::Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan::
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Untuk tahun 2011 bersamaan 1432H, kita sekali lagi diberi peluang untuk bertemu dan berada di dalam bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan iaitu Ramadhan.
Syukur. Semalam solat sunat terawikh telah bermula. Rasa sayu sangat bila dapat solat berjemaah bersama umat Islam yang lain. Dan sekali lagi, aku berpeluang berjumpa dengan mak cik yang selalu duduk bersebelahan dengan aku semasa solat terawikh pada tahun lepas. Panjang umur dia, alhamdulillah.
Pada hari ini,1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos, sekolah kami telah isytiharkan cuti peristiwa. Makanya, aktiviti hari ini mungkin hanya di rumah sahaja, duduk diam sorang-sorang dan buat apa yang patut.
Teringat lagi 1 Ramadhan pada tahun lepas, cabut gigi bongsu pada petang 1 Ramadhan. Atas nasihat doktor, aku terpaksa membatalkan puasa gara-gara pendarahan yang agak banyak semasa cabut gigi bongsu. Lebih kurang macam buat pembedahan kecil. Semangat berpuasa pun hilang. Atas sebab kesihatan, terpaksa akur dengan nasihat itu. Rasa macam mimpi pulak bila ingat balik kes cabut gigi. Sakitnya, hanya Allah je tau..
Ramadhan tahun lepas turut mengingatkan aku satu peristiwa, yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Rasa fobia sangat. Tapi alhamdulillah, fobia itu hilang sebab perasaan berani lebih banyak dalam diri. Kadang-kadang, benda yang kita takut itulah yang menguatkan semangat kita untuk melawan.
Ermmm, itulah rencah dalam kehidupan. Diberi peluang merasa pengalaman yang mungkin orang lain belum merasainya. Syukur sebab diberi peluang merasai nikmat itu.
Alhamdulillah..(^_^)
Comments