♥ ♥ ♥ Hati-hati Ketika Menjual Cinta♥ ♥ ♥


Saat yang paling menyedihkan ialah apabila perasaan anda terguris oleh orang paling anda hormati. Anda sangat2 mengaguminya, tetapi dialah yang menyebabkan anda menangis. Lebih menyakitkan jika anda dikecewakan oleh orang yang paling anda cintai itu.

Ia berlaku di mana2 saja, maka ia bukanlah teruk sangat. Untuk mendapat orang yang benar2 jujur & boleh bersama anda sepanjang usia bukan mudah, bahkan hampir mustahil. Lebih2 lagi jika masih di alam percintaan, untuk anda dikecewakan lebih besar peratusannya.

Tetapi sebelum anda menyalahkan sesiapa, cuba salahkan diri sendiri dulu. Apakah anda bersikap berlebihan? Apakah anda terlalu menyintai sedangkan dia tidak begitu? Anda terlalu cepat memberikan sepenuh perhatian & kasih sayang, sedangkan dia baru main2, bahkan jauh lagi untuk sampai ke tahap itu.

Hal seperti ini selalu terjadi. Apabila berlaku sesuatu perpisahan, ayat yang lumrah dilontarkan ialah, “Kenapa kamu khianati aku? Sedangkan aku benar2 mengasihimu.”

Masalahnya anda yang terlalu mengasihi sedangkan dia tidak, sudah tentulah keadaan seperti itu boleh terjadi. Kenapa tidak memberikan kasih setelah anda benar2 yakin dia juga begitu?

Maknanya berpada2 tatkala hendak memberikan kasih, menghulurkannya sedikit demi sedikit sehingga telah pasti bahawa dia juga serupa. Barulah ditambah atau dibesarkan mengikut keperluan suasana & matlamat.


Kebanyakan kesilapan yang dilakukan anda ialah terlalu menyintai orang yang belum tentu menyintai anda begitu. Hal seperti ini adalah kesilapan yang paling nyata dalam alam percintaan. Sebaiknya kenal dulu hati budi, pelajari peribadi melalui pelbagai kaedah seperti warna, bulan kelahiran bahkan hierarki keluarga.
Tidak semestinya ciri2 ini boleh memberikan jawpan tepat, tetapi sekurang2nya anda ada asas untuk percaya, ada sebab untuk menolak, ada alas an untuk menambah perhatian dan ada tiket untuk membesarkan cinta.

Usah terus terjun sebelum menduga kedalaman sesebuah kolam itu. Andainya kolam itu dalam & anda boleh berenang, usah terlupa menduga kalau2 ada lumpur lembik di dasarnya. Usah terlupa juga untuk menduga kalau2 ada lumut yang menyebabkan anda tidak boleh menggerakkan kaki lalu lemas.

Adalah lebih baik termenung sejenak di pinggir kolam, merenung ke dalam & cuba ukur dengan kayu. Jika dalam atau kayu disambar sesuatu, tidak usah terjun & carilah kolam yang lain.

Ramai orang apabila menjual cinta, ketika itu paras cintanya sangat tinggi, menghampiri 100%. Jika dia mendapat respons yang baik, cintanya akan bertambah2 hingga 300%. Dan, ini sangat bahaya, sebab biasanya apabila orang memberi respons, dia hanya memberikan respons yang biasa.

Jika adapun perasaan cinta di hatinya, ia baru tumbuh atau sekitar 10%. Sehingga paras ini hendak mencecah lebih tinggi ia mungkin memerlukan masa. Masalahnya setiap peningkatan daripada orang yang dipikat sentiasa meningkat paras yang sedia ada pada si pemikat.

Ketika dia berkata, “Saya telah mula sayang anda,” ketika itu anda telah teramat-amat sayang padanya. Sebab itulah kebanyakan orang yang memulakan langkah memikat akan mengalami kekecewaan yang sangat ketara ketika cintanya gagal.


Oleh itu, berpada-padalah sewaktu memulakan usaha cinta. Ketika memulakan langkah pertama, usah membenam rasa cinta yang tinggi. Bertindak seadanya sambil membina hati seadanya juga, serta sedia menerima apa2 juga hasil seadanya anda sebagai manusia yang bermaruah.

Dalam apa juga keadaan, usah keterlaluan. Sebab sikap begini tidak baik untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.

Comments

Syamen said…
Jika kita benar-benar sayang pada seseorang itu, kita juga perlukan pengorbanan yang benar-benar... Benar, sebenar-benarnya pengorbanan seseorang insan pada insan yang dia sayang adalah satu tanda ia kasih pada insan berkenaan.... Kalau sungguh kita sayang padanya, kita mencintainya, kita juga perlu sanggup untuk melepaskanya... Sekiranya itu yang membahagiakan si dia... Lepaskan dia, dia akan menjadi milik kita bila dia kembali selepas itu... Ingat.. "Lebih baik kita sayang orang yang sayang pada kita, daripada sayang pada orang yang belum tentu menyayangi kita sebagaimana kita menyayanginya" Wassalam...
cik_mazni said…
nasihat yang amat berguna buat diri ini..tidak ada gunanya memilih..hidup ini terlalu singkat utk memikirkan perkara yg sia2..doa dari para sahabat amat diperlukan...hanya Allah tempat memohon..selain doa dan harapan dalam diam yang hanya DIA saja yang tahu perasaan hati ini..insyaAllah...

Popular Posts