::Saya Berhati Tisu::
Ermmmm, nak taip apa ek?? Tetiba 'blur' bila tangan tangkas menaip. Semalam, walaupun penat berkursus belum hilang, tapi semangat nak 'berdating' dengan Nikon kesayangan tetiba datang. Ntah apa mimpi, idea datang lalu terus tangan mereka bentuk sekeping kurniaan Ilahi yang bernama 'HATI'.
Kesian hati itu. Beberapa minggu yang lepas, terbiar begitu sahaja sehinggakan tiada lagi ruang untuknya 'bergembira' dan 'ceria'. Lalu terbentuklah hasil seperti yang di atas. Sebetulnya, hati itu ibarat 'TISU'.
Kenapa 'TISU'? Tisu peneman di kala sedih. Dan tisu juga antara barangan yang wajib ada dalam beg bagi setiap wanita [mungkin ada langsung tak bawa..mungkin kot]. Kalau dipegang, amat lembut sifatnya. Andai kurang berhati-hati, hanya sikit renyukan sahaja, ia mampu koyak. Itulah hati wanita. Selembut tisu.
'Saya Berhati Tisu'.....Ermmmm, sebetulnya memang YA!!!..Walaupun pernah digelar 'superwoman' oleh rakan-rakan di sekolah [ntah apa yang 'superwoman' tuh, tidak ketahuan saya], tapi saya tetap seorang yang lemah. Masih lemah iman dan lemah perasaan. Sekali perasaan itu diganggu, sekali itu jugalah saya hanyut sekali dalam arusnya. Terukkan?
Alhamdulillah, berkat doa 'dia' dan rakan-rakan, semua itu beransur pulih. Kembali kepada yang asal. Dan hati itu kembali ceria atas usaha tuannya yang tidak ingin lagi menyakitkan diri dan hatinya.
Hanya ingat satu perkara sahaja. Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui apa yang berlaku. Sungguhpun kita ingin menidakkan gelojak dalam hati kita, abaikan apa yang berlaku, namun dalam sedetik sahaja, segalanya boleh berubah walaupun dalam sekelip mata. Itulah kuasa Allah. Hayati secara tersirat apa yang berlaku. InsyaAllah, dengan izin Allah, ketenangan pasti kekal di dalam hati setiap hamba-Nya.
InsyaAllah...
Comments