::Saya Benci Murung::
Seharian…tanpa ada idea, semuanya agak tersekat. Dengan masa yang penuh dengan aktiviti yang hendak dibuat, akhirnya aku menemui satu titik ‘blur’ iaitu murung.
Alhamdulillah, puasa yang ke-5. Masih mampu aktif, menjalankan tugas mengajar sebagai seorang pendidik. Cuma perasaan agak terganggu sedikit. Walaupun cuba untuk menghilangkan rasa itu, cuba menafikan dengan menyibukkan diri, namun aku akui aku cukup lemah. Lemah selemah lemahnya. Ntah kenapa, tiba-tiba air mata mengalir tanpa dipinta. Aku cuba bertahan. Namun, aku tahu apa yang aku cuba buat, walau berat macam mana sekalipun kerja yang aku buat, tetap membuatkan aku murung.
Tiba-tiba teringat pada keluarga di kampung. Kalau la mereka ada di sisi, mungkin murung itu takkan ada. Namun, begitulah keadaan bila hidup sendirian di perantauan. Cukup mencabar keimanan sebagai seorang wanita yang hidupnya penuh dengan cabaran duniawi kehidupan.
Sebenarnya, tidak ada rasa kepastian, mengapa rasa murung itu muncul. Memang diakui, sisa-sisa kecewa masih ada [insyaAllah akan dihapuskan dalam ingatan], tapi rasanya bukan itu yang buat aku murung. Ntah, wallahu’alam.
Sehingga kini, aku masih mencari puncanya. Alhamdulillah, apabila sujudnya kita pada Yang Maha Esa, memohon kekuatan pada-Nya, rasa murung itu sedikit demi sedikit mula terhakis. Walaupun semasa entri ini dikarang, ‘ianya’ masih ada lagi, namun aku pasti Allah Maha Penyayang. Tidak selamanya Dia biarkan hamba-Nya yang lemah ini berterusan dalam nikmat kemurungan itu. Moga hari esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah…
(~_~)…
Comments