::Bahagia..sudah ada di depan mata::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, hari ini genap 15 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Berada di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu saat yang amat menyeronokkan, tidak terkata jawapannya. Yang pasti hanya Allah saja yang tau rasa itu.

Isnin tanpa berkata. Perjalanan pagi ke sekolah diiringi dengan hujan renyai ditambah lagi dengan keadaan yang agak gelap menyukarkan pandangan mata, namun perjalanan pagi tetap berjalan seperti biasa. Cuma, agak sedikit cuak apabila tiba-tiba ribut datang dengan angin yang kuat menyukarkan pandangan. Ya Allah, saya hanya mampu berdoa saja moga tiada halangan semasa perjalanan. Berdoa moga tiada kenderaan berat yang tiba-tiba datang dari arah yang bertentangan. Alhamdulillah, selamat sampai walaupun agak sedikit terlewat.

Awal pagi di sekolah disambut dengan rasa kesunyian. Mendapat maklumat dari anak-anak, kawasan sekolah ‘blackout’ gara-gara ribut yang melanda.

Sementara menanti waktu mengajar, tangan tangkas membuat kerja apa yang patut. Sudah menjadi kepastian, segala keperluan bahan bantu mengajar harus disediakan sebelum waktu mengajar bermula. Sambil mulut berbual dengan rakan-rakan guru, tangan wajib bergerak oleh kerana masa diibaratkan emas yang amat berharga nilainya.

Sedikit terkilan gara-gara masa mengajar diambil alih oleh aktiviti kerohanian yang mana anak-anak turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kampung. Ermmm, tak apa la. Masa yang terluang boleh buat kerja tambahan yang lain pula.

Berbual bersama rakan-rakan guru, ada saja ceritanya. Sebagai salah seorang staf di situ, lebih-lebih lagi satu-satunya guru wanita yang beragama Islam, saya tidak lagi kekok bersama mereka. Rasa macam satu keluarga. Yang paling menarik, segala pendapat kita dapat diterima dengan hati yang terbuka. Sekalipun ada yang membangkang, tidak ada sebarang masalah yang timbul sekalipun sedikit pergaduhan. Dengan kata lain, tiada rasa dengki, cemburu, amat sempoi, dan paling best sekali mampu membuatkan saya tersenyum hingga akhir waktu persekolahan. Sebab utama saya enggan ‘memindahkan diri’ walaupun kini sudah ada peluang yang agak terbuka luas untuk pindah.

Masalah tempat kerja yang jauh dari tempat tinggal bukan lagi menjadi alasan. Bumi Serian agak terasing dari dunia saya sebelum ini. Walaupun berada di dalam negeri Sarawak, namun baru diketahui, 80% peratus daripada kawasan tersebut terdiri daripada kawasan bukan Muslim. Mula-mula datang, memang agak cuak. Bertambah cuak bila dapat tahu nama sekolah. Sebuah sekolah mubaligh sebab ada ‘St’ di depan nama.. SK St John Mantung.. Dah macam-macam dah dalam fikiran.

Alhamdulillah, sehingga entri ini ditulis, saya bersyukur kerana ditempatkan di sekolah itu. Istilah ‘pindah’ tidak ada dalam fikiran kerana diri ini sudah berkata, selagi status belum lagi bertukar, selagi itulah segala ilmu akan terus dicurahkan tanpa mengenal kaum dan agama. Paling penting nawaitu kita kerana Allah.

Baru hari ini dapat saya katakan, saya terasa bahagia dengan kerjaya saya, sekolah tempat saya mengajar, bahagia apabila dapat mengajar dan bersama dengan ‘anak-anak’ yang tersayang. Betapa tidak sedarnya saya bahawa rasa bahagia itu sudah terbentang luas di depan mata. Jika selama ini terlalu mengharapkan bahagia dari ‘orang yang jauh’, yang mana akhirnya Allah telah tentukan bukan menjadi milik saya, namun kini, bahagia itu tetap ada secara berterusan. Lagi bahagia rasanya bila Allah kurniakan rakan serumah yang sama-sama berjuang ke jalan Allah. Seronok pulak rasanya bila dapat pergi solat terawikh bersama-sama. Alhamdulillah..syukuran Ya Allah…. :’)

Moga bahagia itu berterusan tidak kira di mana dan dengan siapa sekalipun…amin..::

Comments

Lukisan Alam said…
cun nyeee cikgu saya.. saya suka cikgu bertudung merahhh.. yeaaaayyyy
cik_mazni said…
(^______^)..

terima kasih ustazah..
biasa2 jer..huhuhu~=P
Lukisan Alam said…
cikgu pakai yg cantik2 ye.. bukan untuk menarik perhatian orang lain. tapi pakai niatkan utk kembalikan dan naikkan semangat diri agar lebih yakin. (ecewaaahhhh..)
cik_mazni said…
"..pakai niatkan utk kembalikan dan naikkan semangat diri agar lebih yakin.."<---ayat yg sy suka..

sy nih kadang2 xsedar sy nih pakai cantik ker tak..sbb lbh rasakan mcm sy pakai serabai jer kat sekolah..tp disebabkan kita nih jd tumpuan utama anak2 kat sekolah..so, kemasan tu ptg kan ustazah..cantik tolak tepi..kalo x, konfom mcm mak datin sy nanti..hehehe~(^^,)

Popular Posts