~Mati itu Pasti..!!!~

M.A.T.I…tentunya ramai yang akan gerun bila melihat perkataan ini sahaja. Bila mana kita bertanyakan dengan sesiapa saja yang berada di luar sana, tentu sahaja akan menyatakan mereka takut untuk mati. Dan baru petang tadi aku dapat berita kematian salah seorang sahabat guru yang juga sahabat di dalam laman web engkabang.net telah pergi meninggalkan kita semua untuk selamanya. Menurut maklumat yang diperolehi dari para sahabat yang terdekat, arwah meninggal disebabkan kegagalan otaknya berfungsi dengan baik akibat serangan jangkitan kuman..(betulkan saya kalau salah ya!). Terkedu sebentar apabila menerima berita demikian.


Sebabnya tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku, andai kata aku mati nanti, macam mana ya?. Saat ketika aku ingat tentang mati, tidak semena-mena aku berasa sebak dan menangis tanpa diduga. Sayu sangat rasanya bila teringatkan hal tu. Tidak dinafikan, aku mungkin berada dalam golongan mereka yang takutkan mati. Tapi hari ini, aku dengan beraninya menyentuh bab tentang mati. Sebagai orang Islam, adalah satu kewajiban bagi kita untuk mempercayai akan adanya kematian. Kerana setiap yang hidup, pastinya akan berakhir dengan kematian.


Topik ini tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku apabila aku mengalami satu saat yang betul-betul menyakitkan, yang mana ia kini berulang kembali mula menyakiti diri. Ya Allah, aku betul2 berperang dengan ‘keadaan’ tersebut. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu ‘rasa’ itu. Dan fikiran aku terus mengimbas kembali saat aku mula mengetahui keadaan tersebut iaitu pada 3 tahun yang lampau. Saat aku betul-betul tertekan. Hanya dua orang sahaja yang mengetahui ‘rasa’ itu, yang sampai kini masih tersimpan rapi dalam ingatan mereka. Mungkin sekarang mula pudar setelah hampir 3 tahun sudah berlalu. Namun, tidak aku jangkakan, ia kini berulang kembali. Dan aku mula berfikir satu saat, kemungkinan atau hanya ramalan sahaja mati itu pasti. Allahuakhbar, aku betul-betul sebak dengan keadaan tersebut. Datangnya rasa kesedaran dengan diri yang masih lagi serba kekurangan, terlampau hina lagi daif di sisi Tuhan.


Ya Allah, hanya Engkau tempat aku bersujud, tempat aku memohon dan tempat aku pinta pertolongan. Hanya Engkau sahaja tempat aku mengadu. Sesungguhnya ujian dari-Mu amat berat bagiku untuk kupikul. Dan jika ini telah ditakdirkan untuk ku, aku redha Ya Allah…

Comments

Popular Posts