BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

29 July 2011

::Jujur Itu Sakit::

Mood malam tetiba melekat kat TV.

Setelah seharian berada di luar rumah, alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar. Sepatutnya, bila seharian di luar rumah, makanya bila sampai di rumah, 'cik penat' pasti menjadi peneman. Lain pulak jadinya. Kalau orang lain, pasti dah lembik satu badan. Saya? Bukan niat nak bangga diri dengan fiil yang satu ni, tapi itu la kenyataan yang baru saya perasan lalu buat saya berfikir. Kalau kat luar rumah saya aktif, dalam rumah lagi la tak reti nak duduk diam. Kalau boleh, buat jugak keja sampai siap dan puas hati. Penat? Macam tak rasa pulak.

Masa entri ini dikarang, badan rasa masih nak aktif lagi buat keja walaupun semuanya dah siap, alhamdulillah. Kesihatan dan keaktifan kurniaan Allah, tidak terhingga nikmat dari-Nya. Hanya empunya diri yang dapat rasa kenikmatan tersebut.

Berbalik kepada mood malam ini, tetiba tertarik nak menonton drama 'Ketika Cinta Bertasbih' (KCB). Semua sedia maklum bahawa KCB merupakan filem keluaran Indonesia yang berunsurkan nilai keislaman yang tinggi. Memang betul apa yang pernah diperkatakan oleh rakan-rakan, tengok seribu kali tidak mendatangkan rasa bosan. Nilai dalam filem tersebut amat memberi kesan kepada diri kita.

Salah satu babak dalam drama KCB, turut menyentuh tentang kejujuran. Ya, sejujur-jujurnya, paling kita nak buat tapi amat sukar nak buat iaitu jujur. Bercakap benar tentang kebenaran. Tetiba hati ini amat tersentuh bila tengok babak pasal jujur ni. Saya akui adakalanya saya tidak jujur. Mungkin selayaknya, saya terbalikkan salah satu pepatah yang biasa kita dengar. 'Berani kerana benar, takut kerana salah' kepada 'takut kerana benar, berani kerana salah'. Rasanya ramai yang berperangai dalam pepatah yang kedua dan hanya boleh bilang pakai jari jer yang betul-betul jujur.

Sebetulnya, memang itu yang diharapkan. Nilai kejujuran dalam apa jua perkara. Baik dalam perhubungan, pekerjaan dan lain-lain perkara dalam kehidupan harian kita. Saya pernah merasa bagaimana sakitnya bila seseorang bercakap jujur dengan kita. Walaupun kita cuba elak untuk tidak merasa kecewa dan sedih, namun bila Allah tetap hadirkan perasaan itu, kita tidak mampu untuk buat apa-apa.

Sekalipun saya pernah menasihat orang jangan bersedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, namun bila saya sendiri mengalaminya, Allahuakhbar, kuasa Allah, kita tidak mampu menghalang perasaan itu. Dalam beberapa tempoh, saya terkesima sebentar, 'blur' dan akhirnya saya menjadi 'orang lain'. Segelintir rakan mula perasan. Mood ceria selama ini menjadi 'teman karib' turut menghilang...astaghfirullah..



Itulah nilai kejujuran. Apa yang mampu saya katakan, walaupun jujur itu menyakitkan, namun beringatlah, di sebaliknya ada hikmah yang tak terhingga tinggi nilainya telah disediakan buat kita. Allah tidak kejam untuk membiarkan kita hanyut dalam kecewa itu. Seharusnya, sebagai hamba-Nya, sifat redha harus ada dalam hati setiap insan.

Bersyukur...

Wallahualam..

Fin..

4 comments:

As-Syarqie said...
This comment has been removed by the author.
As-Syarqie said...

Sabda Rasulullah SAW, "Kul allhaq walauka na murra"~berkatalah benar walaupun ianya pahit...

Anonymous said...

Sabar k sis ~ kecewa manusia, hanya Allah punya ubat terbaik... (Sis Yana)

cik_mazni said...

Sis yana,

terima kasih..

Hanya Allah mampu membalasnya..

(^_^)..