BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

28 January 2012

::Ustazah "Tiada" Pilihan::

Assalamualaikum w.b.t...

Salam berhujung minggu kawan-kawan.

Penat dari Kuala Lumpur belum hilang sepenuhnya, tapi 'mode' cuti masih berterusan. Cuti selama seminggu, ada kalanya membuatkan kita jadi 'lemau', bosan tak yah cakap la. Tapi, alhamdulillah, masa sentiasa terisi. Antaranya, layan blog ini sambil mencurah idea yang ada di dalam minda.

Rancangan selepas cuti Tahun Baru Cina ini, antara salah satunya adalah mengajar salah seorang anak murid Muslim mengenai Pendidikan Islam. Kalau dalam bahasa pendidikan, insyaAllah, saya bakal menjadi 'Ustazah' kepada anak kecil ini.

Alhamdulillah, setelah berbincang dengan PK 1 dan Guru Besar tentang keadaan ini, saya dengan sukarela, akan membuat pengajaran Pendidikan Islam ini dalam subjek Pendidikan Moral.

Untuk pengetahuan, sekolah saya hanya mempunyai seramai 42 orang murid [tidak termasuk murid prasekolah]. Dan bilangan murid Muslim, hanya seorang saja murid perempuan Muslim. Nur Khairiyah Nabilah namanya. Comel sangat. Budak ni saya kenal sejak dia prasekolah. Masa tuh, saya tak sedar tentang kewujudan dia di sekolah. Sibuk di kelas perdana, membuatkan saya leka sebentar dengan murid lain.

Tahun 2011, si comel itu sudah menjangkau 8 tahun a.k.a Tahun 2. Pada masa itu, saya masih belum ada peluang lagi untuk masuk atau mengajar kelas dia. Serius, tahun 2011 saya rasakan bebanan kerja semakin berat dan bila orang sekeliling mula beri kepercayaan sepenuhnya kepada saya, maka secara automatiknya kerja di luar bidang mengajar pun semakin bertambah. Saya redha sebab saya sedar itu adalah antara hikmah yang saya perolehi bila kita bekerja kerana Allah, bukan untuk mendapat pujian atau penghargaan semata-mata. Lebih-lebih lagi, dengan keadaan status yang masih belum berubah, semestinya fokus kerja semakin teliti.

Terfikir, semestinya si comel itu harus seimbang dunia dan akhirat. Maka, setelah berbincang dengan pihak atasan dan berkat kesungguhan saya ingin selamatkan si comel itu dunia dan akhirat, alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.

Dan kini, tahun 2012, tahun yang agak mencabar. Menjadi guru kelas Tahun 3 iaitu kelas si comel itu sekarang. Walaupun kelas Pendidikan Islam tidak dijalankan secara formal di sekolah saya, namun itu amat bergantung pada diri saya untuk membahagikan masa. Kebetulan, saya turut mengajar Pendidikan Moral dalam kelas itu. Maka, secara automatiknya, saya akan bahagikan masa tersebut untuk menyelitkan subjek Pendidikan Islam dalam subjek tersebut.

Kadang-kadang, perkara ini buat saya berfikir. Bila saya tanya, pernah ambik wuduk tak? Tau baca al-Fatihah? Sedikit kecewa bila si comel itu menggelengkan kepala. Bila tengok latarbelakang keluarga dia, mak dia Melayu, ayah dia Bidayuh, seorang mualaf. Dari situ, saya dapat agak keluarga dia tidak memberi didikan agama sepenuhnya. Si comel antara murid yang bijak, seringkali mewakili sekolah dalam bercerita. Tapi sayang, agak terkilan sebab ilmu agama dia kurang.

Dalam usaha untuk mendidik diri menjadi seorang muslimah, saya kuatkan diri untuk berkongsi ilmu akhirat, apa yang ada pada saya, untuk dikongsikan bersama si comel itu. Paling penting, apa yang wajib perlu dibuat terutama sekali Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mohon doa dari rakan-rakan, moga usaha saya ini berhasil. Sebab saya sedar, dalam diri saya yang masih banyak kekurangan ini, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Sungguhpun bergelar seorang guru, namun saya masih seorang hamba Allah yang lemah. Berharap 100% dari-Nya.

Moga Allah permudahkan niat suci ini..

Amin..

4 comments:

As-Syarqie said...

jika ada masalah, sedia berkhidmat untuk negara.... muahahahahaha.... ^_____^

cik_mazni said...

hehehe..semestinya ada dalam 'list' sebagai tempat bertanya...terima kasih~(^^,)

Lukisan Alam said...

cik miezz, cik miezz tau, kalau cik miezz nak minta dia kenal huruf hijaiyah atau huruf jawi cik miezz ulang2 selalu setiap kali jumpa dia.. begitu juga nk latih baca fatihah... biar dia tak kenal baca, tp dia dpt hafalnya.. insyaAllah Allah pasti bantu cik miezz... itula cabaran kita nkk 'canai' kan kain putih ini...

cik_mazni said...

insyaAllah cik puan akmar..

cukup berusaha nak bagi dia kenal agama kita. kadang2 masa betul2 cemburukan saya. kekangan masa cukup mengesakkan tapi cuba curi masa walaupun 'cik letih' cukup menghimpit diri..

mohon doa dari cik puan akmar, beri saya kekuatan dalam hal ini...