'Puan Mazni'?????~ (",)
Sebening di waktu petang, selepas mengerjakan solat maghrib, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Bila melihat pada nombor awalannya sahaja, aku dapat agaknya ianya dari Kuala Lumpur. Aku pun tak tahu, kenapa la tangan aku ‘terlampau ringan’ menjawab panggilan tersebut walaupun diri sedia maklum aku antara manusia yang susah nak angkat mana2 panggilan yang tidak aku kenali.
Alkisahnya, terjadilah satu perbualan antara aku dengan si pemanggil [lebih kurang ‘si polan’ la]. Rupa-rupanya dari pihak B****L*** yang menyatakan kad aku terpilih untuk menerima poin yang tinggi secara percuma. Aku yang tak tahu nak menyampuk terkedu sebentar apabila si polan memanggil aku ‘Puan Mazni’…huhuhu.. Susah tul nak menyampuk sebab cara percakapannya yang cepat membuatkan aku ‘membenarkan’ telinga aku mendengar coletah si polan tentang tawaran tersebut. Akhirnya, poin utamanya ialah adalah untuk mendapatkan maklumat peribadi aku. Yang si polan tahu nama penuh aku, selebihnya siap tanya lagi siapa nama ‘husband’ aku. Tetiba akal jahat aku datang dengan mewujudkan watak ‘husband’ dalam perbualan kitaorang. Bila dia mintak nama ‘husband’ aku mula gelabah seketika, mati akal sekejap. Nasib baik idea datang, “’Husband’ saya tak tahu saya ada kad nih”..fuhhhh, selamat.. Last2 dia suggest mana2 keluarga terdekat. Yang buat tak tahan tuh, hampir keseluruhan maklumat peribadi dia nak tahu, dari no. IC, alamat rumah sehingga tarikh lahir mak aku pun dia nak mintak. Sekali lagi idea jahat datang..hehehe.. aku cuba reka apa2 jer aku rasa boleh pakai, no. IC pun aku pun tak tahu sapa punya..ambikkk kau!!!~ ^_^… Last but not least, dalam keseronokan si polan cuba buat tawaran ngan aku, sekali lagi idea jahat datang.. “ ‘Husband’ saya dah datang la, saya letak telefon dulu ya!!”..tet..tet..tet..hehehehe..jahat sungguh aku hari ini.~ :P
Satu perkara yang buat aku tersenyum sampai sekarang tentang perbualan tersebut, tak disangka2, sekali dengar suara si polan macam perempuan, bila dengar berkali2, adehhhh..hehehe, dapat agak kan macam mana lenggok suara si polan tuh..hihihi.. Sepanjang perbualan kitaorang, sepanjang masa jugaklah aku cuba tahan gelak, yang mampu aku buat, senyum sampai ke telinga, sampai dah nak ‘krem’ dah muka aku senyum terlampau lebar..hehehe..ambikkkk kau, lain kali telefon la lagi ye!!~ (^_^)
Pengajaran..jangan cuba angkat nombor yang tidak dikenali walaupun kita tahu nombor tuh dari mana. Kalau dah angkat sekalipun, layan jer la. Pandai2 cari idea nak lepaskan diri.
Apapun, masih terngiang-ngiang telinga aku apabila si polan tadi dengan yakin dan benarnya memanggil aku ‘Puan Mazni’…ermmmm, bila lagi kan??? ~~~~(“,)

Comments
best gak idea2 cik miezz ni.. muahahaha, lucu rupenye cik miezz ni. padan muke pd yg mengorek hal peribadi org sesuka ati. silap2 aribulan buleh dijual maklumat diri kita tu. adui, takut saya
harap panggilan dr si polan tuh jd kenyataan, kan cik akmar? sama2 la kita berusaha, tukarkan 'cik' tu kepada 'puan'...aminnnn~ :)