~Andai Ingin Berteman~


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya..

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya..

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna..

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam

InsyaAllah...

Comments

Popular Posts