Assalamualaikum.
Hari ni jer berulang kali ayat ini bermain dalam fikiran.
"Kita merancang, Allah tentukan"
Bila fikir balik, setiap apa yang berlaku di sekeliling saya, Allah telah aturkan begitu baik sekali. Kalau ada pun yang dirancang tak menjadi, minda positif saya sentiasa menyedarkan diri saya, apa sahaja yang berlaku, baik atau buruk, pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah.
Saya merancang untuk bekerja sebagai kerani selepas konvo, tapi Allah tentukan saya untuk menjadi seorang cikgu.
Dalam kehidupan saya yang lepas, saya tak merancang untuk memiliki kereta yang saya ada sekarang, tapi Allah tentukan saya pemilik Q**7501.
Saya pernah merancang untuk berkahwin dalam usia antara 25 hingga 30 tahun, tapi Allah tentukan saya masih lagi berstatus 'single' dan memberi peluang untuk berbakti kepada ibu bapa saya.
Saya pernah merancang untuk berkahwin dalam tempoh 3 tahun selepas si dia yang pernah saya sayang 'declare' dengan saya, tapi Allah tentukan dia bukan untuk saya.
Rancang atau tidak, semua kuasa penentuan terletak pada ALLAH, pemilik kuasa mutlak dalam segala hal. Baik atau buruk yang kita dapat, ada hikmahnya yang kita sendiri pun tak tahu, ketentuan daripada Allah itulah yang terbaik untuk kita.
Dan mungkin, sungguhpun, hubungan antara saya dan 'dia' terjalin semula atas dasar sahabat, mungkin ada hikmahnya. Walaupun, saya dapat rasakan 'dia' memang bukan untuk saya. Dan bila teringat kembali doa ketika Hari Arafah tempoh hari, semakin hari, semakin dapat saya rasakan, dia semakin jauh daripada saya.
Ya Allah, indahnya penentuan dari-Mu. Berikan aku kekuatan dalam segala hal di dunia ini. 'Dia' yang hadir cuma sebahagian daripada hidupku. Mungkin akan menjadi kenangan atau bakal menjadi masa hadapan dalam hidupku.
Wallahualam.
09 December 2013
Kita Merancang, Allah Tentukan.
Posted by cik_mazni at 11:13 PM 0 comments
27 October 2013
Allah, aku & dia..
Tik..Tok..Tik..Tok..
Posted by cik_mazni at 1:27 PM 0 comments
16 March 2013
KeTidakAktifAnnya SaYa
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH kerana sampai ke hari ini masih bernafas da berupaya untuk menekan 'keyboard notebook' saya yang comel ini.
Cuma yang tak syoknya, bila masuk tahun ini iatu 2013, agak jarang untuk mengaktifkan diri dalam penulisan blog. Entah, ada atau tidak yang melawat blog cikgu comel ini, wallahualam. Tapi yang pasti, cukup-cukup jarang untuk mencurahkan idea di sini. Idea memang ada cuma masa tidak mengizinkan.Ini pun sebab datang Cik Rajin yang tiba-tiba memunculkan diri. Hehehehe..
Tiada apa yang perubahan tentang diri ini. Masih lagi memegang title 'single' hingga ke hari ini. Namun cukup-cukup berharap, dan betapa tingginya pengharapan diri ini untuk mengubah titlle itu berubah kepada K.A.H.W.I.N. Sentiasa berdoa kepada Allah moga jodoh itu datang. Alhamdulillah, permulaan tahun ini ramai yang berdoa dan inginkan saya menjadi P.U.A.N. Setiap masa saya aminkan doa mereka. Penentunya hanya ALLAH saja tahu rahsia bila jodoh saya akan datang.
Kawan-kawan yang baca blog ini, doa-doakan untuk saya k.
Bakal Puan [InsyaAllah..Amin Ya Rab]
Cikgu Mazni..
Posted by cik_mazni at 10:53 PM 1 comments
15 February 2013
Ikhlas
Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu
Ikhlas
Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya , ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima
Ikhlaskan Ibadah Dan Amal
Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya
Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak
Tapi yang murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala
Yang akan memberi pahalanya Dia juga
Bukan manusia
Periksalah hati selalu
Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?
KEIKHLASAN...
Berkhidmatlah bukan untuk dibayar kembali
Berjasalah kepada manusia
Lebih-lebih lagi kepada agama
Tapi bukan untuk dibayar
dengan bintang-bintang di dada
Berbudilah tapi jangan dijadikan gaji
Sampaikanlah risalah Allah
Tapi bukan untuk dibayar upah
Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik
Berjuanglah tapi jangan mengaku wira
Berkhikmahlah di dalam berjuang
Terutama dalam berdakwah
Agar ia diterima orang
Beribadahlah kepada Allah
Jangan kerana ingin syurganya
Tapi kerana zat Allah yang Maha Pemurah
Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com
Posted by cik_mazni at 9:06 PM 0 comments