♥♥Berkasih Sayang Kerana Allah♥♥



Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri.

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.

Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya, “Ke mana kamu ingin pergi?”

Jawab lelaki itu jujur, “Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.”

Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”

Berkata malaikat, “Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya.” (Riwayat Muslim)

Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang terbaik.

Wallahu’alam...

Comments

Lukisan Alam said…
ye, nak niatkan kerana allah la payahnye nk buat.. ada aje niat lain menghampiri.. harap2 kita selalu dapat perbetulkan niatt kita selalu... KERANA ALLAH.. insyaAllah, akan dapat ganjaran yg setimpal dgn niat kita.. amin2
cik_mazni said…
lillahi ta'ala..

seboleh-bolehnya pasangkan niat kerana Allah..

insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar..

(^_^)..

Popular Posts