ramai yang berdoa dan inginkan saya menjadi P.U.A.N. Setiap masa saya aminkan doa mereka. Penentunya hanya ALLAH saja tahu rahsia bila jodoh saya akan datang.

Kawan-kawan yang baca blog ini, doa-doakan untuk saya k.

Bakal Puan [InsyaAllah..Amin Ya Rab]

Cikgu Mazni..

15 February 2013

Ikhlas


Ikhlas Darjat Paling Tinggi

Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut 
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu

Ikhlas

Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh 
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya , ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Ikhlaskan Ibadah Dan Amal

Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya
Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak 
Tapi yang murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala
Yang akan memberi pahalanya Dia juga
Bukan manusia
Periksalah hati selalu
Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

KEIKHLASAN...

Berkhidmatlah bukan untuk dibayar kembali 
Berjasalah kepada manusia 
Lebih-lebih lagi kepada agama
Tapi bukan untuk dibayar 
dengan bintang-bintang di dada

Berbudilah tapi jangan dijadikan gaji 
Sampaikanlah risalah Allah 
Tapi bukan untuk dibayar upah 

Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik 
Berjuanglah tapi jangan mengaku wira 
Berkhikmahlah di dalam berjuang 
Terutama dalam berdakwah 
Agar ia diterima orang 

Beribadahlah kepada Allah 
Jangan kerana ingin syurganya
Tapi kerana zat Allah yang Maha Pemurah


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com