Kasihmu Tiada Bandingan..~ :'(


Bagi ibumu, terdapat banyak hak atasmu
apa yang banyak menurutmu
sesungguhnya sangatlah kecil

sudah berapa malam dia berasa berat

dan kamu mengadu perihalnya

dengan rintih dan keluh

Jika kamu tahu betapa berat saat dia melahirkanmu
kerana berat beban itu hati terasa terbang melayang

betapa sering dia menjagamu dari mara bahaya

dengan tangan kanannya

dan pangkuannya pun menjadi ranjangmu

dan mengorbankan jiwanya demi keluhanmu

dari susunya keluar minuman suci bagimu

betapa kau sering menderita kelaparan

dan

dengan sepenuh tenaga

dia memberi kasih sayangnya pada waktu kecilmu

kasihan…

mengapa mesti orang menuruti nafsunya
kasihan bagi yang buta hati
sedangkan
matanya melihat

berharaplah kamu terhadap semua doanya
kerana
terhadap apa didoakannya

kamu memerlukannya…
~Imam az-Zahabi


Anak-anak yang budiman, wajah ayah dan ibu amat banyak walaupun mereka hanya satu-satunya di dunia buat kita. Wajah mereka berubah mengikut keperluan anak-anak. Jasa mereka juga banyak. Justeru, apalah yang boleh kita lakukan untuk membalas jasa kedua orang tua? Jalannya terbentang luas. Cara membalas jasa juga banyak tidak terkira. Cara yang paling mudah dan murah tetapi tinggi nilainya ialah doa kita. Percuma dan boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja. Marilah kita berdoa bersama-sama..

Ya Allah…ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku. Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dan mendidikku semasa kecil hingga kini. Amin… :’(..

Comments

Lukisan Alam said…
benar kasih ibu membawa ke syurga.. kasih ayah membawa ke mati..

rindunyeeeee saya dgn cik miezz saya ni. ( mengapala saya x dapat luangkan masa saya utk cik miezz kesayangan sy ni... ya Allah berikan aku kesempatan utk mengubat luka kesayangan sy ini... amin)
cik_mazni said…
dear cik akamr..semasa artikel ini dibuat, sy dh mula tersedu-sedan dah sebab rindukan keluarga saya..huhuhu, really miss them so much~ :'(

ermmmm, ntah kenapa kan cik akmar, macam ada jurang pulak antara kita dua..huhuhu, hopely x ada apa2 kan..btul2 rindu nak bborak ngan sahabat kesayangan sy nih~ :(

Popular Posts