~Yang Tersirat Itu Indah~
What a good young day…semakin hari semakin mengasak minda. Sampai sekarang, rasa berat di kepala masih berterusan, berdenyut sehingga mengganggu gugat kerja harian yang menjadi kebiasaan setiap hari. Tapi ALHAMDULILLAH, Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas di muka bumi ini, masih larat lagi memandu walaupun adakalanya aku rasa macam mabuk jer, masih larat lagi mengajar walaupun dua hari yang lepas aku hampir2 pitam semasa mengajar. Nasib baik cepat2 cari kerusi, buat2 seperti nak duduk padahal hampir dah nak jatuh masa menulis kat papan hitam. ALHAMDULILLAH aku diberi tenaga yang masih larat aku pikul, untuk ku teruskan tanggungjawab kepada anak murid yang tersayang. Baru hari ini ada kekuatan untuk berfikir melakar ayat dalam blog kesayanganku ini.
Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Apa sahaja yang kita buat setiap hari adalah berpaksikan pada Yang Esa. Kesakitan, kemurungan, kepayahan serta pelbagai masalah lagi yang ada kalanya datang tanpa diundang adalah ujian daripada-Nya. Berfikir sejenak di atas apa yang sudah berlaku, sebab apa ya?? Jawapannya hanya Allah sahaja yang tahu. Sekarang pun, otak masih berfikir dan berfikir, sehinggalah aku mencapai tahap ‘stress’ yang tinggi. Adakah ini petanda antibodi badan semakin lemah? Setiap hari aku cuba untuk menjadi yang terbaik, cuba buat sesuatu yang baru walau bagaimana susah sekalipun. Sebab sudah terlakar dalam ingatan serta hati, mesti cuba dan terus mencuba. Ilmu yang aku perolehi masih belum cukup untuk meneroka dunia Allah yang luas ini.
Bukan kerana harta, pangkat atau mendapat pujian yang tinggi dari pihak atasan, tapi anggaplah itu sebagai ilmu serta tanggungjawab yang baru dalam hidup. Selagi nyawa masih di kandung badan, selagi itu aku akan cuba dan terus memikul apa sahaja tugasan yang diberikan. Walaupun sedar tulang empat kerat aku cuma sikit sahaja, dengan tenaga selemah seorang wanita, hanya itu yang mampu aku sumbangkan. Seboleh-bolehnya, jadilah manusia yang berguna dan yang boleh diharap oleh orang sekeliling kita. Seperti mana masyarakat memandang tinggi pada mereka yang bernama GURU, begitu jugaklah perspektif aku terhadap bidang yang aku pikul sekarang.
Ermmmm, im a thinker..[correct me if im wrong~^_^].. try to be a ‘superwoman’ tapi Allah bagi setakat apa yang telah Dia berikan..walau setinggi mana usaha telah dibuat, akhirnya aku pasrah, mungkinkah ini petanda istilah “don’t push yourself” harus dipandang berat?
Yang tersirat itu indah. Lalui kehidupan dengan tenang dan damai. Pasti ada hikmah yang terindah, tersedia untuk kita semua, buat hamba-Nya yang tersayang ….^_^
Comments