::7 Perkara Tak Boleh Diubah Dalam Hidup::

Dalam hidup ini ada 7 hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:-

1. Jenis kelamin dan jantina

Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

2. Orang tua

Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! Jika tidak, situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

3. Hari kelahiran

Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4. Bentuk fizikal

Jika anda mempunyai rambut kerinting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawo matang, terimalah seadanya. Memang, kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

5. Masa lalu

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa depan.

6. Kedudukan dalam keluarga

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.

7. Suku bangsa

Jangan sesekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa, Cina dan lain-lain. Sebenarnya, perkara yang kita boleh ubah dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah, maka berubahlah hidup kita.

(Tazkirah Remaja Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh)

Comments

Popular Posts