BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

11 August 2011

::Tolong Marah Saya, Boleh???::


Alhamdulillah, hari yang ke-11 dalam bulan Ramadhan.

Ntah kenapa, mood kurang baik di sekolah.

Selama 3 jam dalam kelas Tahun 1, rasa-rasanya antara amarah yang paling teruk yang dialami pada hari ini.

Pada masa itulah, automatik tangan ini bertindak pantas memukul tubuh kecil si anak yang tidak tahu apa-apa tentang dunia ini.

Rasanya emosi betul-betul menguasai diri hari ini.

Astaghfirullah….hampir-hampir lupa diri bila kuasa amarah betul-betul jadikan diri ini ‘orang lain’.

Anak-anak semakin diam. Dan, akhirnya tiada lagi perbualan biasa antara anak murid dan cikgu.

Rasa kejam sangat pada hari ini. Ya Allah, betul-betul mencabar keimanan anak-anak ini terhadap gurunya ini.

Akhirnya persoalan terjawab mengapa hari ini terasa seperti jadi ‘orang lain’…ermmm

Penyesalan berkali-kali difikirkan, akhirnya membuatkan otak jadi ‘blur’seketika.

Akhirnya amarah pada diri sendiri..kalau boleh, tolong marahkan diri ini…boleh????

Walau apapun, peristiwa pagi tadi telah membuatkan diri ini tersedar dari lena.

Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini..

Berikanlah aku kekuatan…amin..

(~_~)

2 comments:

Lukisan Alam said...

ber istighfar adalah jalan penyejuk jiwa yang cepat... segera duduk apabila marah (sekiranya sedang berdiri).. jauhkan diri anda dari apa2 sahaja di depan mata sekiranya marah x dapat dikawal... pesanan tips ini adalah ditaja. ehem2....

cik_mazni said...

terima kasih ustazah..
minggu yg sy rasakan agak teruk..
kesian anak2 Tahun 1..
tapi tak sangka kan, dlm tempoh sy marahkan mereka, keesokkan harinya sy dpt hadiah biskut drpd mereka..terharu sgt..(^_^)

Alhamdulillah, Allah kurniakan sy anak2 yg pemaaf kpd cikgu yg garang ini...(^^,)