..Kualiti Diri Seorang Muslimah..


Setiap wanita yang hendak menjadi seorang Muslimah yang cerdas, pasti akan selalu berusaha meningkatkan kualiti dirinya, baik dalam masalah agama, kemampuan akal, ilmu dan wawasan. Hal tersebut bertujuan untuk kepentingan dirinya, keluarganya, mahupun umat Islam pada umumnya. Wanita Muslimah yang cerdas akan dapat mendidik anak-anaknya untuk menjadi generasi Muslim yang teguh dan berkarekter, juga dapat mendorong seseorang untuk menjadi seorang Muslim yang kuat dan membela agamanya.

1. Menuntut ilmu agama

Menuntut ilmu agama hukumnya wajib bagi Muslim mahupun Muslimah. Kerana hal itu akan membawa kepada kebaikan, dan menyelamatkan dari fitnah syubhat dan fitnah syahwat, serta membawa pelakunya ke syurga.

"Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, maka Allah akan menjadikan faqih tentang agamanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menuntut ilmu agama dapat dilakukan dengan membaca buku atau majalah, mendengarkan rakaman kajian, atau dengan mengikuti taklim. Usahakan untuk benar-benar menumpukan perhatian ketika menuntut ilmu, walaupun harus sambil mengerjakan aktiviti lain, misalnya sambil mengasuh anak. Bertekad kuatlah walaupun hambatannya besar. Tanamkan di dalam hati, bahawa setiap kesulitan yang ada adalah 'bonus' dari Allah SWT untuk menambah pahala kita, tentu sahaja bila kita sabar dan ikhlas dalam menjalaninya.

2. Menjaga ibadah wajib dan sunat

Sesungguhnya setiap amalan dan aktiviti yang dilakukan setiap hari dapat bernilai ibadah jika ikhlas. Selama 24 jam dalam sehari, mungkin kita telah terpontang-panting dan sangat lelah melakukan berbagai aktiviti seharian, baik untuk keperluan diri sendiri mahupun keluarga. Namun kita hendaklah selalu menjaga agar tidak sampai melalaikan ibadah wajib mahupun sunat.

  • Tetaplah berusaha sekuat tenaga untuk melaksanakan solat tepat pada waktunya dan menyempurnakan dengan solat sunat rawatib.
  • Setiap hari, sempatkan diri untuk bertilawah al-Quran walaupun hanya satu muka surat atau bahkan beberapa ayat.
  • Bersedekah kepada fakir miskin dengan menyisakan sebahagian wang belanja.
  • Sewaktu benar-benar keletihan, pastikan kita selalu tetap beribadah dengan berzikir kepada Allah SWT.
  • Bila mampu, usahakan untuk berpuasa Isnin & Khamis dan puasa sunat yang lain.
  • Perbaikilah akhlak dengan berbuat baik semampunya kepada suami, anak, keluarga dan orang lain dengan senyuman yang tulus dan berniat untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT.
3. Bergaul dengan teman-teman yang baik

Hendaklah kita selalu berusaha menjaga pergaulan kita, kerana hal itu akan sangat membekas dalam diri kita. Dengan memilih teman bergaul yang solehah akan membawa kita pada kesolehannya. Mahu tidak mahu kita akan tersentuh dengan aura keimanannya, sehingga kita pun akan 'dijangkiti' dengan kebaikannya.

***************************************************

Rujukan : Super Wife, Super Mom, Super Women (Heni A.Rifai)

Comments

Popular Posts