~Alasan untuk hidup bahagia walaupun hidup membujang~
Setelah agak lama hanyut di dalam kata2 indah terutamanya dalam penulisan puisi, tiba2 hari ini teringin untuk memperkatakan sesuatu. Dalam usia yang semakin meningkat ini, amalan berfikir telah menjadi rutin harian, tidak kira di mana sahaja berada, walaupun semasa memandu sekalipun.
Aku rasa terpanggil untuk membincangkan satu lagi fenomena yang kian meningkat di kalangan masyarakat kita pada hari ini iaitu ramainya wanita bujang yang belum lagi berkahwin atau lebih tepat lagi golongan andartu. Majoriti yang mengalami fenomena tersebut adalah di kalangan wanita yang berkerjaya.
Rasanya tidak semua wanita inginkan ‘title’ berkenan. Wanita mana yang tidak inginkan sebuah perkahwinan dalam hidup mereka, inginkan keluarga sendiri, menyandang jawatan sebagai ‘isteri’ dan paling penting sekali terasa sekali ingin dipanggil ‘mama’ oleh anak sendiri. Aku mungkin salah seorang daripadanya, turut terasa dengan tempias tersebut. Walaupun hidup dikelilingi oleh kanak-kanak, naluri keibuan tetap kuat tersemat dalam hati.
Tidak dinafikan agak stres menjadi wanita bujang yang sudah meningkat umurnya. Bukan hanya kaum keluarga sibuk bertanyakan soal penikahan tetapi juga masyarakat di sekeliling. Agak bertuah jika keluarga berfikiran terbuka, namun stres masih tidak dapat dihindari apabila rakan-rakan sibuk betanyakan soal jodoh dan perkahwinan.
Buat wanita yang masih membujang, jangan terlalu tertekan dengan persepsi dan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan. Benar, manusia memerlukan teman dalam menjalani kehidupan namun jangan sampai perkara tersebut menjadi beban kepada diri anda sehingga menimbulkan impak negatif. Berfikirlah dengan positif dan nikmatilah kehidupan dengan sebaiknya. Yakinlah anda juga mampu hidup bahagia seperti insan lain.
Menjadi wanita bujang bukan bererti hidup di dalam kesepian. Anda masih mempunyai keluarga, sanak saudara dan para sahabat yang menyayangi diri anda dengan tulus. Selain itu, anda juga mempunyai banyak waktu yang berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga. Justeru itu, hargailah ikatan kekeluargaan dan persahabatan agar hidup menjadi lebih terisi dan bahagia.
Wanita bujang bebas secara emosi, tidak dipenatkan dengan perasaan cemburu atau mencemburui. Anda juga bebas untuk berekspresi, bebas mengatur kewangan sendiri tanpa perlu memikirkan keperluan rumah tangga.

Comments
Situasi yang sama sebenarnya berlaku juga dalam kehidupan golongan lelaki. Mereka juga ada yang mengalami tekanan hidup kerana belum bertemu jodoh, sedangkan usia mereka kian meningkat. Ini bukan soal 'kebebasan' menjalani kehidupan bujang. Apa yang utama, perkahwinan merupakan tuntutan agama, tempat menyalurkan kasih sayang yang sah, memiliki zuriat sendiri bagi menyambung generasi, malah ibadah orang yang berkahwin itu berlipat kali ganda berbanding semasa bujang.
Kepada mereka yang belum lagi ketemu jodoh di luar sana,berusahalah untuk mencarinya.Di sebalik jutaan manusia itu, ada jodoh anda di situ. Siapa tahukan?