..Hijrah Yang Terindah..

Salam Maal Hijrah 1432H...

Tahun ini sudah masuk tahun baru Islam iaitu bersamaan 2 Muharam 1432H. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita semua, masih diberi peluang memasuki tahun 1432H berbanding dengan rakan-rakan serta saudara-mara kita yang sudah dijemput oleh Allah ke sana.

Bagaimana azam tahun baru??? Ermmm, let me guess. Saya tahu, majoriti anda di luar sudah terbiasa dengan tahun baru Masihi. Bila masuk jer tahun baru Masihi atau turut dikenali 'Kalendar Yunani', pasti masa itu jugak kita sibuk nak pasang azam baru. Ya, itulah ‘trendy’ anak muda masa kini, sehingga lupa akan tahun baru Islam. Saya berani jamin, kebanyakan anak-anak muda masa kini lebih mengingati tahun baru Masihi berbanding tahun baru Islam. Masa itu, macam-macam azam nak dipasang. Paling tak tahan tuh, masa tahun baru masihi jugak la macam-macam masalah social turut timbul. Berzina, berkhalwat, merempit, dan macam-macam lagi.

Astafirullahalazim..umat akhir zaman. Begitulah keadaannya bila dunia berada di hujung waktu. Walaupun pelbagai cara telah dibuat, boleh kira pakai jari jer yang ikut apa yang telah disaran. Itu bab cara anak muda sambut tahun baru Masihi. Bagaimana kalau kita cuba tanya bab azam tahun baru Islam? Tahun baru Islam? Apa tuh? Haaaa…paling asas, apa tahun Islam semasa? Gerenti garu kepala, tak pun bagi jawapan yang salah. Sesuatu yang tak menghairankan bila anak muda terutamanya yang berada di bandar mahu pun di mana saja mereka berada, bila ditanya tentang tahun Islam, ada yang garu kepala, beri jawapan yang salah dan macam-macam fiil lagi yang boleh kita jumpa. Berdasarkan pengalaman sendiri semasa di alam universiti, saya hanya mampu geleng kepala sahaja. Apabila keduniaan sudah mengusai diri, maka apa saja yang berkaitan dengan akhirat akan dilupai, tak pun langsung tiada dalam kehidupan harian mereka.

Astafirullahalazim. Seperti mana andaian saya bersama seorang rakan, dunia kita kini ibarat berada pada jari tangan yang kesembilan daripada sepuluh jari tangan yang kita ada. Bukankah itu sudah menggerunkan kita? Lihat saja dunia hari ini, masalah sosial semakin menjadi dari hari ke hari, bencana alam semakin ‘buas’ merosakkan dunia. Tidakkah kita sedar itu adalah petanda dari Allah untuk kita semua.

Sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW, saya begitu peka dengan apa yang terjadi. Oleh sebab itu, maka diri ini perlukan perubahan. Saya sedar, dulu banyak masa diluangkan dengan keduniaan walaupun akhirat tidak dilupakan. Dunia Kuala Lumpur telah membentuk diri ini menjadi semakin berani, berani bertindak, berani bersuara mahu pun berani yang lain. Namun, berani yang dulu adakalanya memakan diri. Lalai sebentar dengan akhirat, adakalanya turut bersosial dengan rakan-rakan. Namun, Alhamdulillah, saya masih di bawah peliharaan-Nya. Dikurniakan sahabat yang baik, rakan serumah yang baik, dan satu lagi fiil yang telah Allah berikan, saya agak susah terpengaruh dengan apa saja perkara yang berada di keliling saya. Bukan nak bangga diri dengan apa yang ada, kerana kadang-kadang saya sendiri tidak sedar yang saya ada fiil macam tuh. Syukur kerana para sahabat yang pernah duduk bersama menyatakan kebenaran tentang sesuatu yang positif mahupun yang negatif tentang diri saya. Merekalah ‘cermin’ bagi diri saya.

Berbalik kepada perubahan, Alhamdulillah, saya turut dikurniakan kawan-kawan yang baik hati. Menegur apa yang patut dan apa yang kurang. Namun, salah satu teguran yang betul-betul membuatkan saya tersentak, yang paling terabai dalam hal aurat wanita ialah bila mana ‘si dia’ secara psikologinya menanyakan tentang penggunaan stoking, adakah saya pakai atau tidak? Soalan yang tidak saya jangka dari ‘si dia’. Permulaan jawapan, saya hanya mampu menjawab ‘InsyaAllah’. Bermula dari situlah, saya mula berjinak-jinak memakai stoking walaupun ke tempat kerja sekalipun. Alhamdulillah, baru saya terasa betapa selesanya bila memakai stoking. Dan paling saya tekankan di sini, kalau boleh, perubahan ini bukan kerana orang lain mahu pun kerana permintaan ‘si dia’, tetapi itulah perubahan yang datang dari hati, semata-mata kerana ALLAH S.W.T.

~.A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.~

Comments

Popular Posts