'Solehah'kah saya????
Assalamualaikum wbt....
Masuk pertengahan bulan Februari, tak terasa kan? Terasa cepat masa berlalu. Aktiviti semakin giat berlangsung, tetap bergelumang dengan RPH, LINUS, KSSR, sukan, aktiviti kelab dan lain-lain lagi aktiviti yang sememangnya menyibukkan diri saya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kurniakan saya sibuk ini. Sunggupun sibuk, masa bersama Allah tetap ada.
Minggu lepas, dalam perbualan bersama salah seorang rakan non-Muslim saya, ada sesuatu yang membuatkan saya agak rasa terlalu rendah diri. Bila mana sahabat saya itu menggelarkan diri saya seorang yang 'solehah'...Allahuakbar, tetap rasa terlalu rendah diri. Bila saya nyatakan, saya tidaklah seperti yang beliau sangkakan. Rasanya tidak layak untuk menggelarkan diri saya seorang yang solehah sebab terlalu banyak kekurangan yang saya rasa..Terlalu banyak!!!...
Namun beliau tetap merasakan, saya layak mendapat gelaran itu. Sebabnya, apa saja yang dia nampak, sama ada di alam maya, mahupun di dalam dunia realiti, cukup untuk menyatakan saya ini seorang yang 'solehah'..Ya, memang tidak dinafikan, memang itu impian semua muslimah, ingin jadikan diri sebagai solehah.
Bukan niat nak membuat penilaian terhadap diri saya yang serba kekurangan ini, tetapi berdasarkan apa yang diluahkan oleh rakan saya itu, cukuplah saya katakan, mereka ibarat 'cermin' kepada diri saya.
Peribadi kita kadang-kadang dapat dinilai melalui apa yang mereka nampak pada pandangan mereka. Perwatakan, penulisan, komen kita, idea yang diberikan, semuanya yang nampak pada pandangan kasar mereka. Tapi, penilaian pada hati, hanya Allah saja yang layak menilai. Para sahabat mungkin hanya menilai secebis dua hati kita. Ikhlas atau tidak, wallahualam. Cukup hanya Allah sahaja penilai diri saya.
Ya Allah, jadikanlah aku sebagai wanita solehah..
Amin..Ya Rabbal Alamin..
(^_^)...
Comments