BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

20 February 2012

Law Kaana Bainana [lirik Bahasa Melayu]

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

****************************************

Andai Rasulullah S.A.W bersama kita...~ :'(...Masih ingat lagi bual bicara 30 Minit Ustaz Don, bila beliau memperkatakan tentang Rasulullah S.A.W...Ya Allah, betul-betul sayu rasanya. Rindunya pada Kekasih Allah...(T_T)

1 comments:

Teh O said...

Cinta Rasulullah membawa kepada cinta Allah. Mari kita banyakkan selawat ke atas baginda. Mudah-mudahan baginda akan menyuapkan air dari telaga kautsar dari tangan baginda yang suci itu sendiri