BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

25 February 2011

~~~S.a.y.a--y.a.n.g--s.i.b.u.k~~~


Assalamualaikum, salam sejahtera kawan-kawan...

ahakkkkssszzz, pelik pulak tajuk kali ni yer..sibuk-sibuk pun tetap ada masa untuk menaip..dah keja depan laptop, so, better ambik peluang untuk luahkan apa yang saya rasa sekarang..

Sudah masuk bulan Februari...ermmmm..terasa cepat pulak masanya..Semenjak melangkah ke tahun baru ini [2011], macam-macam tugasan telah diberikan. Syukur alhamdulillah, pintu rezeki semakin luas untuk saya. Bukan bermakna duit mencurah-curah, bukan bermaksud 'durian runtuh' tetapi apabila Tuan Guru Besar selaku 'big boss' saya di sekolah mulai memberi amanah serta tanggungjawab yang banyak kepada saya. Guru & S/U LINUS, guru SPBT, guru RMT dll.

Dan pada minggu ini, saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan murid-murid Kem Motivasi di peringkat zon. Letihnya yang amat kepalang. Alhamdulillah, dalam kesibukan itu, Allah telah kurniakan saya kesihatan yang baik, lebih-lebih lagi tugas saya yang memerlukan saya untuk bergerak pantas. Bermula pada minggu hadapan pulak, sekali lagi, saya telah dilantik sebagai hakim bagi pertandingan pidato peringkat zon...Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan ini. Bersyukur ya Allah bila orang mula memberi kepercayaan yang tinggi. Ini merupakan satu pengalaman baru walaupun sebelum ini pernah mengadili pertandingan bercerita peringkat sekolah.

Well, sebenarnya, kesibukan itulah yang paling saya suka. Dalam masa kita sibuk, pada masa itulah, badan kita letih, otak pun ligat berfikir. Betul kan? Orang bila sibuk, mesti terfikirkan masa rehat, paling tidak pun mesti fikir nak tido. [ahakkkkzzz, dari tadi dok fikir nak tido gara-gara penat yang melampau..huhuhu]. Tersirat di sebalik sibuk, tak nak ingat 'dia' selalu. Lagipun, bagus kan kalau macam tuh. Kalau dok teringat jer, konfom keja pun tak jalan. huhuhu, kalau ada jodoh tak ke mana...~ :(



Kesimpulannya, harap di sebalik kesibukan ini, membina lebih yakin ke arah peningkatan kendiri, integriti dan komited yang tinggi. Lagipun, ini merupakan salah satu amanah yang telah Allah berikan untuk saya sebagai khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah, harap diri ini berkhidmat bukan kerana duniawi, sebaliknya kerana ALLAH. Hidup dan matiku kerana ALLAH...

0 comments: