~Jangan Ada Benci.. ~




Ada satu cerita aku berminat sangat nk share ngan kawan2 yang lain. Walaupun aku dapat dari kawan friendster aku sendiri yang aku tak kenal siapa dia, tapi jalan cerita dia yang buat aku berminat..

***************************************************************************

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkta kepada isterinya, “Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan bincang bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan cara membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Abang akan mulakan dulu”, kata si suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu-persatu hal yang dia tidak sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir..”Maaf, apakah abang harus berhenti?”, tanyanya. “Oh tidak, teruskan..”, jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan pembacannya tadi, lalu kembali melipat kertasnya dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata , "Sayang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang.."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh kenyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya… bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis..



~~Hakikatnya, orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita..INSYA-ALLAH..~~

Comments

Popular Posts